Showing posts with label My Lil Ann Diaries. Show all posts
Showing posts with label My Lil Ann Diaries. Show all posts

Jul 7, 2010

My Lil' Ann Diaries Part 2-Susu

Selamat pagi sayang...

Baby buat apa pagi-pagi ni? Dah bangun belum..Ok confirm dah bangun sebab perut ibu bergerak-gerak dek tendangan buah hati ibu ni..

Ok hari ni ibu nak cerita pada baby, dulu masa ibu mengandung abang Naufal..ibu tak suka susu..kesian ayah belikan ibu susu Anmum mahal-mahal perisa coklat tu, haram secawan pun ibu tak boleh nak telan..Huish kembang tekak je rasa..Kadang-kadang ayah buatkan secawan untuk ibu minum, kihkih seteguk jek ibu minum pastu dah tak nak dah..Ayah pun tak tau nak buat macam mana dengan ibu ni. Ye lah, ibu sendiri tak ingat bila kali terakhir ibu minum susu lembu tiba-tiba kena paksa minum..Yark..nak muntah..

So ibu request kat ayah minum soya jek..hehehe..soya tak pe..best..nyum nyum..ibu rasa memang sampai abang lahir hehe bergantang-gantang ibu dah telan soya tu..tapi sebab tak minum susu doktor Liza (gynea yang sama check-up untuk baby sekarang ni) bagi kalsium gabak tu..ibu tak leh nak telah sejibik sebijik tu confirm tersekat kat kerongkong. So apa ibu buat..ibu pecah2kan jadi 3 bahagian. Tak pun ibu larutkan dalam air soya yang ibu minum tu..hahaha..entah mana ibu belajar buat macam tu pun ibu tak tau...Sila jangan tiru aksi ini ye..

Hmm bila abang lahir pulak, kulit abang jadi sangat sensitif..(boleh baca entri lepas). Ibu dengar cerita kalau minum air soya memang kulit baby akan jadi macam tu.. So untuk mengelakkan terjadi perkara yang sama pada kulit baby Lil Ann nanti, ibu kuatkan semangat untuk paksa diri ibu minum susu lembu..haha..TAPI ibu boleh telan susu segar UHT tu jek. Lain-lain susu tak minum..Harap-harap ia cukup untuk kalsium baby ye sayang..Mudah-mudahan baby sihat selalu..

Segala yang terbaik untuk baby akan ibu lakukan..InsyaAllah...


Susu baik untuk kesihatan..Oh tak lupa kalau ibu puasa tak sempat sahur makanan berat, ibu amalkan minum susu ni..segar sepanjang hari..


My Lil' Ann Diaries Part 1- Mukodimahnya

Salam sayang buat Lil Ann,

Hai sayang..buat apa dalam sana tu..mesti sayang best je dalam perut ibu tu kan..tenang jek..hehe..Alhamdulillah..Walaupun ibu agak letih sikit bawak baby (eh baby ringan je kot-ibu yang melebar ni hehe) sana sini...bukan tu aje..dukung abang Naufal kik kik (dah nak jadi abang) yang dah boleh tahan debabnye tu..tapi tak pe..ibu tetap sayang dua-dua anak ibu ni.. Selagi ibu terdaya nak bawak dua-dua anak ibu ni, selagi tulah ibu akan lakukan..

Lil Ann sayang,

Kenapa ibu panggil baby Lil Ann yek.. Sebab ibu rasa tu panggilan yang paling sesuai untuk baby buat masa sekarang ni..Lil for Little- Ann for Anne (ibulah tu hehe). Amacam ok tak..Si kecil Ibu..hehe..

Ibu saje nak cerita pada baby, sekarang ni usia baby dalam perut ibu dah 21 minggu. Maknanya kalau ikut perkiraan lagi 19 minggu baby akan lahir tengok dunia, jumpa ibu, ayah dan especially jumpa abang Naufal. Hehe.. Abang Naufal sekarang ni manja sangat tau. Macam paham je yang dia bakal dapat adik nanti..hmm..tapi ibu sayang sangat kat abang. Sama macam ibu sayang pada baby..

Hehe baby pun apa kurangnya aktif betul dalam perut ibu ni..Wah kalau dah tendang-tendang perut ibu macam main bola sepak. Mentang-mentanglah sekarang ni musim World Cup..Hehe..Nak ikut abang pandai main bola eh..hehe..Yang penting sayang ibu sihat dalam sana tu yek..

Buah hati ibu Lil Ann,

Sebenarnya banyak yang ibu nak cerita semenjak ibu disahkan mengandungkan Lil Ann haritu..Tapi ibu rasa cukuplah dulu untuk Part 1 ni.. Nanti senang-senang ibu sambung lagi Part 2 khas buat baby ibu yang sedang membesar ni ok..Salam Sayang dari ibu. Mudah-mudahan sihat selalu ye..

Oh ingatkan abang Naufal jek debab, ibu pun debab sama..hahaha (tapi efek gambar macam dah nak terberanak pulak..ngee)