Jan 7, 2010

The Best Drama Award!!




The Best Drama Award!! Atau spesifiknya The Best Korean Drama Award..Teka-teka siapa..haha.. Tak kisahlah nak bagi award apa kat mereka ni yang penting 'Full House' is the best ever.. Teramatlah jatuh cinta pada korean drama ni sampai dah berpuluh-puluh kali tengok pun masih tak boring..

Bagi poster dulu baru sambung


Haa cun tak cun.. Cun sangat kan kan!! Okay first time tengok masa tu zaman muda-muda lagi (masa kat universiti). Kalau termissed 1 episod rase cam arrgh!!! Gila minat punya pasal. Ingat lagi tiap-tiap malam kat 8TV tak silap pukul 8.00pm kot. Siaran selama 1 jam. Iklan setiap 15 minit. Wah!! tak ingat punya ingat ni..(ingat tak ingat..belasah)

Bila start je cerita tu mesti 5 orang isi rumah tercongok kat depan TV tu.. Memang tak miss punya.. Khusyuk gila sampai masing-masing tersengih-sengih je.. Lepas tu ada satu malam kami (4 orang classmate) ada class/test so termissed lah antara part yang terakhir di mana Yeong Jae telah meluahkan isi hatinya pada si cantik Han Ji Eun.. Wah wah.. How so sweet moment ever boleh terlepas pulak..Tensi tensi!! Terpaksa akak housemate yang tinggal jadi tukang cerita kami..Sedih gila ah!!

Itu belum bab termissed sebab pergi dating wah wah.. tapi kat kedai makan berdoa segala supaya owner kedai tu bukak 8TV sebab masa tu dia p buka channel apa tah. Oleh kerana remote berada di depan mata sepantas kilat aku tukar sendiri..hahaha.. (curi-curi tukar tak malu)..

Ok fine sebab asyik termissed je tiba-tiba salah sorang kawan kami yang baru beli laptop haritu pergi download full cerita. Apalagi jadi penyibuklah..Tak puas lagi sebab macam sekejap sekejap je cerita dia.. Arghh!! Tensi-tensi..

Tak cukup dengan itu masa mula-mula dapat kerja (masa training) bila free je curi-curi tengok kat Youtube kecik-kecik supaya bos tak nampak..Masih tak puas sebab takut kantoi..

Finally....dengan harga erm berapa ye? RM45 kot (tak ingat) telah ku rembat satu sebagai hadiah diri sendiri..PUAS HATI!!!


Dari Depan

Dari belakang

Cubaan untuk melihat tayangan sepuas hati buat kali keberapa tak ingat..haha..





Okay sebenarnya mereka dapat

Awards

Noktah...


0 saja yang sudi komen:

Post a Comment