Jan 12, 2010

Siapa Kata Laman Sosial (FB,FS) Sesuai Untuk Muda-Mudi Saja?

Hehe..haha..huhu.. tersengih-sengih saya bila nak mulakan entri ini.

Yelah biasanya laman sosial seperti facebook dan friendster hanya diaplikasikan oleh golongan remaja dan belia saja. Pernah tak terfikir bahawa warga yang lebih berusia turut menggunakannya. Jangan terkejut ya.. ADA!!!

Apa yang nak dihairankan. Warga berusia sekarang lebih educated okay. Kalau golongan muda selalu fikir nak enjoy, beritahu satu dunia bahawa u're the best among the best tanpa memikirkan soal batasan u're truly wrong!! Jangan ingat orang tua kamu tak tahu okay..

Disinilah mereka tahu siapa sebenarnya anda.. Jadi jangan salahkan mereka di atas kecuaian anda sendiri. Saya beritahu supaya anda sentiasa berwaspada kerana orang disekeliling anda selalu memerhatikan anda. Jangan ingat anda tidak dikenali maka anda boleh lakukan apa saja.

Sesiapa pun boleh jadi reporters. Jiran tetangga mahupun saudara mara terdekat. Jaga batasan anda dilaman sosial. Jaga perilaku anda. Apa yang menjadi rahsia sepatutnya kekal rahsia. Jangan dah terhantuk baru nak menadah. Jangan selalu bertindak mengikut hati. Fikirlah beribu-ribu kali sebelum buat keputusan itu. Okay!!

Wassalam..

0 saja yang sudi komen:

Post a Comment