Showing posts with label My Happy Family Heh. Show all posts
Showing posts with label My Happy Family Heh. Show all posts

Feb 2, 2010

Naufal In da House!!

Assalamualaikum dan selamat pagi semua!!

(Wah ada sikit2 macam cikgu bagi salam ni) haha..

Pagi ni saja nak sembang-sembang aktiviti Naufal dekat rumah. Hari tu dah cerita Naufal dah boleh duduk sendiri walaupun dia belum pandai merangkak. Tapi kebelakangan ini Naufal dah boleh merangkak sikit-sikit (sebenarnya dia memang dah pandai tapi saje je tak nak merangkak).. Mungkin dia lebih suka jadi askar kot sebab pergerakan dia laju macam lipas kudung (sukehati aku cakap anak macam lipas haha)


Sila abaikan barang Naufal yang merata-rata itu yehh!! (Dan alas meja yang baru di angkat dari ampaian haha)


Lagi satu kebolehannya sejak usia 9 bulan.. dia suka panjat-panjat perabot/pintu/dinding/kotak /manusia.. Haaa manusia tau hehe.. Kadang-kadang abang-abang dan kakaknya pun dipaut juga.. Apalagi terjerit-jerit mereka takut adiknya terlepas.. Ceh macam aku dah beranak ramai jerr.Hahah.. Okaylah kanak-kanak itu (abang-abang 6 dan 5 tahun , kakak 4 tahun) ialah anak-anak buah belah hubby yang bagaikan adik beradik Naufal *tapi lain ibu dan ayah* saja..



Sewaktu dalam cubaan untuk memanjat


DAN BERJAYA YES!! (senyuman kebanggaan terpancar disitu)

Lepas penat terus tidur sambil berdiri zzzzzz.... haha joking-joking..tu lah tak nak diam ibu snap pun dah blur-blur je gambar..



Last but not least... MY HERO!!!

Saling tak tumpah macam si abang Muhammad Danish Aiman (6 tahun) masa baby dulu *masa ni je lah yang obvious *..haha


Jan 18, 2010

A Walk To Remember??

Salam tengahari semua!!!

Ceh cewah cewah... tengok tajuk entri sebijik cerita A Walk to remember lakonan Mandy Moore dengan...eh siapa eh?? Alah sweet tau cerita tu... Rugi tau siapa tak pernah tengok..

Sajalah bukak2 PC lama tengok gambar-gambar lama tiba-tiba ternampak satu folder ni.. Alamak malu ah.. tapi sebab teringatkan ia sweet maka saya letak dalam blog.. ok boleh tak?? Boleh!!! Thank you semua muahhs....

Jom jom..






























Okay bye lalala...kerjalah...hahaha


Jan 15, 2010

Syabas Abang!!

Assalamualaikum chak!!


Wah wah banyak entri saya pos harini sebab oh tak tahulah.. So teruja.. Bila usha-usha blog kiddiesbazaar yang diusahakan oleh abang dan kakak ipar saya.. rupanya ada satu lagi yang saya ketinggalan!! Abang saya buka perkhidmatan Graphic Design !! Wah syabas abang.. Tak sangka abang sangat pandai dalam IT!! Tabik spring sikit..Toing! Toing!

Okay siapa yang nak dapatkan khidmat seperti:

Khidmat Graphic Design

Di Galeri Zakiey, anda boleh mendapatkan khidmat seperti berikut :

+ Blog Design (header / background / gif banner / ebook cover)
+ Rekaan logo dan digital kaligrafi
+ Rekaan banner / bunting / backdrop
+ Business card / flyers / kalendar / sticker dll.

Jangan segan silu untuk klik disini okay!!.. Promosi hebat ni..hehe

Wassalam..

Jan 14, 2010

Oh That's Cute!!

Teruja! Teruja!!

Oops lupa.. Assalamualaikum semua!! Macam mana pagi anda hari ini??

Haha.. Pagi ni saya amat teruja untuk beritahu semua tentang berita baik ni.. Nak tahu? Nak tak??
Okay.. Abang saya baru mulakan bisnesnya iaitu baju kanak-kanak yang alamak soooo cute!! Tak sabar nak grab satulah sebab confirm tak ada delivery post (saya ambil sendiri!!)

