Jan 4, 2010

Kisah ibu yang tabah..

Wah..macam sedih je tajuk entri ni..

Okaylah memang sedih juga cerita ni..Siapa yang tak sedih bila anak yang baru dilahirkan yang kulitnya putih gebu halus mulus bak sutera ceh ceh (ayat tak ingat) ..selepas sebulan kulit wajahnya berubah kemerah-merahan dan menggelupas serta kasar..so sad bila teringat kembali waktu itu..

Pergi mana-mana semua akan bertanya kenapa jadi begitu..mungkin dah acapkali sampai telinga pun dah cukup kebal dan memberi jawapan yang serupa juga.. Hari-hari selepas mandi ibu dan penjaga-penjaga yang memandikannya takkan lupa untuk menyapu ubat di wajahnya..Hari-hari okay selama berbulan-bulan lamanya..

Hmm masa ni dah tak kisah dah nak guna produk penjagaan kulit Maybelline ke Olay ke Silky White ke Silk II hm whatsoever lah janji kulit anakku kembali seperti biasa..(ceh ceh macam model la pulak nak guna semua produk macam tu)..Tapi dengan ketabahan hati seorang ibu walaupun sedih tapi lagi berkat kesabaran akhirnya pengorbanannya berbalas..Wah..Wah..Bak kata FS 'Ukurlah sendiri..GGG (hmm tak pelah)'

Gambar baru lahir




Gambar sebelum


Kalau besarkan lagi jelas sebenarnya




Gambar selepas 7 bulan

Lihatlah senyuman si comel yang menambahkan kesepetan matanya itu..
Okay dah besar hamster macam ayah k..






**hamster** adalah panggilan spesel untuk hemsem..kakaka..





0 saja yang sudi komen:

Post a Comment