Mar 24, 2010

Naufal and The Little One..

Salam semua..

Hehe..apa khabar semua..mudah-mudahan sihat hendaknya.. Yelah bukan apa..musim-musim cuaca yg agak tidak menentu sekarang ni ramai yang batuk-batuk dan selsema..(sayalah tu antaranya) hehe.. Okay harap-harap semua jaga diri makan minum semua jaga okay..jangan jadi macam diriku yang baru nak start batuk2 nampak buah tembikai wah sangat terliur dan sepantas kilat ku ngap...pastu tidur malam hok hok hok...(batuk tak sudah2) fine padan muka diriku..hahaha..

Okay..cerita tentang Naufal and the little one ni..sekali imbas macam cerita kartun kanak-kanak pulak..Haha pernah suatu ketika terfikir...Alangkah bagusnya kalau duduk saja dirumah tanpa perlu hantar Naufal ke Taska lagi..Hehehe..berangan tak sudah..Lepas tu tiba-tiba terfikir.. Alangkah bagusnya kalau Naufal ada kawan untuk main bersama xdelah dia main sensorang je bila ibu dia buat kerja rumah..Nak asuh anak orang ke..hahahaha tak naklah..nanti apa-apa jadi susah.. Okay masa terfikir ni tak terlintas langsung untuk tambah adik or what so everlah..Okay berangan berangan..

Hehehe...ada hati nak berangan duduk rumah bagai kan..kan..No lah..buat masa ni agak kurang sesuai untuk duduk dirumah sedangkan banyak benda nak kena settle down.. May be one day siapa tahu kan..Selagi diberi peluang untuk berkhidmat akan kugunakan peluang ini sebaik mungkin selain menambah pengalaman (harus ku bantu suami tambah pendapatan)hehehe..

Naufal and the Little One..Hehehe cerita panjang-panjang kui kui..Oklah..La ni tak risau dah sebab Insya-Allah kalau diizinkan Tuhan Naufal dapat kawan baru a.k.a adik baru hahaha..Tu je nak bagitahu..bye semua..

Oh ye kesian Naufal..Bukan ibu @ ayah yang mabuk muntah-muntah ni tapi Naufal pulak yang berjangkit..Eh ada kena mengena ke ni?Hehe kebetulan je ni..

Mar 17, 2010

Rumah baru..Yeay!!

Assalamualaikum kawan2 & adik2 semua..

Rumah baru oh rumah baru!! Macam2 dah terbayang nak decorate rumah baru kami ni.. Hahaha.. Alhamdulillah seperti yang dijanjikan rumah baru kami dah hampir sepenuhnya siap just nak baiki sedikit sebanyak kecacatan yang memang biaselah dialami oleh semua rumah-rumah baru dalam dunia ni. Btw yg tu x kisahlah yg penting kunci pun dah dapat...TAPI arggh!! bila nak masuk rumah baru haruslah ade pitih lebih untuk touch up betul tak!!

First thing first cuba senaraikan barang2 yang sangat-sangat diperlukan untuk rumah baru:-

1) Lampu & kipas- ok yang ni teramatlah penting kalau tidak ada harus bergelap dan berpanasanlah.. oh yang ni sangat mustahil kalau tidak ada.. check

2) Grill pintu dan tingkap- haha ciri-ciri keselamatan yang paling diutamakan sementelah berada di atas kayangan..oho anak kecil yang hobi barunya suka panjat2 sangat mustahil kalau tak pasang grill ok. check

3) Langsir- Hmm langsir langsir langsir...sepatut dan sememangnya harus ada.. Kalau tidak adoi nak bagi orang kat luar tengok reality show kah? hahaha... check

4) Perabot- yang ni boleh skip sebab semua dah ada..

5) Kitchen cabinet- yang ni suka hati..nak letak pun boleh tak nak letak pun xpe.. yang penting ONGKOSnya haruslah ada... check

Barang-barang yang harus diberi perhatian kalau nak decorate rumah.

1) Cat rumah- alahai hajat di hati nak buat feature wall konon2 hahaha.. ok xpe check dulu

2) Pasu bunga + bunga-bungaan yang cantik- ok sikit2 buleh ler... x minat sangat letak banyak2 nanti jadi taman bunga..hehe

3) Barang2 dalam bilik baby/kanak-kanak- Hahaha bila dah ada anak haruslah ada bilik sendiri. Hmm akan ku pikirkan macam mana nak hias bilik Naufal nanti..

Ahahaha semua ni angan-angan belaka.. nanti kalau dah jadi kenyataan akan ku tempek gambar2 dalam entri yang akan datang okeh.. Buleh buat majalah online Anjung Seri Annedestiny..hahahaha...



Gambar? Hahaha gambar rumah x siap malaslah nak tempek..kui kui..daa korang..

Mar 10, 2010

Our BlogShop is Launch!!


Assalamualaikum kawan-kawan semua..

Haha apa khabar semua? Sihat ke? Alhamdulillah ya.. Entah apa busy memanjang sampai SANGAT tak sempat update blog lately.. So sorry ye pengunjung setia annedestiny ni.. So macam yg dijanjikan, blogshop saya dan bisnes partner a.k.a besfren Cik Nafisah tu sudah pun dilancarkan..

So apalagi kawan-kawan semua..jangan tunggu lama-lama ok. Opening promotion kami valid sampai 1 May 2010 tau. Semua harga sangat berpatutan tahu.. (Our diskaun rate at almost 15% for all item RM20 and above). Tak payah susah-susah kira. Kami dah letak pun harga after diskaun ok. Haha..

So antara baju-bajunya seperti ini...

Dress


Osh Kosh




Osh Kosh

Boy Top

Burberry


POLO

ROMPERS


Carter's
Baby GAP


Oh! Banyak lagi sebenarnya..dan kalau ade antara kawan-kawan nak order hamper dari kami pun boleh juga..

CONTOH HAMPER KAMI

New Born (Girl) Gift Hamper

Ops! Hamper ni boleh self pickup atau kami hantar sendiri (free delivery) tapi certain area KL jelah..


Apalagi.....Lawat blog kami ya di TeenyBopper Shop..

Okay dah babai..Salam semua okay!!



Mar 2, 2010

Ucaplah Alhamdulillah!!

Assalamualaikum...

Hehehe last update 23 Februari 2010. Harini 2 Mac 2010. Melihat pada kalender 7 hari sudah ku tak update blog yang satu ketika dulu sangat-sangatlah aktifnya.. Kalau dikira post yg dah ku publish 83 hendaknya since Nov 2009. Wah sangat banyak rupanya..

Itulah penulisan blog ni ada pasang surutnya. Bukan tak sudi nak update lagi oh tidak sama sekali tetapi MASA/PERCAMBAHAN IDEA tidak mengizinkan. Wah ayatku sangat bombastik gitu haha.. Tapi Alhamdulillah kalian masih sudi menjengah..Terima kasih semua..

Well Sabtu lepas selepas follow-up dengan doktor mengenai tahap kesihatan anakku Naufal, Syukur Alhamdulillah doktor mengesahkan paru-paru anakku sudah kembali normal dari kejahatan kuman2 yang menyerang. Dan berita baiknya selsema batuk yang x sembuh2 dari masuk taska sehingga ketika dia dimasukkan gas kini dah beransur pulih.

Okaylah nothing much to say...