Showing posts with label My Bebelan Tah Ape2. Show all posts
Showing posts with label My Bebelan Tah Ape2. Show all posts

Feb 10, 2010

Million Thanks to Best Fren!!

Hahahaha tukar template lagi..hahaha...simple but tomei-tomei..

Puas menggodeh-godeh (maklumlah buta IT) hahaha... si best fren ku ini rupanya tahu suara hatiku.. Dah cukup ayat bunga-bungan dan buah-buahan..

Icah.. thanks so much sebab entri kau ini telah mengubah aku menjadi seorang yang celik IT..hahaha

Short entry saja..bye korang



Feb 8, 2010

7 Wajah Serupa

Assalamualaikum annedestiny walker..

Benarkah di dalam dunia ini ada 7 wajah yang serupa dengan kita? Means adakah ia termasuk adik beradik atau tidak. Sebab kalau termasuk adik beradik (andaikata adik beradik ada 7 orang) dan kesemuanya wajahnya serupa..macammana eh?

Haha tiba-tiba ia menjadi tanda tanya pada diri saya. Okay by the way seumur hidup saya..saya pernah jumpa seorang saja yang muka seakan mirip saya. (Sebenarnya saya sendiri tak tahu) tapi kalau sampai orang tersilap panggil apa nak di kata lagi. Sah sah lah muka saya sebiji dengan muka dia betul tak..

Haha tapi macammana pula kalau wajah kita serupa dengan orang bukan Malaysia ya?.. Orang putih kah?? Haha amatlah jauh sekali kan.. Boleh dikatakan amat mustahil kan. Fine apa kata kita lihat perbezaan muka 2 orang ini. Miripkah mereka??





SILA LIHAT DENGAN TELITI OK







Hahahahaha... Ada hati muka macam Jericho Rosales!!!





psst: Tak dinafikan ramai yang beritahu wajahnya seakan mirip Jericho Rosales. Tapi adakah ia fakta atau auta..hahaha..

Feb 7, 2010

My Love Song..How About Your's?

Salam all..

Finally my love song were uploaded here.. Just bring to you Tentang Seseorang by Anda Band.. Sampai bila-bila pun saya akan cinta mati dengan lagu ini.. Siap buat video klip sendiri ooo guna lagu ni haha.. Sila hayati lagunya dan nikmati bait-baitnya okeh..





Wokeh ke semua..best tak? So apa lagu kegemaran anda pula??Sila jawab tag saya..haha..*tiba-tiba la pulak kena tag ek*

Feb 6, 2010

Kenapa Blog Ye?

Assalamualaikum sayangku semua.. (sayanglah sebab sudi baca bebelanku ini..haha)

Cuti tak jalan-jalan ke? Haha saya tak kemana pun. So bila anak dah tidur bolehlah berblog sekejap.. Kenapa suka blog ye? Ada banyak sebab kenapa kita berblog kan.. Ada yang blog untuk suka-suka (macam saya cheww).. Ada yang blog untuk bisnes (duit..duit..)dan ada juga berblog untuk meluahkan perasaan..Aeww..(jangan terlalu obvious untuk meluahkan perasaan ok)

Nak jadi blogger yang glamour ke? Hehe tak pernah terlintas di hati pun.. Tapi kita akan rasa seronok dan teruja *sedikit* bila tulisan kita ada yang sudi menjengah.. betul tak..

Tapi macammana agaknya nak mantain penulisan agar tidak bosan dibaca?? Haa yang ni penting tau.. Pelbagaikan skop penulisan.. Jangan asyik bercerita tentang sesuatu yang spesifik saja. Contoh*contoh* saja tau.. Hari ini pakai kasut putih. Esok pakai kasut merah. Lusa pakai kasut hijau.. (Okay yang ni melampau sebab mana ada orang cerita pasal kasut je..haha)

Baiklah sayangku semua aww love u tau sebab masih sudi membaca sehingga perkataan love u..haaha.. Bagi saya..saya tidak berapa pentingkan kuantiti pengikut di side bar ( sebenarnya bukan semua pengikut/follower itu mengikuti penulisan anda) sebaliknya saya lebih teruja bila ada kawan-kawan di luar sana yang menjadi pengikut dalam diam..Fine yang ini memang pengikut setia (mana tahu..hehe nuffnang of course).. Oh lupa lagi satu bila search engine dan seseorang itu menemui sesuatu maklumat di dalam blog ini (ini yang menjadi kepuasan yang sebenarnya tahu!!!)

