Dec 22, 2010

Melihat Dunia Barunya..

Salam to all..

Hai sangatlah lama tak menghapdet blogku ni..bukan setakat dah bersawang aku rasa macam hmm tak tau lagi bahasa apa yang patut aku guna..memang lama sangat rasanya..

Okaylaa entri ni bukan apa sangat pun..cuma nak hapdet sikit kisah seorang lagi permata hati aku..wah gitu.. Kalau siapa yang belum tahu meh aku bagitau sikit..hehe

Tanggal 25 Oktober 2010, aku selamat melahirkan seorang lagi bayi lelaki seberat 2.99kg.. Alhamdulillah walaupun terpaksa bersalin secara ceaser sebab si bujang cilik tu songsang haha..semuanya selamat hendaknya..

Masa scan dulu doktor kata baby girl haha tup tup yang keluar ada pistol..kih kih...tak kisahlah janji semua sihat dan selamat..

So disebabkan awal-awal lagi dah cari nama girl bila yang keluar ni boy terus blurr tak tahu nak bagi nama apa..So tugas tu aku serah pada hubbyku yang setia menemani selama aku berada kat hospital..Atas usaha keras hubby mencari nama sebelum kena denda kalau lambat register maka teruna kecil tu kami beri nama Muhammad Nazran Zakwan..

Walaupun dia tak dapat tengok sendiri kelahiran teruna kedua ni sebab aku operate namun aku bersyukur dengan adanya dia kat tempat menunggu tu..so takdelah gerun sangat..hehe..yang sebenarnya bukan hubby aku je yang tak dapat tengok..aku sendiri pun tak dapat tengok sebab aku dah pengsan..sedar-sedar je perut dah slim river..hehe..memang tak thrill betullaa second deliver ni..

Ceritanya gini nak gak aku cerita kui kui..aku awal-awal memang dah tau anak aku tu songsang. Kira dari 28 weeks lagi dah sonsang gitu..May be by 37-38 weeks dia akan pusing balik..Camtulah harapan aku..Tapi tulah kalau dah ditakdirkan sonsang terpaksalah aku melalui experience baru..

By the time tanda dah keluar tu aku masih tak tahu lagi anak aku dah pusing ke belum sebab last aku scan masa anak aku 35 weeks.Hehe..sempat masuk ofis dan breakfast nasi lemak lagi huhu..Pastu macam dah start sakit-sakit pinggang gitu aku pun mintak hubby aku anta pergi hospital pukul 8.30 pagi. Tak semena-mena aku kena emergency ceaser sebab sah anak aku tak nak pusing pada posisi yang sepatutnya..Doktor bagi epidural (bius separuh sedar) tapi tah macam mana bius tu lambat gila nak bagi respon kat badan aku. Mungkin aku dah pelahap nasi lemak kot..hehe oleh sebab itu aku dibius penuh dan selamatlah doktor-doktor menggodeh2 isi perut aku..Keluarlah budak kecik tu pukul 10 pagi.

Masa keluar dulu Nazran kecik banding abang dia tapi sekarang dah jadi michellin (betul idak aku tulis ni..hehe)Pipi pun dah melayut dan peha berlipat-lipat..Kuss semangat anak aku ni..

Ni lah buah hati kecil aku..


Muhammad Nazran Zakwan bin Mohd Izzham





Jul 7, 2010

My Lil' Ann Diaries Part 2-Susu

Selamat pagi sayang...

Baby buat apa pagi-pagi ni? Dah bangun belum..Ok confirm dah bangun sebab perut ibu bergerak-gerak dek tendangan buah hati ibu ni..

Ok hari ni ibu nak cerita pada baby, dulu masa ibu mengandung abang Naufal..ibu tak suka susu..kesian ayah belikan ibu susu Anmum mahal-mahal perisa coklat tu, haram secawan pun ibu tak boleh nak telan..Huish kembang tekak je rasa..Kadang-kadang ayah buatkan secawan untuk ibu minum, kihkih seteguk jek ibu minum pastu dah tak nak dah..Ayah pun tak tau nak buat macam mana dengan ibu ni. Ye lah, ibu sendiri tak ingat bila kali terakhir ibu minum susu lembu tiba-tiba kena paksa minum..Yark..nak muntah..

