Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah harini terbit rasa insaf dalam diri untuk memberi salam setiap kali nak buka entri. Lepas ni kalau terlupa tolong ingatkan ya. Terima kasih semua..
Beberapa bulan lepas saya pernah diberi secoret email yang ada kaitan dengan tajuk entri diatas.
Yang sebenarnya never say no!! adalah khusus untuk perkembangan anak-anak yang sedang membesar.
Kadang-kadang kita sebagai ibubapa lupa dengan impak daripada perkataan ini. Bila anak membuat sesuatu yang tidak sepatutnya jangan sesekali kata jangan!! sebab bila kita kata begitu itulah yang paling anak suka lakukan berulang-ulang. Tapi cuba kita kata "ha buatlah lagi!!" percaya atau tidak anak-anak akan berhenti melakukannya. Kenapa begitu ye?
Jadi saya sedaya upaya untuk mempraktikkan tidak berkata 'jangan' pada anak saya. Walaupun dia masih kecil dan mungkin masih tidak memahami bahasa kita tak mengapa. Kerana bila dia selalu mendengar apa yang kita ucapkan InsyaAllah dia akan faham juga maksudnya nanti.
sebagai contoh jika anak saya mula belajar berdiri dan dia suka berpaut pada apa-apa saja objek yang boleh dipaut saya akan biarkan saja dia berbuat begitu kerana itulah eksplorasi pembelajarannya. Yang penting kita jaga posisinya agar tidak jatuh terlentang. Cuba kita berkata "jangan!! nanti jatuh" dan mengambilnya dari cubaan untuk berdiri maka sampai bila anak itu akan pandai berdiri sendiri. Ini akan membuatkan anak akan hilang keyakinan untuk berdiri.
contoh kedua anak kecil sangat suka untuk sepahkan barang yang sudah tersusun rapi. Biarkan anak kita bermain (bersepah) untuk seketika kerana itu juga adalah proses pembelajaran. Sebenarnya itu adalah ransangan mereka untuk mengetahui dari sentuhan objek terus ke akal fikiran. Cuba kita kata "janganlah sepahkan barang. Penat ibu kemas" agaknya apalah dalam fikiran anak itu ye?
Walaupun anak masih tidak mengerti apa-apa tidak rugi untuk kita mengajar perkataan baru kepadanya. Bila pergi ke taman sambil melihat persekitaran.. nampak burung terbang beritahu "burung terbang sayang". Nampak motor lalu "itu motor". Nampak bunga "bunga cantik". Selalulah berkomunikasi padanya kerana ia adalah peerhubungan yang sihat dan erat.
Okay kesimpulannya kalau nak ajar anak jika dia lakukan kesilapan sebagai contoh tukarlah ayat dari "janganlah sepahkan barang. Penat ibu kemas" kepada "sayang..anak ibu anak baikkan!!. Kalau tolong ibu kemas dapat upah cium" haha something like that lah.. tu contoh sendiri.. dah lupa contoh dalam email tu..
Hehe kalau anak dah besar panjang dan akal pun panjang tukar ayat "janganlah merokok" kepada "kalau rasa tak nak hidup lama teruskan merokok. Telan dengan puntung-puntung sekali. Kalau tak puas hati jugak telan dengan bekas puntung tu terus"..agak-agaknya ayat ni boleh menginsafkan ke eh? Geleng kepala jelah jawabnya...
Wassalam..

0 saja yang sudi komen:
Post a Comment