Okaylah entri ini bukanlah tips macammana cara nak menjadi blogger hebat oh tidak sama sekali. Tetapi ia lebih kepada kenapa anda berblog?Apa tujuan sebenarnya.. Bagi saya selain untuk suka-suka dan mengisi kebosanan *kalau dapat duit darinya itu bonuslah* mungkin juga sebagai medium untuk manambahkan fungsi otak.. (ternyata bukan mudah untuk mencari idea-idea baru setiap hari okeh)..

Haha so jutaan terima kasih kepada anda yang sudi menyinggah blog annedestiny dan saya sayang kamu semua!!! ^x^. oh sejuta kemaafan juga dipohon kalau-kalau ada yang terbosan membaca blog ini ya.. (hehe macam dalam kad hari raya pulak aisehhh)

Feb 1, 2010

Ikan Siakap Tiga Rasa

Assalamualaikum semua..

Yeah!!! Setelah lebih 10 bulan yes confirm lebih 10 bulan sebab sejak Naufal lahir saya belum berkesempatan nak makan menu kegemaran saya iaitu Ikan Siakap Tiga Rasa..Atas dasar itu my Kesayangan sudah pun memenuhi permintaan saya yang mengalahkan orang mengidam ni.hahaha.. Mujurlah gerai yang memenuhi citarasa tekak terletak dalam taman perumahan kami je. Senang!!

Saya masih ingat lagi kali pertama makan menu ini masa zaman belajar dulu dekat Penang. Nama restoran yang kerap menjadi tempat pertemuan kami iaitu Restoran Ahmad Seafood.. Ikan Siakap Tiga Rasa memang sedap sangat.. Siapa yang pergi Seberang Perai Pulau Pinang sila jangan lepaskan peluang keemasan ini.. Memang sangat tidak rugi tau (fully recommended)!!..

Nak tempek gambar (baru nak snap Ikan Siakap Tiga Rasa dah tinggal separuh dikerjakan saya..hahah) so tak adelah gambarnya.. Jadi saya kidnap jelah dari internet haha. Harap memadai okeh!!


Menu kegemaran 1 Malaysia (Wah semangat patriotik U see)..



Jan 31, 2010

Dah Tergeletek Perut Ke?

Assalamualaikum kawan-kawan tersayang..

Hahaha siapa-siapa yang dah tertengok entri yang saya post semalam memang agak bertuah sebab saya dah simpan entri tu buat selama-lamanya.. Itu adalah selingan lawak untuk satu hari je.

Kui kui... semalam saya bagitahu saya tak tahu dari mana sumbernya hahaha TIPU tau!! Makcik Hidung Besar tu tak lain tak bukan adalah yang empunya blog ini hahaha dan Abang Misai Senget tu adalah En Kesayangan ku lah siapa lagi.haahaha..

Ni semua gara-gara spek ajaib+hidung besar yang kami jumpa masa saya dalam pantang dulu.. So bagi sesiapa yang tak sempat nak tengok heheh sorry yer.. Memang tidak akan diulang tayang..


Untuk menggantikan wajah kami yang super buruk semalam nah saya bagi gambar ni.. Bezanya spek yang kami pakai tu ada kening cenonet dan misai yang sangat tebal..

Alah bayangkan jelah...hehehe

Jan 30, 2010

My New Home!!

Assalamualaikum sayangku my readers semua..

