Jan 4, 2010

Ayam merah masak madu??

Hehehe...

Haaa.. tiba-tiba nak promote resipi terbaru daripada chef Ain..Sebenarnya memang tak pernah buat pun dan tiba-tiba dah tak ada idea nak masak apa ditambah pula bahan-bahan masakan yang sangatlah 'complete' maka tercetuslah idea bijak ini..


Ok dengan gentlenya saya mencuba resipi ini..(memanglah kalau makan kat luar fuh!! super delicious..but mine??ngeh..ngeh..)

Bahan-bahan yang diperlukan..


2 ketul ayam (2 orang makan)





Setengah ulas bawang dipotong dadu
(Bahan-bahan tiada dalam gambar)

Setengah cawan Madu
Cili dikisar kira-kira 4-5 sudu
suku sudu sunquick oren
bawang merah dan putih dikisar
garam secukup rasa
air asam

(Okay sudah boleh masak)






Goreng ayam dan tos dulu minyaknya





Tumis cili dan bawang-bawang yang dikisar sehingga naik bau





Masukkan bawang yang dipotong dadu sampai agak-agak masaklah
campur air asam
campur madu
campur sunquick
campur garam secukup rasa..

Finally






Taraaa...dah siap dalam mangkuk bola percuma beli milo ngeh ngeh..

Okay disebabkan ni first time masak ayam merah masak madu jadi saya tak berani nak campurkan terus dengan ayam yang dah siap digoreng tadi..(takut tak sedap lah tu)


Setelah dihidangkan kepada 'para' okay tetamu..komen-komen mereka adalah begini..

Tester 1: Eh okay je ni..Sedap je..

Tester 2: Ayah makan madu memanglah ayah boleh makan..Ibu tak makan sangat madu..

Kesimpulannya resipi ini digalakkan bagi penggemar-penggemar madu..Bagi yang tidak gemarkan madu atau istilahnya kureeeeeeeeeng sikit..eloklah buat ayam masak merah je..tak yah bazirkan madu okeh!!

Tester 2 hanya makan nasi dengan ayam goreng sahaja..Wah lazat juga!!!

Pengumuman untuk si 'para' tetamu iaitu tester 1 ialah En Kesayangan dan tester 2 adalah si pencetus resipi yang lahzatttt..huar..huar..huar..

0 saja yang sudi komen:

Post a Comment