So ibu request kat ayah minum soya jek..hehehe..soya tak pe..best..nyum nyum..ibu rasa memang sampai abang lahir hehe bergantang-gantang ibu dah telan soya tu..tapi sebab tak minum susu doktor Liza (gynea yang sama check-up untuk baby sekarang ni) bagi kalsium gabak tu..ibu tak leh nak telah sejibik sebijik tu confirm tersekat kat kerongkong. So apa ibu buat..ibu pecah2kan jadi 3 bahagian. Tak pun ibu larutkan dalam air soya yang ibu minum tu..hahaha..entah mana ibu belajar buat macam tu pun ibu tak tau...Sila jangan tiru aksi ini ye..

Hmm bila abang lahir pulak, kulit abang jadi sangat sensitif..(boleh baca entri lepas). Ibu dengar cerita kalau minum air soya memang kulit baby akan jadi macam tu.. So untuk mengelakkan terjadi perkara yang sama pada kulit baby Lil Ann nanti, ibu kuatkan semangat untuk paksa diri ibu minum susu lembu..haha..TAPI ibu boleh telan susu segar UHT tu jek. Lain-lain susu tak minum..Harap-harap ia cukup untuk kalsium baby ye sayang..Mudah-mudahan baby sihat selalu..

Segala yang terbaik untuk baby akan ibu lakukan..InsyaAllah...


Susu baik untuk kesihatan..Oh tak lupa kalau ibu puasa tak sempat sahur makanan berat, ibu amalkan minum susu ni..segar sepanjang hari..


My Lil' Ann Diaries Part 1- Mukodimahnya

Salam sayang buat Lil Ann,

Hai sayang..buat apa dalam sana tu..mesti sayang best je dalam perut ibu tu kan..tenang jek..hehe..Alhamdulillah..Walaupun ibu agak letih sikit bawak baby (eh baby ringan je kot-ibu yang melebar ni hehe) sana sini...bukan tu aje..dukung abang Naufal kik kik (dah nak jadi abang) yang dah boleh tahan debabnye tu..tapi tak pe..ibu tetap sayang dua-dua anak ibu ni.. Selagi ibu terdaya nak bawak dua-dua anak ibu ni, selagi tulah ibu akan lakukan..

Lil Ann sayang,

Kenapa ibu panggil baby Lil Ann yek.. Sebab ibu rasa tu panggilan yang paling sesuai untuk baby buat masa sekarang ni..Lil for Little- Ann for Anne (ibulah tu hehe). Amacam ok tak..Si kecil Ibu..hehe..

Ibu saje nak cerita pada baby, sekarang ni usia baby dalam perut ibu dah 21 minggu. Maknanya kalau ikut perkiraan lagi 19 minggu baby akan lahir tengok dunia, jumpa ibu, ayah dan especially jumpa abang Naufal. Hehe.. Abang Naufal sekarang ni manja sangat tau. Macam paham je yang dia bakal dapat adik nanti..hmm..tapi ibu sayang sangat kat abang. Sama macam ibu sayang pada baby..

Hehe baby pun apa kurangnya aktif betul dalam perut ibu ni..Wah kalau dah tendang-tendang perut ibu macam main bola sepak. Mentang-mentanglah sekarang ni musim World Cup..Hehe..Nak ikut abang pandai main bola eh..hehe..Yang penting sayang ibu sihat dalam sana tu yek..

Buah hati ibu Lil Ann,

Sebenarnya banyak yang ibu nak cerita semenjak ibu disahkan mengandungkan Lil Ann haritu..Tapi ibu rasa cukuplah dulu untuk Part 1 ni.. Nanti senang-senang ibu sambung lagi Part 2 khas buat baby ibu yang sedang membesar ni ok..Salam Sayang dari ibu. Mudah-mudahan sihat selalu ye..

Oh ingatkan abang Naufal jek debab, ibu pun debab sama..hahaha (tapi efek gambar macam dah nak terberanak pulak..ngee)

Jul 6, 2010

Happy Birthday Si Buah Hati!!!


Salam semua...

Hehe...ayyoyo...apa punye mama la ibu Naufal ni anak dah masuk setahun tiga bulan baru nak update besday anak.. Hehe...tulah..bila penyakit M dah datang di plus-plus kebizian yang sungguh tak terkata (ye ke?) haha maka baru sekarang nak update blok (haha mentang-mentang baru abih discussion pasal blok-blok bangunan dengan entri-entri sekali aku pi buh blok sama) correction -B.L.O.G- :P yang dah bersawang berhabuk bagai..kekeeee...