Hahaha bukak2 je rumah annedestiny dah berubah wajah!!!..Yoohooo... Nak ubah angin laa. Dulu-dulu tak berani nak cat baru sebab takut istanaku hancur berderai but my hunny bunny Mr Kesayangan bagi dorongan yang padu sebab tu saya berani nak tukar.

Before this saya diberitahu kena buat backup bagai that's why dengan terkedek-kedeknya saya save satu persatu widget dia. Luckily template yang I pilih ni just bagi reminder je kalau nak keep widget jangan delete. So tanpa membuang masa saya keep widget lah.. Kalau tak confirm hancursss.. Anyway thanks tu Kak Suealeen bagitahu tentang url free template ni yang cantiks dan mudahs. hehehe..

So siapa yang rasa-rasa nak tukar template yang cantik bolehlah ke sini okeh.. Dan awak akan disajikan dengan template yang memang cantik dan smart I told U kay bebeh.. Say dadaaa to U all...bye..

Jan 28, 2010

Kenapa Emosional eh?

Salam semua..


Saya pasti setiap dari anda pernah mengalami situasi ini. Yang mana MUNGKIN ada sesetengah perkara itu ada sedikit kesilapan (bukan besar sangat pun) kira kesalahan tu sekecil kuman atau pun macam seekor semut hitam yang sibuk berkerumun bila ade air manis setitis jatuh di atas meja.. ataupun kesilapan yang mungkin tidak disengajakan. Tapi kena marah macam awak buat kesalahan besar sangat ibaratnya macam seekor gajah yang berang yang ganas yang amukannya bisa mencuakkan semua pengunjung zoo. Okay over tau!! Haahaa panic tak korang.. Mesti korang macam tertanya-tanya ape bende alahnya kesalahan yang boleh membuatkan seseorang tu emosional kan..kan..hehe


(Sila sediakan kanta pembesar ataupun sila tukar kaca mata anda kepada power 200)

Okaylah kesian tengok korang meh saya cerita ok. Saya nak ambil cuti. Tapi (sotfware berkenaan *tak boleh bagi detail*) saya tak function macam orang lain punya. Saya tak tahu sebabnya kenapa jadi macam ni. Jadi saya isi borang. Simple je. Bila bos dah luluskan cuti saya hantar borang tu ke pihak yang sepatutnya. Jadi di sinilah bermulanya insiden itu. Saya tak tahu kenapa saya disalahkan sebab software saya tak function. Macam-macamlah keluar rasa ketidak puasan hati itu pada saya. Yang saya rasa pelik amat tu kenapa dia emosional sangat eh sebab saya ikut procedure yang betul. Dia malas barangkali (I buat teori sendiri okeh)


Haa pernah tak korang berhadapan dengan situasi yang lebih kurang begini. Adakah memang itu kesalahan saya ataupun memang sikapnya begitu ye? Jadi saya ambil pendekatan pekakkan telinga saja. Senang habis cerita. Jadi apa pula kata anda?




psst:// memang lumrahnya dia begitu. Kami semua masih tak faham kenapa sikapnya begitu. Asyik tarik muka pagi petang siang...malam tak tahu ok.. hehehe..


Patut ke saya buat muka macam baby ni eh??



Jan 21, 2010

Lalala Kasut Crocs Yeay!!

Yeay!!

Finally termakbul juga hasrat untuk menghadiahkan Naufal kasut crocs yang comel lagi cutie cutie setelah berpuluh2 kali lalu didepan gerainya..

Comel gila I like so much!!


Tapi yang tak syoknya Ben 10 ditulis sebagai Bent 10.. Langsung tak macho.. haha

Jan 19, 2010

Tuhan Beriku Kekuatan...

Ya Tuhan.. berikanlah aku kekuatan untuk aku....






SEGAR BUGAR

seperti selalu

(stand up!!!eeeeeeeeyah!!)

z z z z z... ni mesti sebab Naufal ajak ibu main2 pukul 3.30 pagi ni...

