Jan 4, 2010

Siapa nak Baby Carrier angkat tangan!!


Haa..Baru teringat..Sebenarnya gambar ni dah lama ambil tapi sebab harini baru transfer semua gambar dari handset ke PC jadi barulah teringat niat murni ni..

Siapa nak beli barang baby berstatus 'Let Go' ni??

Kriteria barang..

1. Baby Carrier Jenama My Dear
2. Masih elok dan tidak pernah digunakan walaupun sekali
3. Hanya pernah buat cubaan sahaja dan ternyata Naufal tidak suka masuk di dalamnya.
4. Bila Naufal dah mencapai berat 7 ++ kg oh tak larat kot nak guna lagi. Rela dudukkan dalam stroller..
5. Warna kuning dan cream
6. Dari fabrik yang sangat lembut dan banyak span supaya baby selesa
7. Bagi harga RM 50.00 (masa beli harga lebih mahal)..Nak diskaun lagi ke?? Email me if interested..

Tengok gambarlah ye..


Ni pandangan hadapan


Pandangan belakang

Tali belakang boleh dizipkan dan pakai secara silang (/) bila baby tidur..

Oh boleh bukak zip ni..Tapi pemakaian tali di belakang harus disilangkan (X) supaya lebih kuat dan mantap.

Cara baby duduk

1. Baby pandang depan (boleh dilipat bahagian atas untuk meluaskan pemandangan bayi)
2. Baby pandang belakang (no view heheh) tak perlu lipat untuk sokong kepala baby
3. Baby baring (sebab tu ada zip untuk tali) eh ingat tak macam orang dulu-dulu ikat guna kain batik tu bila anak diaorang tidur..Hm adalah beberapa lagi posisi bayi..


Okaylah..dekat kotak dia ada tunjukkan cara pemakaian yang betul..Memang smart tapi anakku tidak mahu duduk di dalamnya..Hmm tak bebas kot macam dukung biasa..Dia baby yang bijak dan lasak..


masih available!!!






0 saja yang sudi komen:

Post a Comment