So antara baju yang saya sooo fall in love is yang ini




RM26


Siapa nak dia didatangkan dengan beberapa saiz untuk pilihan semua

:: AVAILABLE SIZE ::

12-18m
18-24m
2y
3y
4y
5y


So apa tunggu lagi!! Boleh masuk ke sini okay.. Semua baju cantik-cantik belaka.. Oh lupa nak bagitahu abang saya duduk di Putrajaya Presint 9. So siapa yang berdekatan sana boleh ambil sendiri.. Harus letak link ni dalam ratuhati.com ni. haha..

Wassalam..

Thank You Teacher!!

Assalamualaikum and good morning!!

Haha teringat pula masa zaman tadika dan sekolah rendah.. Okay kenangan kanak-kanak yang terindah dalam hidup saya. Main..belajar.. tak perlu fikir masalah dunia. Thank you teacher yang mengajar saya sehingga saya berupaya menjadi seseorang dalam hidup ini. Itu cerita dulu, sudah bertahun-tahun ditinggalkan.. dan sekarang giliran anak saya pula.

Sejak masuk ke taska banyak perubahan positif yang anak saya lakukan. Anak saya lebih berdikari dan jarang sangat menangis melainkan lapar (kurang sabar). Mungkin dia serasi disana. Perkembangannya juga sangat memuaskan. Kini dia telah skip satu step (merangkak) dan boleh duduk sendiri.

Dia juga sangat cerdik. Apa saja pelajaran baru yang diajar cepat dia menangkap. Melambai, tepuk tangan malah dia sudah tahu bila sampai dihujung katil mesti berhenti (oh yang ni saya ajar) supaya tak jatuh.

Setiap kali hantar ke taska wajib kena sayang dulu (cium). Bagitahu dia "Bye sayang..ibu nak pergi work ni..jadi anak baik tau. Dengar cakap teacher okay" Teacher kata dia sengih je selalu. Senang jaga dia. Dia juga lasak dan aktif.

Di taska teacher bagi makan ikut waktu. Anak saya suka makan. Kalau nampak bubur dia mesti tangan dia dah mengepak-ngepak. Teacher ajar setiap kali sebelum pulang kena baca doa dulu. Salam cium tangan teacher. Yang ni mesti diterapkan sebelum tinggalkan taska cakap "terima kasih teacher jaga saya"..kalau rasa panjang cakap "thank you teacher" pun dah cukup. Lepas tu lambai tangan. Alhamdulillah. Dia bijak..

Jadi bila seharian anak di taska kini tibalah masa ibubapa pula untuk curahkan sepenuh perhatian padanya bila dibawa pulang. Hargailah setiap detik yang ada untuk beri kasih sayang yang secukupnya. Main bersama belajar bersama. Duduk saja disebelahnya jika anak itu leka bermain sendirian. Yang penting dia tahu kita berada dekat dengannya. Sehingga waktu tidur jangan lupa untuk mengucupnya di dahi dan pipi. Bisik ditelinga "sayang ibu, jadi anak baik ye, good night sayang".
InsyaAllah ungkapan itu sebenarnya mempengaruhi minda dan kelakuan anak-anak pada keesokan harinya. Percayalah..

"Assalamualaikum" ucaplah setiap kali anak itu terjaga dari lenanya...


Wassalam..








Jan 13, 2010

Never say NO!!

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah harini terbit rasa insaf dalam diri untuk memberi salam setiap kali nak buka entri. Lepas ni kalau terlupa tolong ingatkan ya. Terima kasih semua..

Beberapa bulan lepas saya pernah diberi secoret email yang ada kaitan dengan tajuk entri diatas.
Yang sebenarnya never say no!! adalah khusus untuk perkembangan anak-anak yang sedang membesar.

Kadang-kadang kita sebagai ibubapa lupa dengan impak daripada perkataan ini. Bila anak membuat sesuatu yang tidak sepatutnya jangan sesekali kata jangan!! sebab bila kita kata begitu itulah yang paling anak suka lakukan berulang-ulang. Tapi cuba kita kata "ha buatlah lagi!!" percaya atau tidak anak-anak akan berhenti melakukannya. Kenapa begitu ye?