Special Gift For You

Selamat pagi dan salam semua..

Pagi anda ok kah? Hehe.. Pagi-pagi mesti kena happy supaya mood satu hari akan happy-happy selalu.. Hari ni belum ada assignment lagi yang nak kena buat sebab Cikgu Fisa tak bagi lagi. haha..
Sebenarnya tak sabar nak tunggu kemunculan rumah baru dari my dear fren Icah.. Ayyo lama banget nak tunggu sampai dia publish blog dia tuh... hmm..

Anyway di kala sepi dan sunyi datang bertandang ah sudah... bling* bling* haha (bagi bukak mata sikit) mari kita share apa hadiah yang paling spesel (special) untuk yang tersayang di hari penuh makna yang pernah anda berikan padanya..

Yang sebenarnya saya jarang sangat bagi hadiah sebab saya serius tak tahu nak beli apa. So saya beri seadanyalah.. Jom check it out apa hadiah yang saya pernah bagi pada kesayangan saya..







Taraaaaa


Saya decorate rumah saya macam sambutan harijadi kanak-kanak (tu yang ada belon kat belakang tu) dan bagi sejambak bunga..lalu berdiri tegak seperti mahu menyanyikan lagu Negaraku.. hahaha

DAN

Jalan-jalan

Genting Highland (saja nak tunjuk warna baju sama colour dengan bunga segar)

DAN





Beritahu yang saya sudah berbadan dua!!! hahhahaaahhahah

Mesti itu hadiah yang paling special untuk si dia... dah bye korang...


Wassalam


Jan 15, 2010

Thanks Nuffnang!!

Assalamualaikum semua!!

Haha first time ni.. Memang teruja betul tau!! Lepas je daftar dekat nuffnang dah dapat satu Ads. So semua.. jangan lupa tengok Old Dogs di pawagam bermula 7th Januari 2010. Siapa-siapa yang belum tengok preview filem ni lagi boleh click saja di Play Movie di atas sana.. Jom check it out!!

Wassalam

Favourite Magazine!!

Assalamualaikum semua!!

Haha.. Jom jom kita bincang apa majalah kegemaran kita semua.. Bagi saya Mingguan Wanita adalah antara majalah terbaik yang saya jatuh cinta. Kedua ialah Pa&Ma. Oh saya suka sangat tengok budak-budak yang jadi cover majalah tu.. Sangat cute tau!!

Saya dah kumpulkan berpuluh-puluh majalah Mingguan Wanita. Ada kat rumah sampai dah tak tahu nak bagi kat siapa nak baca. Ada sesiapa yang berminat tak? Hehe.. Satu majalah RM1. Joking joking!!

Sebenarnya saya dah mula mengumpul sejak dari zaman belajar dulu. Tapi lepas grad hehe.. semua saya dah bagi orang.. Tak larat nak bawa balik semua. Satu bundle tau!..

Sekarang ni majalah kat rumah saya dah bersusun dekat rak majalah. Saya sorang je yang baca kat rumah tu. Kalau rajin hubby saya pun ikut sama baca. So boleh buat diskusi terus jika ada topik-topik yang berkaitan.

Hehe.. Dan pagi tadi saya dah beli 1 lagi yang paling terkini.. Oh my Mingguan Wanita. I love U so much!!


Sorry.. ada pencahayaan sedikit di situ sebab snap bawah lampu.. Haha..

Wassalam


Jan 14, 2010

Kisah di Sebalik Facebook

Assalamualaikum semua!!

(dah kata nak mulakan entri dengan salam dulu hehe)

Jom kita mulakan hari baru dengan bercerita kisah di sebalik Facebook. Terus terang saya katakan yang saya JARANG sangat buka facebook walaupun dah beberapa bulan ada akaun. Itupun bila kawan-kawan dah mendesak untuk buka akaun. Ok fine.. saya pun bukaklah satu..

