Jan 7, 2010

Permintaan Hati (episod 3..bhg 1)

Episod 3

Raudhah mengenakan blaus pink serta jaket hitam dan jeans hitam manakala tudung di kenakan corak bunga-bunga ros merah senada warna blaus tadi..Seperti kebiasaannya wajah dihias solekan nipis dan bibir merahnya hanya dikenakan lip gloss sahaja..

Manakala Raihana memilih untuk mengenakan blaus hijau separas pinggang dan jeans warna hitam..Solekan seperti biasa agak over sedikit ala-ala model gitu..Rambut dibiarkan saja terurai..Kaca mata hitam tidak dilupakan untuk kegunaan waktu memandu.

Raihana memecut laju dengan kereta Honda Civic Hitam milik abah..Abah pula lebih selesa menggunakan kereta Satria Neo milik mama untuk ke pejabat..Mama pula kebetulan tidak kemana-mana untuk menjaga Rayyan dan Rory dirumah..

Sesampainya di mall Raihana tercari-cari kelibat Fazrul dan rakannya itu tapi masih tak kelihatan..Raudhah pula termangu-mangu macam orang bodoh sahaja..


”Rai..aku masuk Parkson dululah..boleh aku usha-usha baju ke daripada aku melanguk macam tunggul kayu kat sini.”Raudhah melepaskan kebuntuan kerana orang yang dicari masih tak muncul-muncul juga..Hampir lima belas minit mereka tunggu di tempat yang dijanjikan..Raihana membungkam..mahu sahaja dihenyak-henyak Fazrul bila nampak kelibatnya nanti..

”Ok.Kau masuk dululah..Aku follow jap lagi..Eii..geram betul aku tengoklah..Apa-apa nanti roger okay.”Raihana gelisah..Raudhah mengenyit mata tanda setuju..

Raudhah melihat-lihat sekeliling..Kot-kot ade baju-baju yang berkenan dihati..Hmm..semuanya tak menarik..Apa nak buat ni..bisik hatinya..lalu dia pergi mendapatkan Raihana semua..Dari jauh dia melihat Raihana dan seorang lelaki sedang bermasam muka..Rakan lelaki itu hanya selangkah jauh dari mereka. Tidak mahu masuk campur barangkali..Okay dalam hati itulah Fazrul yang dimaksudkan..

Dengan langkah perlahan Raudhah menghayunkan kaki kearah mereka.. Terdengar juga suara Raihana yang merajuk manja tidak jauh dari situ..

”Hi guys..Korang ok ke ni?”Raudhah menyampuk setelah dua minit dia berdiri disitu tetapi tidak diendahkan..

Raihana menarik tangan Raudhah yang masih terpinga-pinga..Fazrul dan rakannya hanya menuruti..Mereka mengambil tempat duduk di food court terdekat untuk menenangkan diri..


0 saja yang sudi komen:

Post a Comment