Jadi saya sedaya upaya untuk mempraktikkan tidak berkata 'jangan' pada anak saya. Walaupun dia masih kecil dan mungkin masih tidak memahami bahasa kita tak mengapa. Kerana bila dia selalu mendengar apa yang kita ucapkan InsyaAllah dia akan faham juga maksudnya nanti.

sebagai contoh jika anak saya mula belajar berdiri dan dia suka berpaut pada apa-apa saja objek yang boleh dipaut saya akan biarkan saja dia berbuat begitu kerana itulah eksplorasi pembelajarannya. Yang penting kita jaga posisinya agar tidak jatuh terlentang. Cuba kita berkata "jangan!! nanti jatuh" dan mengambilnya dari cubaan untuk berdiri maka sampai bila anak itu akan pandai berdiri sendiri. Ini akan membuatkan anak akan hilang keyakinan untuk berdiri.

contoh kedua anak kecil sangat suka untuk sepahkan barang yang sudah tersusun rapi. Biarkan anak kita bermain (bersepah) untuk seketika kerana itu juga adalah proses pembelajaran. Sebenarnya itu adalah ransangan mereka untuk mengetahui dari sentuhan objek terus ke akal fikiran. Cuba kita kata "janganlah sepahkan barang. Penat ibu kemas" agaknya apalah dalam fikiran anak itu ye?

Walaupun anak masih tidak mengerti apa-apa tidak rugi untuk kita mengajar perkataan baru kepadanya. Bila pergi ke taman sambil melihat persekitaran.. nampak burung terbang beritahu "burung terbang sayang". Nampak motor lalu "itu motor". Nampak bunga "bunga cantik". Selalulah berkomunikasi padanya kerana ia adalah peerhubungan yang sihat dan erat.

Okay kesimpulannya kalau nak ajar anak jika dia lakukan kesilapan sebagai contoh tukarlah ayat dari "janganlah sepahkan barang. Penat ibu kemas" kepada "sayang..anak ibu anak baikkan!!. Kalau tolong ibu kemas dapat upah cium" haha something like that lah.. tu contoh sendiri.. dah lupa contoh dalam email tu..


Hehe kalau anak dah besar panjang dan akal pun panjang tukar ayat "janganlah merokok" kepada "kalau rasa tak nak hidup lama teruskan merokok. Telan dengan puntung-puntung sekali. Kalau tak puas hati jugak telan dengan bekas puntung tu terus"..agak-agaknya ayat ni boleh menginsafkan ke eh? Geleng kepala jelah jawabnya...


Wassalam..


My Precious Adiks 2

Sebab entri yang pertama rasa sangat panjang maka saya pun terbitkan entri kedua untuk adik lelaki saya.hehe..


Adik lelaki saya

Saya juga ada seorang adik lelaki. Tapi perbezaan umur kami sangatlah jauh. Kira saya darjah satu baru adik lelaki saya ni lahir. Mungkin sebab (1) jarak umur kami (2) dia lelaki maka kami tidaklah sebegitu rapat. Banyak juga cerita-cerita menarik tentang dia tapi banyak juga yang saya tak tahu sebab dia membesar masa saya sudah berjauhan dengan keluarga (means futher study and working).

Tapi saya sangat berbangga dengan adik lelaki saya ni kerana dia memang dilahirkan untuk menjadi SEORANG YANG BERGUNA DAN SOLEH. Dia dilahirkan dengan sangatlah senang. Tak rasa sakit pun. Dan dia selalu menjadi penyejuk hati dalam keluarga. Celoteh dia yang bersahaja dan sangatlah murah rezeki sampai pergi mana-mana pun ada orang yang nak belanja (muka murah rezeki). Sangat soleh dan sentiasa menjaga adab dan tatasusila. Teramatlah bijaksana dimana dalam exam-exam yang besar tak pernah tercatit dalam sijil B dan ke bawah. Semua straight A's.

Perjalanan hidup dia pun sangatlah mudah dan lancar. Apa saja keinginginan dia pasti akan menjadi realiti. Ini bukan bermaksud kami terlalu memanjakan dia sampai apa yang dia nak semua dapat. Bukan sama sekali. Apa saja keinginan dia akan disusuli dengan usaha yang gigih maka impian dia tercapai. Itu maksudnya sebenarnya.

So no wonder dia dapat tajaan biasiswa MARA dan sedang melanjutkan pelajaran di Mesir dalam bidang Perubatan. We are so proud of him..

Namun dia memang sangat manja dalam keluarga dan kadang-kadang menjadi TERLALU sempoi sehingga memaksa kami membuat grooming ke atas dirinya.

So setakat ni itu sahaja kot tentang mereka. Wassalam..


My Precious Adiks 1

Hari ini saya terpanggil untuk bercerita tentang dua orang adik kesayangan saya. Mereka berdua mempunyai ciri-ciri yang terlalu jauh berbeza namun begitu saya masih sangat berbangga dengan mereka. Jom kita cekidaud tentang mereka berdua yeah!!

