Salam semua..
Lama sungguh tak berblog. Yelah bukan apa akhir-akhir ni asyik kena ambil cuti kecemasan je sebab anak bujangku demam tak baik-baik. Makan ubat oklah sekejap lepastu demam panas balik.. Hmm..kesian sungguh.
So Hari Jumaat lepas saya dan hubby pakatlah nak cek Naufal kat hospital yelah ibubapa mana yang tak risau anak sakit lama2 ni. Dah beberapa kali pergi klinik+hospital swasta pun masih tak elok2 juga.
Hmm bila masuk hospital tu macam2lah prosedur nak dibuat. Ambil darahlah, masuk airlah hmm sian tengok budak kecik tu bercucuk2 tangan comel dia tuh. Sedih sangat sampai nak menitik air mata ibu ni. Alhamdulillah dia kena admit pun tak lama. Masuk pagi petang dah boleh balik dah.. Sebab doktor tengok pun kesihatan dia dah mula stabil. Ku tanya doktor sebab apa Naufal demam lama2 ni. Doktor cakap ada jangkitan bahagian atas. (Pemahamanku dari hidung ke kerongkong sebab doktor tunjuk bahagian tulah)
So now bersyukur tak terhingga sebab lepas balik je rumah Naufal dah mula menunjukkan perkembangan yang positif. Suhu badan pun dah kembali normal. So Alhamdulillah sangat-sangat..
Ni dia gambar Naufal masa kena admit hari tu (lena tidur sebelum terganggu sebab nak kena x-ray pulak)

1 saja yang sudi komen:
moga naufal cepat sembuh ye..sayang naufal..(pak cu)
Post a Comment