Assalamualaikum semua..
Okay pagi yang ceria ni nak lah sembang2 sikit pasal kerja sesuai dengan isu sekarang tentang 300 000 orang penganggur yang masih belum dapat pekerjaan.. Jadi apa kata kita merenung sejenak dan bersyukur sebab kita diberi peluang bekerja. Oh bagi yang memilih untuk tidak bekerja juga sangat sesuai untuk menjawab tag yang ala-ala soalan interview masa nak cari kerja (tag ini tidak dikhaskan kepada yang bekerja sahaja malah yang tak bekerja boleh join ok) no hal punya... So dapatlah kita sama-sama bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ok!!
1. APA PEKERJAAN ANDA SEKARANG?
CIVIL ENGINEER
2. APA YANG MEMBUATKAN ANDA MEMILIH PEKERJAAN ITU?
SEBAB DULU AMBIL COURSE INI
3. APA PEKERJAAN SEBELUM INI?
CUSTOMER SERVICE EXECUTIVE
4. BERAPA LAMA ANDA BEKERJA DI TEMPAT SEKARANG?
6 BULAN
5. ADAKAH ANDA SERONOK BEKERJA DI TEMPAT SEKARANG?
SERONOK SANGAT
6. KENAPA ANDA BERHENTI KERJA SEBELUM INI?
TEKANAN KERJA
7. BERAPA LAMA ANDA BERTAHAN DI TEMPAT SEBELUM INI?
2 TAHUN SETENGAH
8. JIKA ANDA DIBERI PILIHAN, APAKAH PEKERJAAN YANG ANDA IMPIKAN?
SUDAH BERSYUKUR SEADANYA (pernah terfikir nak duduk rumah jaga Naufal je hehe tapi husband bagi lampu merah!!)
9. KENAPA ANDA MENGIMPIKAN PEKERJAAN ITU?
KERJA SERONOK, KAWAN BEST, MANAGEMENT OK
10. PADA PANDANGAN ANDA BERAPA LAMA ANDA DAPAT BERTAHAN BEKERJA DI TEMPAT SEKARANG?
KALAU DIBERI PELUANG SAMPAI BILA-BILA PUN NAK BEKERJA DI TEMPAT SEKARANG..PUAS HATI!!!*mane tak best sama tempat dengan husband* ngeh ngeh
11. SILA BERI PANDANGAN ANDA TENTANG KERJA...
JANJI ADA KERJA, GAJI JALAN, YANG PENTING HAPPY
Awak nak tahu orang yang buat-buat khusyuk tu hanya lakonan semata-mata tahu
Jom kita saksikan aktiviti dia sebelum shooting itu dibuat
Amat ketara perbezaan dengan gambar di atas..(dia tengah update blog tahu!!) Hehe dia dah gantung balik carta yang senget sebelah tu... opps!! cermin dia masih di kedudukan asal okeh!!
Dah lah korang..merapu tak sudah ni!! hahaha
Sekian dulu.. so siapa yang rajin boleh jawab tag saya ok..
psst//: Fara Fauzana open pemandu peribadi!!! sila hantar resume segera ok..(khas kepada penganggur saja)
5 saja yang sudi komen:
kalau keje sendiri kena buat gak ker...;)
boleh jugak!! yang namanya kerja even bekerja di rumah juga sangat digalakkan.. hehe..
Wah..wah..cermin tu kegunaannye tuk skodeng kalau2 bos dtg dari arah belakang kan?hehe..bagus2!
wakaka..sungguh lawak mu ni.. malangnya di belakang adalah dinding semata-mata..so siapa2 yang datang i boleh cover cepat2..hahaha
best tag ni
Post a Comment