Adik Perempuan Saya

Inilah satu-satunya adik perempuan yang saya ada. hehe..Walaupun perbezaan umur kami hanya 1 tahun 3 bulan (masa kecik-kecik macam kembar) namun hakikatnya dia masih tetap adik perempuan bongsu saya yang sangatlah manja dengan keluarga. Apa yang lebih membanggakan saya adik saya ini memang dilahirkan seorang yang cerdik dan cergas.

Mungkin faktor umur kami yang selang setahun sahaja ni membuatkan kami rapat dari kecil sampailah sekarang. Mana-mana pun saya dicampakkan tak kiralah untuk melanjutkan pelajaran atau bekerja kami memang ditakdirkan untuk bersama. Cuba bayangkan dari tadika sampai sekolah menengah memang kami satu sekolah. Dan bila saya dicampakkan ke UiTM Arau Perlis yang nun jauh di utara tu adik saya juga ditempatkan di Matrikulasi Arau yang letaknya bersebelahan dengan UiTM saya tu. Haha..Macam tak boleh berpisah. Eh silap..Adik saya yang tercampak dulu. ngeh ngeh..Then bila dah besar dan mula bekerja kami juga tinggal di kawasan perumahan yang sama. Pendek kata memang tak boleh berpisah..

Dari kecil adik saya seorang yang bijak. Selalu je dapat tempat teratas di sekolah. Exam yang besar-besar pun dapat banyak A's. No wonderlah masa kat UM dia dapat biasiswa Petronas. Selalu masuk macam-macam aktiviti. Selalu dapat jalan-jalan dalam dan luar Malaysia. Sebab tu saya kata dia seorang yang cergas. Dia tak suka duduk diam je kat rumah. Tak pernah ada istilah tanam anggur dalam sejarah hidup dia. Dapat kerja pun senang.

Hobi dia suka melukis. Saya akui lukisan dia sangat hidup.. Eh ni pujian ikhlas tak ade sebarang agenda okay. Tak macam saya lukis mesti gambar tu nampak kaku dan tak ada motif. Sangat sedih :(. Dan dia sangat kreatif sebab tu dia rajin bagi kad harijadi (handmade) setiap tahun masa sekolah-sekolah dulu. Kesian dia saya tak pernah buat kad harijadi pun untuk dia sebab saya tak kreatif.

Dia selalu je tolong saya walaupun kadang-kadang permintaan saya ni tak masuk akal. Hehe.. Tapi masa kanak-kanak dulu kami kuat bergaduh. Tapi kami sangat rapat. Kadang-kadang salah satu cari pasal dengan balas-balas cuit then berakhir dengan aksi terajang-terajang..Buas oo.. Pastu nangis. Dulu dia sangat penakut. Suatu hari kisah ni terjadi kat kampung, dimana sana ada satu bilik solat yang khas. Masa adik saya baru je nak angkat takbir (dia seorang diri)
dan saya dari luar memanggil namanya dengan suara yang garau (konon-konon suara hantu) apalagi terus pecut dia lari sambil menjerit-jerit ketakutan. Sangat jahat masa tu.

Oh adik saya masa sekolah selalu jadi olahragawati sebab dia sangat pantas berlari. Pernah je wakil sekolah untuk acara olahraga. Masa rentas desa yang jaraknya berkilometer adik saya ni boleh dapat nombor 2. Saya pula malas nak lari so kadang-kadang saya dan kawan-kawan lenggang kangkung je. Hahaha..

Disebabkan kami selalu bersama susah dan senang so memang tak habislah cerita pasal dia. Cuma ciri-ciri dia yang tak boleh dikikis sejak azali ialah dia seorang panas baran!! Tapi dengan saya amatlah jarang sekali. Sempat main balas-balas sms masa saya sedang sakit kontraksi semata-mata nak hadiahkan bakal anak saudara dia car seat dan bila dia tahu saya sedang bertarung nyawa terus dia melawat saya di hospital.

Acik bagi Naufal car seat tau!! Mahal tu.. Tenkiu-tenkiu



Jan 12, 2010

Cinta Pertama

Cinta Pertama

Pertama kali aku menatapmu
Air mataku berlinangan
Pertama kali aku menyentuhmu
Hatiku menjerit keriangan

Pertama kali aku membelaimu
Aku terpaku

Pertama kali aku mendakapmu
Tidak mudah untuk melepaskanmu


Pertama kali kau menatapku
Aku terharu

Pertama kali kau senyum padaku
Sejuta kali aku membalas senyumanmu


Pertama kali kau menyentuhku
Erat kugenggam jarimu

Pertama kali kau mendakapku
Ku tahu kau adalah cintaku


Sayang..Cintaku telah terpateri sejak mula kau menjadi penghuni rahimku
Kaulah insan terpilih dalam hidupku itu
Tidak akan kusiakan walau apa jua keadaan dirimu

Ketahuilah sayang tidak pernah aku rasakan cinta yang sebegini hebat

Khas untuk buah hatiku Muhammad Naufal Zahran

Dengan titisan air mata ibu..