Fine whatever...ok persiapan untuk celebrate besday anak- 5/4/2010 jatuh pada hari Isnin..Mula-mula decide nak celebrate awal (Ahad) ok no cake segala pada hari Ahad jadi kami decide makan kat Pizza Hut jek (ke Nandos ek?) aiseh..camne leh lupe pulok nih..tak kisah ler yang penting kami makan kat luar lor hari tu..

So tiba je hari ulangtahun anak yang ke 1 tahun, siap-siap lepas balik keje terus amik anak dan order cake dari Secret Recipe..Beli lah topi kon rambu-ramba + trompet kanak-kanak tuh..pet pet whatever segala lah...

Ok malam kami kumpul dekat rumah family mertua kesayangan dan tunggu semua orang balik..Dan celebrate dengan besday mak long Naufal.. Haha..gitulah ceritanya seorang ibu yang eksaited nak celebrate besday anak walaupun anak kurang sihat kesan demam yang berlarutan sampai 10 hari...Apa-apa pun budak tecit tu tetap aktif walaupun kurang sihat..tu yang mak dia beria benor nak celebrate..kih kih..


Sempena World Cup ni Naufal nak tunjuk skill bakal bintang bola sepak 20 tahun akan datang..hehehe..

Lagi satu eh..


Hoho I tell U ha this budak comel ada talent jadi coach satu hari nanti..weehoo

Kisah Kehilangan Misteri

Salam to all ye..

Ya saya akui saya memang dah lama..lama..lama...sangat tak berblog..Hehe..lepas je cerita Naufal masuk hospital terus senyap sunyi tak ada cerita..kih kih.. Anyway ada ke tak de agaknye yang sudi baca blog saya ni ek..ok untuk entry ni saya cuma nak listkan beberapa kisah yang berlaku sepanjang kehilangan misteri ni..ahaks..

Hmm dan setiap kisah akan saya selitkan dalam entri-entri yang bakal muncul nanti eh eh...tunggu yea kawan-kawan..

Ok lepas je Naufal masuk hospital gara-gara infection dekat area kerongkong (agaknye ngee) Naufal sembuh sepenuhnya after discharge dari Hospital..Alhamdulillah.. Sebenarnya waktu tu adalah merupakan ulangtahun yang pertama Naufal tanggal 5 April 2010.. Nak dijadikan cerita kami celebrate juga birthday dia bersama keluarga belah hubby walaupun Naufal tak berapa ceria.. Tak pelah.. Nantilah kita cerita lebih lanjut wokeh hehe...

Tak lama lepas tu..kami pun dah start kemas2 barang kat rumah lama untuk pindah ke rumah baru. Alhamdulillah rumah baru ni kami beli masa baru-baru kahwin dulu..dah pun dapat kuncinya.. Kalau nak diikutkan sampai sekarang rumah baru kami masih dalam proses susunatur perabot etc..macam-macam yang perlu dibuat bila masuk rumah baru ni..hehe..ok part lepas tu kita continue lagi eh eh..

Hahaha sedar tak sedar dengan kehilang misteri yang DISENGAJAKAN ni keh keh..pewot ku pun dah semakin membesar.. Subhanallah bizinye I rupenya anak dalam pewot dah masuk lima bulan lebih daa sekarang..Muncitlaa sikit...tapi kalau pakai baju besar-besar confirm x de orang perasan lagi kewujudan anak dalam perut comel ku ehehe..Ni belum nak cerita lagi betapa conpiusnye kami dengan jantina anak kami..well well..tunggu...tunggu...I tell U later owait..owait..

Masuk bulan Jun saya dah tahu dah orang kat Johor a.k.a. kampung halaman mesti dah sibuk-sibuk...haha..mana taknya anak dara yang tinggal sowang tu akan menamatkan zaman bujangnya tanggal 26 Jun 2010..Haha part ni I memang nak cerita gak kat U all kisah-kisah menarik sepanjang majlis my sis berlansung..cerita pasal kek hmm make up-make up artis bagai...apa-apa sajalah eh..ok ok..coming soon I cerita okeh...