Tapi sebab di ofis laman-laman seperti ini tidak boleh buka so saya hanya boleh bukak di rumah saja guna broadband saya. Itupun selepas anak saya dah tidur. Atas sebab itulah saya sangatlah tidak berkesempatan untuk update apa-apa saja hal-hal terkini. Harap maaf ye kawan-kawan..

Jadi dua-tiga hari lalu saya agak berkesempatan sebab nak tengok tv pun tak ada cerita yang menarik. Teringat saya akan game FarmVille yang kakak saya request tu. So tanpa buang masa saya pun barulah nak belajar main.hehe.. Kelakar juga ye. Mula-mula main rasa macam game kanak-kanak pun ada. Hehe jangan marah saya sebab saya budak baru belajar. Tapi sebab jarang sangat nak menjenguk akibatnya tanaman-tanaman saya ada yang dah layu.. Haha.. Rupanya begitu permainannya.

Jadi atas dasar itu saya berbincang dengan en hubby saya macam mana nak mengatasi masalah ni. (Wah macam masalah besar je..kakaka). Sebab broadband tu en hubby saya yang pegang jadi saya suruh dia mainkan untuk saya bila dia free (harap boleh jadi assistance farmer yang bagus).

Kemudian saya tanya soalan yang mencabar ni. "Abang kenapa abang tak nak buka facebook?"
Dia kata malas.. lantaklah orang nak cakap tak up to date ke..haha.. biar biar.. Memang saya akui dia tak suka join laman-laman sosial sebegini even friendster pun rasanya setahun sekali baru dia update..

Teringat saya pada kata-kata ayah mertua "Eh!! ayah ada semua akaun. Yahoo.. Gmail.. Facebook!!" har har har.. Boleh tahan juga ya. Lakiku pun tak ada...


Wassalam..



Jan 12, 2010

Siapa Kata Laman Sosial (FB,FS) Sesuai Untuk Muda-Mudi Saja?

Hehe..haha..huhu.. tersengih-sengih saya bila nak mulakan entri ini.

Yelah biasanya laman sosial seperti facebook dan friendster hanya diaplikasikan oleh golongan remaja dan belia saja. Pernah tak terfikir bahawa warga yang lebih berusia turut menggunakannya. Jangan terkejut ya.. ADA!!!

Apa yang nak dihairankan. Warga berusia sekarang lebih educated okay. Kalau golongan muda selalu fikir nak enjoy, beritahu satu dunia bahawa u're the best among the best tanpa memikirkan soal batasan u're truly wrong!! Jangan ingat orang tua kamu tak tahu okay..

Disinilah mereka tahu siapa sebenarnya anda.. Jadi jangan salahkan mereka di atas kecuaian anda sendiri. Saya beritahu supaya anda sentiasa berwaspada kerana orang disekeliling anda selalu memerhatikan anda. Jangan ingat anda tidak dikenali maka anda boleh lakukan apa saja.

Sesiapa pun boleh jadi reporters. Jiran tetangga mahupun saudara mara terdekat. Jaga batasan anda dilaman sosial. Jaga perilaku anda. Apa yang menjadi rahsia sepatutnya kekal rahsia. Jangan dah terhantuk baru nak menadah. Jangan selalu bertindak mengikut hati. Fikirlah beribu-ribu kali sebelum buat keputusan itu. Okay!!

Wassalam..

Jan 11, 2010

Ingin Kekal Comel di Usia 27?

Wah wah.. yang ni memang tak boleh dipertikaikan lagi.. Jom kita praktikkan macam mana cara nak kekal comel di usia 27 tahun pada tahun 2010.
Ehem ehem..mari mulakan sekarang!!
  1. Sentiasa bersyukur dilahirkan sebegini comelnya
  2. Sentiasa senyum
  3. Jarang marah-marah
  4. Dressing apa saja janji nampak cool dan comel
  5. Walaupun sibuk macammana sekalipun masih sudi melayan kawan yang jadi penyibuk haha..
  6. Walaupun marah masih boleh jadi cool ngeh ngeh
  7. Sense of humor dan mudah didekati
  8. Okay dah berpunya titik..

