Hai.. pertama sekali tahniah kepada semua ibu-ibu baru. Tips hari ini mari kita kaji apa barang yang perlu dibawa ke tempat penjagaan bayi/kanak-kanak.
Barang yang PERLU/ MESTI dibawa
- 2 buah botol susu
- susu formula (terpulang samada nak bawa tin/bekas refill) atau perahan susu ibu (pastikan cukup tau)
- Bubur nasi/nestum bayi (bayi berumur 6 bulan ke atas) dan bekas makanan dan sudu
- 3 pasang baju siang dan 1 pasang baju malam
- 5-6 helai diapers
- Sehelai tuala
- 2-3 helai lampin kain (jika bayi muntah etc)
- Barang toiletteries (body shampoo, bedak talkum, minyak angin/telon, lotion badan etc)
Barang yang boleh dibawa untuk tambahan
- Ubat-ubatan (jika bayi ada masalah kesihatan)
- Cotton bud (jika penjaga mahu bersihkan hidung/telinga bayi)
- Ketip kuku (jika kuku anak tak sempat dipotong)
- Sarung kaki/tangan/topi jika bayi bawah 6 bulan
- Sikat rambut (jika rambut bayi sudah lebat)
- Dan lain-lain boleh tambah sendiri
Disini ada 2 situasi. Barangan diatas adalah untuk keperluan seharian bayi jika tiada barang yang ditinggalkan. Boleh juga letak 1 tin susu/ 1 beg plastik diapers dan toiletteries di sana jika anak dijaga oleh orang perseorangan. So that bila habis baru beli yang lain. Tidak digalakkan untuk tinggalkan botol susu dan bekas makanan kerana ia harus dipantau setiap hari. Maklumlah ada kes yang penjaga kanak-kanak tidak menjaga kebersihan botol susu sehingga puting susu menjadi kehitaman akibat tidak dibasuh dengan betul. Sekian para ibu. Selamat menghantar anak-anak ke taska. Ok Bai..
0 saja yang sudi komen:
Post a Comment