And last part dalam kisah kami is yang mana my sister in law masih belum beranak lagi ni..masa tengah tulis entri ni pun kami masih menunggu berita tentang kelahiran bakal cucu tok mak n tok bah a.k.a adik sepupu Naufal..Dari hari Sabtu sampai ini hari (Selasa 6 Julai) masih kat hospital lagi ni.. Ya Allah, kau mudahkanlah kelahiran anak buahku itu. Amin...sebenarnya tak sabar juga nak tengok gerangan si comel acu tu..Ikut mak ke ayah die..hehe...yang ni I akan update lagi bila si comel tu dah lahir ye...keep in touch...

Ok daaaa...babai U all...Thanks masih sudi baca kisah-kisah kami disini...hahaha...

Apr 12, 2010

Naufalku oh Sedihnya..

Salam semua..

Lama sungguh tak berblog. Yelah bukan apa akhir-akhir ni asyik kena ambil cuti kecemasan je sebab anak bujangku demam tak baik-baik. Makan ubat oklah sekejap lepastu demam panas balik.. Hmm..kesian sungguh.

So Hari Jumaat lepas saya dan hubby pakatlah nak cek Naufal kat hospital yelah ibubapa mana yang tak risau anak sakit lama2 ni. Dah beberapa kali pergi klinik+hospital swasta pun masih tak elok2 juga.

Hmm bila masuk hospital tu macam2lah prosedur nak dibuat. Ambil darahlah, masuk airlah hmm sian tengok budak kecik tu bercucuk2 tangan comel dia tuh. Sedih sangat sampai nak menitik air mata ibu ni. Alhamdulillah dia kena admit pun tak lama. Masuk pagi petang dah boleh balik dah.. Sebab doktor tengok pun kesihatan dia dah mula stabil. Ku tanya doktor sebab apa Naufal demam lama2 ni. Doktor cakap ada jangkitan bahagian atas. (Pemahamanku dari hidung ke kerongkong sebab doktor tunjuk bahagian tulah)

So now bersyukur tak terhingga sebab lepas balik je rumah Naufal dah mula menunjukkan perkembangan yang positif. Suhu badan pun dah kembali normal. So Alhamdulillah sangat-sangat..

Ni dia gambar Naufal masa kena admit hari tu (lena tidur sebelum terganggu sebab nak kena x-ray pulak)



Mar 24, 2010

Naufal and The Little One..

Salam semua..

Hehe..apa khabar semua..mudah-mudahan sihat hendaknya.. Yelah bukan apa..musim-musim cuaca yg agak tidak menentu sekarang ni ramai yang batuk-batuk dan selsema..(sayalah tu antaranya) hehe.. Okay harap-harap semua jaga diri makan minum semua jaga okay..jangan jadi macam diriku yang baru nak start batuk2 nampak buah tembikai wah sangat terliur dan sepantas kilat ku ngap...pastu tidur malam hok hok hok...(batuk tak sudah2) fine padan muka diriku..hahaha..

Okay..cerita tentang Naufal and the little one ni..sekali imbas macam cerita kartun kanak-kanak pulak..Haha pernah suatu ketika terfikir...Alangkah bagusnya kalau duduk saja dirumah tanpa perlu hantar Naufal ke Taska lagi..Hehehe..berangan tak sudah..Lepas tu tiba-tiba terfikir.. Alangkah bagusnya kalau Naufal ada kawan untuk main bersama xdelah dia main sensorang je bila ibu dia buat kerja rumah..Nak asuh anak orang ke..hahahaha tak naklah..nanti apa-apa jadi susah.. Okay masa terfikir ni tak terlintas langsung untuk tambah adik or what so everlah..Okay berangan berangan..

Hehehe...ada hati nak berangan duduk rumah bagai kan..kan..No lah..buat masa ni agak kurang sesuai untuk duduk dirumah sedangkan banyak benda nak kena settle down.. May be one day siapa tahu kan..Selagi diberi peluang untuk berkhidmat akan kugunakan peluang ini sebaik mungkin selain menambah pengalaman (harus ku bantu suami tambah pendapatan)hehehe..

Naufal and the Little One..Hehehe cerita panjang-panjang kui kui..Oklah..La ni tak risau dah sebab Insya-Allah kalau diizinkan Tuhan Naufal dapat kawan baru a.k.a adik baru hahaha..Tu je nak bagitahu..bye semua..

Oh ye kesian Naufal..Bukan ibu @ ayah yang mabuk muntah-muntah ni tapi Naufal pulak yang berjangkit..Eh ada kena mengena ke ni?Hehe kebetulan je ni..