Nak tau tak..nak tau tak siapa orangnya ni? Of course lah My Ling Ling Icahz ngeh ngeh.. My bestfriend ever since tingkatan 5 tau!! Hmm 10 tahun friendship okay. Sweet moments gathering school in August 2009 still in mind. Walaupun sibuk dengan kerjaya masing-masing tapi masih tak lupa nak keep in touch. Sama-sama semangat untuk tulis blog walaupun cuma kami sendiri je yang baca hahaha.. Oh oh kenalkan saya pada blog Hanis. Sama-sama semangat nak buat bisnes tapi tak tau nak jual apa.. kuikui.. Hmm apalagi apalagi.. aha yang terkantoi dengan bos masa curi-curi ym aritu..sorii...

Oh masa kat matriks dapat hadiah harijadi siap pos lagi. Warrgh best-best!! banyak tau sebenarnya lagi lagi time muda-mudi dulu. Uihh dah lama sangat sampai tak ingat apa lagi ni.. Icah kalau kau ingat tolong remind aku..wahaha..tak lupa kisah zaman sekolah masa tahun 2000 (kelakau kelakau yang ni aku tak nak mention kat sini sebab tu rahsia kita..eh eh ko ingat tak ni?10 tahun lepas ni beb)

Haa..Sanggup tau pergi rumah dia ni beraya bawak kereta sorang-sorang walaupun masa tu baru je dapat lesen kereta. Redah je daku.. hehehe.. So sabar tau dia ni sampai sanggup tahan je telinga masa anak saya melalak kat kereta dia sebab nak susu. kew kew..Hahaha okaylah Icah.. Nanti kalau aku ingat lagi aku update k.. Okay adios amigos..

Inilah dia orangnya..hahaha



She is the one yang tak pernah buat saya marah even once in the past 10 years.. Soooo Happy Friendship Ever!!


SWEET REUNION FOREVER

Macam pelik je sebab kami berdua saja yang exicted kat belakang tu


Okay nilah sebahagiannya yang sudi memeriahkan gathering haritu di Glory Beach Resort PD pada 17 dan 18 August 2009.





Jan 8, 2010

Barang Yang Perlu Dibawa ke Nurseri

Hai.. pertama sekali tahniah kepada semua ibu-ibu baru. Tips hari ini mari kita kaji apa barang yang perlu dibawa ke tempat penjagaan bayi/kanak-kanak.

Barang yang PERLU/ MESTI dibawa

  1. 2 buah botol susu
  2. susu formula (terpulang samada nak bawa tin/bekas refill) atau perahan susu ibu (pastikan cukup tau)
  3. Bubur nasi/nestum bayi (bayi berumur 6 bulan ke atas) dan bekas makanan dan sudu
  4. 3 pasang baju siang dan 1 pasang baju malam
  5. 5-6 helai diapers
  6. Sehelai tuala
  7. 2-3 helai lampin kain (jika bayi muntah etc)
  8. Barang toiletteries (body shampoo, bedak talkum, minyak angin/telon, lotion badan etc)

Barang yang boleh dibawa untuk tambahan

  1. Ubat-ubatan (jika bayi ada masalah kesihatan)
  2. Cotton bud (jika penjaga mahu bersihkan hidung/telinga bayi)
  3. Ketip kuku (jika kuku anak tak sempat dipotong)
  4. Sarung kaki/tangan/topi jika bayi bawah 6 bulan
  5. Sikat rambut (jika rambut bayi sudah lebat)
  6. Dan lain-lain boleh tambah sendiri
Disini ada 2 situasi. Barangan diatas adalah untuk keperluan seharian bayi jika tiada barang yang ditinggalkan. Boleh juga letak 1 tin susu/ 1 beg plastik diapers dan toiletteries di sana jika anak dijaga oleh orang perseorangan. So that bila habis baru beli yang lain. Tidak digalakkan untuk tinggalkan botol susu dan bekas makanan kerana ia harus dipantau setiap hari. Maklumlah ada kes yang penjaga kanak-kanak tidak menjaga kebersihan botol susu sehingga puting susu menjadi kehitaman akibat tidak dibasuh dengan betul. Sekian para ibu. Selamat menghantar anak-anak ke taska. Ok Bai..