His First Smile In My First Gallery

With Full of Love,

Jan 8, 2010

Nurseri VS Babysitter

Nurseri VS Babysitter.. Mana satu pilihan anda?

NURSERI

  • Dari segi penjagaan okay okay saja sebab ramai budak nak kena handle
  • Tak perlu susah-susah ambil cuti cemas sebab cuti mereka sama seperti cuti am
  • Kebersihan alatan bayi hm agak kurang memuaskan
  • Bayi mudah dijangkiti pelbagai penyakit terutama selsema/demam/batuk
  • Bayi lebih berdikari dan cepat belajar serta bijak kerana penjaga diberi kursus pendidikan awal kanak-kanak
  • Boleh bergilir-gilir menjaga bayi sekiranya perlu melakukan tugasan yang lain kerana penjaga yang ramai
  • Bayi lebih gembira kerana ramai kawan seusianya
BABYSITTER
  • Dari segi penjagaan okay sebab tidak ramai budak nak kena handle
  • Perlu ambil cuti cemas kalau penjaga tiba-tiba ada hal yang lebih penting
  • Kebersihan alatan bayi agak memuaskan
  • Bayi kurang dijangkiti penyakit
  • Bayi lebih manja dan membesar seiring usia mereka kerana sesetengah penjaga tidak menitik beratkan soal eksplorasi pembelajaran
  • Sesetengah penjaga kurang fokus pada bayi kerana perlu lakukan tugas-tugas rumah yang lain
  • Bayi kurang teman seperjuangan
Okay baik babysitter atau nurseri semua ada pro dan kontra.. Pandai-pandailah buat pilihan. Apa yang penting sekali kita percaya penjaga ini dapat menjaga anak kita sebaiknya. Kita sebagai ibu/bapa bukan sekadar membayar untuk menjaga bayi sahaja tetapi juga kepercayaan yang tidak harus disiakan..



Terpaksa hantar ke nurseri sebab cari babysitter sangatlah payah sekarang ni.. Oh lagi satu lupa nak bagitahu kalau boleh jangan terlalu kerap tukar penjaga kerana perkembangan bayi akan jadi kurang sihat. Tetapi janganlah tak tukar langsung kalau penjaga dah buat hal.. OK!! Pokok pangkal tepuk dada tanya selera..

Jan 6, 2010

Terharunya ibu!!

Wow wee!!! Excited betul ibu hari ni. Mana taknya anak ibu yang satu tu dah boleh duduk sendirilah!! Okay mari kita cerita perkembangan Naufal sehingga sekarang..

Naufal sekarang suka panjat-panjat perabot dan berdiri.. Lepas tu tak tahu nak turun sendiri..Uwa uwa..

Naufal memang dah boleh duduk sendiri walaupun belum pandai merangkak. Pelik juga sebab selalu bayi merangkak dulu baru duduk. Betul tak? I think secara technicalnya Naufal boleh merangkak sebab bila dia nak panjat sesuatu perabot.. boleh je dia dapat step tu dua-tiga tapak..

Masih bekalkan bubur kisar ke taska sebab Naufal masih tak ada gigi walaupun dah 9 bulan. Lambatnya dia nak tumbuh gigi ni.. Tak kisahlah lambat tumbuh sebab kalau dah ada gigi haruslah kena berus gigi supaya tidak rosak.









Mrs P.. Kenapa tak datang-datang lagi ni?? Tak pe. Be cool and be ready for any possibality. Yup!! Ibu pasti boleh!!




Si montel yang tak boleh duduk diam..

Jan 4, 2010

Kisah ibu yang tabah..

Wah..macam sedih je tajuk entri ni..

Okaylah memang sedih juga cerita ni..Siapa yang tak sedih bila anak yang baru dilahirkan yang kulitnya putih gebu halus mulus bak sutera ceh ceh (ayat tak ingat) ..selepas sebulan kulit wajahnya berubah kemerah-merahan dan menggelupas serta kasar..so sad bila teringat kembali waktu itu..

