Jul 7, 2010

My Lil' Ann Diaries Part 2-Susu

Selamat pagi sayang...

Baby buat apa pagi-pagi ni? Dah bangun belum..Ok confirm dah bangun sebab perut ibu bergerak-gerak dek tendangan buah hati ibu ni..

Ok hari ni ibu nak cerita pada baby, dulu masa ibu mengandung abang Naufal..ibu tak suka susu..kesian ayah belikan ibu susu Anmum mahal-mahal perisa coklat tu, haram secawan pun ibu tak boleh nak telan..Huish kembang tekak je rasa..Kadang-kadang ayah buatkan secawan untuk ibu minum, kihkih seteguk jek ibu minum pastu dah tak nak dah..Ayah pun tak tau nak buat macam mana dengan ibu ni. Ye lah, ibu sendiri tak ingat bila kali terakhir ibu minum susu lembu tiba-tiba kena paksa minum..Yark..nak muntah..

So ibu request kat ayah minum soya jek..hehehe..soya tak pe..best..nyum nyum..ibu rasa memang sampai abang lahir hehe bergantang-gantang ibu dah telan soya tu..tapi sebab tak minum susu doktor Liza (gynea yang sama check-up untuk baby sekarang ni) bagi kalsium gabak tu..ibu tak leh nak telah sejibik sebijik tu confirm tersekat kat kerongkong. So apa ibu buat..ibu pecah2kan jadi 3 bahagian. Tak pun ibu larutkan dalam air soya yang ibu minum tu..hahaha..entah mana ibu belajar buat macam tu pun ibu tak tau...Sila jangan tiru aksi ini ye..

Hmm bila abang lahir pulak, kulit abang jadi sangat sensitif..(boleh baca entri lepas). Ibu dengar cerita kalau minum air soya memang kulit baby akan jadi macam tu.. So untuk mengelakkan terjadi perkara yang sama pada kulit baby Lil Ann nanti, ibu kuatkan semangat untuk paksa diri ibu minum susu lembu..haha..TAPI ibu boleh telan susu segar UHT tu jek. Lain-lain susu tak minum..Harap-harap ia cukup untuk kalsium baby ye sayang..Mudah-mudahan baby sihat selalu..

Segala yang terbaik untuk baby akan ibu lakukan..InsyaAllah...


Susu baik untuk kesihatan..Oh tak lupa kalau ibu puasa tak sempat sahur makanan berat, ibu amalkan minum susu ni..segar sepanjang hari..


0 saja yang sudi komen:

Post a Comment