Selayang Magna Ville Condominium..

Yeay!! Aset pertama kami bakal disiapkan dalam bulan Mac 2010.. Tak sabar rasanya nak duduk rumah sendiri.. Tak kisahlah walaupun di atas kayangan pun. Hmm.. tapi mampu ke nak duduk sendiri dalam kegawatan ekonomi ni??

Adoilaa.. bukan apa rumah sewa yang kami duduk sekarang ni kalau duduk je dalam rumah memanglah selesa sebab rumah tu pun dah renovate tapi bila setapak je melangkah ke luar rumah macam-macam pencemaran persekitaran. Dengan sampah yang merata-rata tak kira bau 'harum' dari lubang sampah yang letaknya di tangga.. Di tambah pula pemandangan dari beranda yang tersangatlah 'cantik' sehingga memukau pandangan..

Memanglah ada je rumah yang murah kat KL ni tapi mak aihh semuanya kat hujung-hujung belaka. Nak cari yang dekat tengah-tengah KL ni alamatnya rumah flat je lah pilihan yang ada. Nak tunggu kuarters kerajaan alamatnya berjanggutlah baru dapat. Memang tensi sebenarnya tapi apa boleh buat..

Oh balik pada tajuk asal. Hmm mujur juga kami dah beli dari tahun 2007 lagi so rumah tu tak adalah mahal sangat.. I think kalau beli waktu sekarang rumah tu adalah dalam RM 200++ K. Kalau yang 1259 sq ft. rasanya dekat RM 300++ untuk harga sekarang.. So bersyukur sangat tau!!

Hari tu pergi tengok sebab sekarang ni boleh dikatakan hampir 95% dah siap. Keseluruhannya boleh dikatakan memuaskan sahaja. Okay malas nak cakap lebih-lebih yang penting ianya bakal jauh lebih selesa berbanding rumah sewa yang didiami sekarang ni.


Plan strategy: Akan cuba disewakan terlebih dahulu (fully furnish) dan kalau tiada penyewa kami akan duduk disana!! Babai..


Rumah kami tingkat 9 Blok A di Selayang Magna Ville Condominium (kat depan sekali ni) dekat sangat dengan UiTM Medical (jalan kaki dalam 5 minit saja).. Siapa nak sewa? Cepat!! Fully furnish tau!! Harga sewa boleh dirunding..Haha..

Okay boleh rujuk-rujuk dia punya marketing monthly rental so that jangan terkezut lak.. (harga di bawah adalah untuk review sahaja bagi yang bukan fully furnish)



Antara kemudahan yang kondominium ni ada



Jan 7, 2010

The Best Drama Award!!




The Best Drama Award!! Atau spesifiknya The Best Korean Drama Award..Teka-teka siapa..haha.. Tak kisahlah nak bagi award apa kat mereka ni yang penting 'Full House' is the best ever.. Teramatlah jatuh cinta pada korean drama ni sampai dah berpuluh-puluh kali tengok pun masih tak boring..

