Dec 22, 2010

Melihat Dunia Barunya..

Salam to all..

Hai sangatlah lama tak menghapdet blogku ni..bukan setakat dah bersawang aku rasa macam hmm tak tau lagi bahasa apa yang patut aku guna..memang lama sangat rasanya..

Okaylaa entri ni bukan apa sangat pun..cuma nak hapdet sikit kisah seorang lagi permata hati aku..wah gitu.. Kalau siapa yang belum tahu meh aku bagitau sikit..hehe

Tanggal 25 Oktober 2010, aku selamat melahirkan seorang lagi bayi lelaki seberat 2.99kg.. Alhamdulillah walaupun terpaksa bersalin secara ceaser sebab si bujang cilik tu songsang haha..semuanya selamat hendaknya..

Masa scan dulu doktor kata baby girl haha tup tup yang keluar ada pistol..kih kih...tak kisahlah janji semua sihat dan selamat..

So disebabkan awal-awal lagi dah cari nama girl bila yang keluar ni boy terus blurr tak tahu nak bagi nama apa..So tugas tu aku serah pada hubbyku yang setia menemani selama aku berada kat hospital..Atas usaha keras hubby mencari nama sebelum kena denda kalau lambat register maka teruna kecil tu kami beri nama Muhammad Nazran Zakwan..

Walaupun dia tak dapat tengok sendiri kelahiran teruna kedua ni sebab aku operate namun aku bersyukur dengan adanya dia kat tempat menunggu tu..so takdelah gerun sangat..hehe..yang sebenarnya bukan hubby aku je yang tak dapat tengok..aku sendiri pun tak dapat tengok sebab aku dah pengsan..sedar-sedar je perut dah slim river..hehe..memang tak thrill betullaa second deliver ni..

Ceritanya gini nak gak aku cerita kui kui..aku awal-awal memang dah tau anak aku tu songsang. Kira dari 28 weeks lagi dah sonsang gitu..May be by 37-38 weeks dia akan pusing balik..Camtulah harapan aku..Tapi tulah kalau dah ditakdirkan sonsang terpaksalah aku melalui experience baru..

By the time tanda dah keluar tu aku masih tak tahu lagi anak aku dah pusing ke belum sebab last aku scan masa anak aku 35 weeks.Hehe..sempat masuk ofis dan breakfast nasi lemak lagi huhu..Pastu macam dah start sakit-sakit pinggang gitu aku pun mintak hubby aku anta pergi hospital pukul 8.30 pagi. Tak semena-mena aku kena emergency ceaser sebab sah anak aku tak nak pusing pada posisi yang sepatutnya..Doktor bagi epidural (bius separuh sedar) tapi tah macam mana bius tu lambat gila nak bagi respon kat badan aku. Mungkin aku dah pelahap nasi lemak kot..hehe oleh sebab itu aku dibius penuh dan selamatlah doktor-doktor menggodeh2 isi perut aku..Keluarlah budak kecik tu pukul 10 pagi.

Masa keluar dulu Nazran kecik banding abang dia tapi sekarang dah jadi michellin (betul idak aku tulis ni..hehe)Pipi pun dah melayut dan peha berlipat-lipat..Kuss semangat anak aku ni..

Ni lah buah hati kecil aku..


Muhammad Nazran Zakwan bin Mohd Izzham