Nurseri VS Babysitter.. Mana satu pilihan anda?
NURSERI
- Dari segi penjagaan okay okay saja sebab ramai budak nak kena handle
- Tak perlu susah-susah ambil cuti cemas sebab cuti mereka sama seperti cuti am
- Kebersihan alatan bayi hm agak kurang memuaskan
- Bayi mudah dijangkiti pelbagai penyakit terutama selsema/demam/batuk
- Bayi lebih berdikari dan cepat belajar serta bijak kerana penjaga diberi kursus pendidikan awal kanak-kanak
- Boleh bergilir-gilir menjaga bayi sekiranya perlu melakukan tugasan yang lain kerana penjaga yang ramai
- Bayi lebih gembira kerana ramai kawan seusianya
- Dari segi penjagaan okay sebab tidak ramai budak nak kena handle
- Perlu ambil cuti cemas kalau penjaga tiba-tiba ada hal yang lebih penting
- Kebersihan alatan bayi agak memuaskan
- Bayi kurang dijangkiti penyakit
- Bayi lebih manja dan membesar seiring usia mereka kerana sesetengah penjaga tidak menitik beratkan soal eksplorasi pembelajaran
- Sesetengah penjaga kurang fokus pada bayi kerana perlu lakukan tugas-tugas rumah yang lain
- Bayi kurang teman seperjuangan
Terpaksa hantar ke nurseri sebab cari babysitter sangatlah payah sekarang ni.. Oh lagi satu lupa nak bagitahu kalau boleh jangan terlalu kerap tukar penjaga kerana perkembangan bayi akan jadi kurang sihat. Tetapi janganlah tak tukar langsung kalau penjaga dah buat hal.. OK!! Pokok pangkal tepuk dada tanya selera..
0 saja yang sudi komen:
Post a Comment