Bagi poster dulu baru sambung


Haa cun tak cun.. Cun sangat kan kan!! Okay first time tengok masa tu zaman muda-muda lagi (masa kat universiti). Kalau termissed 1 episod rase cam arrgh!!! Gila minat punya pasal. Ingat lagi tiap-tiap malam kat 8TV tak silap pukul 8.00pm kot. Siaran selama 1 jam. Iklan setiap 15 minit. Wah!! tak ingat punya ingat ni..(ingat tak ingat..belasah)

Bila start je cerita tu mesti 5 orang isi rumah tercongok kat depan TV tu.. Memang tak miss punya.. Khusyuk gila sampai masing-masing tersengih-sengih je.. Lepas tu ada satu malam kami (4 orang classmate) ada class/test so termissed lah antara part yang terakhir di mana Yeong Jae telah meluahkan isi hatinya pada si cantik Han Ji Eun.. Wah wah.. How so sweet moment ever boleh terlepas pulak..Tensi tensi!! Terpaksa akak housemate yang tinggal jadi tukang cerita kami..Sedih gila ah!!

Itu belum bab termissed sebab pergi dating wah wah.. tapi kat kedai makan berdoa segala supaya owner kedai tu bukak 8TV sebab masa tu dia p buka channel apa tah. Oleh kerana remote berada di depan mata sepantas kilat aku tukar sendiri..hahaha.. (curi-curi tukar tak malu)..

Ok fine sebab asyik termissed je tiba-tiba salah sorang kawan kami yang baru beli laptop haritu pergi download full cerita. Apalagi jadi penyibuklah..Tak puas lagi sebab macam sekejap sekejap je cerita dia.. Arghh!! Tensi-tensi..

Tak cukup dengan itu masa mula-mula dapat kerja (masa training) bila free je curi-curi tengok kat Youtube kecik-kecik supaya bos tak nampak..Masih tak puas sebab takut kantoi..

Finally....dengan harga erm berapa ye? RM45 kot (tak ingat) telah ku rembat satu sebagai hadiah diri sendiri..PUAS HATI!!!


Dari Depan

Dari belakang

Cubaan untuk melihat tayangan sepuas hati buat kali keberapa tak ingat..haha..





Okay sebenarnya mereka dapat

Awards

Noktah...


Jan 6, 2010

Kenapa Permintaan Hati?

Hehe.. Tiba-tiba je tukar tajuk blog daripada My New Destiny kepada Permintaan Hati.. Kenapa tukar? Secara generalnya saja-saja nak tukar!! Tak boleh? Ngeh ngeh. Secara hakikinya (wah!! hakiki tu) nak jadikan tajuk my telenovela.. Sebab tajuk telenovela belum ada lagi dan dah puas memerah keringat mikirin apakah tajuk yang sesuai di plus-plus telenovela yang sudah hampir ke penghujungnya.. Maka tercetuslah di fikiran 'Permintaan Hati'. Amacam? Ok tak?

Sambil-sambil tu kita tengok lirik lagu Permintaan Hati nak? Ada match kaa??

Letto – Permintaan Hati


Terbuai aku hilang terjatuh aku dalam

Keindahan penantian

Terucap keraguan hati yang bimbang

Yang terhalang kepastian cinta


Aku hilang

Aku hilang


Tersabut kabut malam terbiasnya harapan

Yang tersimpan sejuta bertuan

Terasa kerinduan hati yang bimbang

Yang terhempas kepastian cinta


Dengarkanlah permintaan hati yang teraniaya sunyi

Dan berikanlah arti pada hidupku

Yang terhempas yang terlepas

Pelukanmu bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu


Aku hilang

Aku hilang


Tersabut kabut malam terbiasnya harapan

Yang tersimpan sejuta bertuan

Terasa kerinduan hati yang bimbang

Yang terhempas kepastian cinta


Dengarkanlah permintaan hati yang teraniaya sunyi

Dan berikanlah arti pada hidupku

Yang terhempas yang terlepas

Pelukanmu bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu

Bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu


Dengarkanlah permintaan hati yang teraniaya sunyi

Dan berikanlah arti pada hidupku

Yang terhempas yang terlepas

Pelukanmu bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu

Bersamamu dan tanpamu aku hilang selalu



Lirik lagu Letto – Permintaan Hati ini dipersembahkan oleh LirikLaguIndonesia.Net. Kunjungi DownloadLaguIndonesia.Net untuk download MP3 Letto – Permintaan Hati.