Pergi mana-mana semua akan bertanya kenapa jadi begitu..mungkin dah acapkali sampai telinga pun dah cukup kebal dan memberi jawapan yang serupa juga.. Hari-hari selepas mandi ibu dan penjaga-penjaga yang memandikannya takkan lupa untuk menyapu ubat di wajahnya..Hari-hari okay selama berbulan-bulan lamanya..

Hmm masa ni dah tak kisah dah nak guna produk penjagaan kulit Maybelline ke Olay ke Silky White ke Silk II hm whatsoever lah janji kulit anakku kembali seperti biasa..(ceh ceh macam model la pulak nak guna semua produk macam tu)..Tapi dengan ketabahan hati seorang ibu walaupun sedih tapi lagi berkat kesabaran akhirnya pengorbanannya berbalas..Wah..Wah..Bak kata FS 'Ukurlah sendiri..GGG (hmm tak pelah)'

Gambar baru lahir




Gambar sebelum


Kalau besarkan lagi jelas sebenarnya




Gambar selepas 7 bulan

Lihatlah senyuman si comel yang menambahkan kesepetan matanya itu..
Okay dah besar hamster macam ayah k..






**hamster** adalah panggilan spesel untuk hemsem..kakaka..





Oh My God..My Dear can sit without minimal support!!

Okay walaupun Naufal BELUM boleh duduk dengan sendirinya tapi bila didudukkan dan ditinggalkan untuk seketika (for posing purpose)..Ternyata dia memang berani!! Mari kita lihat kecomelan budak itu..



Comel tak comel tak??

Nak letak lagi..


Walaupun gambar yang hampir serupa tapi mari kita fokus pada mukanya..Cubaan untuk kembali tersenyum..(selepas penat ibu mengacah)

Tak kira..Nak letak lagi..

Oh oh..Walaupun masih nampak gambar yang serupa tapi mari kita lihat perbezaan pada zooming..(bukankah lebih dekat gitu)

Last-last..


Okay Naufal dah penatlah ibu berposing...Gigi tak tumbuh-tumbuh jugak walaupun esok genap 9 bulan..Waa!! bila nak tumbuh gigi ni..Nak mam Pizza Hut!! (tiba-tiba ek)



Hehe..Korang kena tengok video ni..Tak sengaja rekod bila Naufal sibuk nak pegang handset ibu..Harap jangan pasang audio sebab malu ah dengar suara sendiri..




Dan harap maaf kalau video itu berada dalam keadaan 'potrait'..Telah cuba untuk me 'landscape'kan tapi tak berjaya..Haa..jangan kejang leher sudahlah..




Cerita si kakak yang pelupa!!


Suatu petang yang indah lagi nyaman..selepas terjaga dari tidur yang lena serta mimpi yang indah..ku terima coretan mesej ini..

"Kak N dah tau belum?orangnya majlis diawalkan 26 June..minggu depannya kat umah M"

Wah!! Finally adikku dah nak kahwin!! Tapi bila pulak tarikh yang asal ditetapkan??Confius..confius..So tanpa berlengah aku membalas sms itu..

" HAHA yang tarikh asal pun tak tau apadaaa..nanti cop cuti lama sikit"

Mesti adikku telah confius dengan coretan sms itu..lalu membalas

"haha kalau tak kan lepas raya...bla..bla..bla..(ada panjang lagi tapi malas nak tulis)"

Hehe..bila ku ingat-ingat kembali rupanya aku yang telah terlupa tarikh yang belum ditetapkan itu...Sekian..

(aku pun tak tahu kenapa kisah ini ku sibukkan dirinya didalam blog..dan *Suatu petang yang indah lagi nyaman..selepas terjaga dari tidur yang lena serta mimpi yang indah* seperti di awal cerita adalah rekaan semata-mata..

Moral of the story...Adikku nak kawen!!!!



Dec 15, 2009

Tips disayangi ibu mertua..

Adakah anda sedang menghadapi masalah dengan mertua?Bagaimana cara untuk berbincang?
Bagaimana cara mengatasi kebuntuan ini?Nak ditegur salah..Tak ditegur makan hati??
Okay..saya tahu ramai menantu di luar sana yang menghadapi masalah seperti diatas..
Walaupun saya tahu saya bukanlah menantu kesayangan tetapi saya sayang mertua saya.
Saya akan senaraikan kenapa saya sayang mertua saya..

1. Ibu mertua pandai memasak.Sayang mama.(Kalau boleh belajar dari mereka makanan kegemaran suami).
2. Menjaga anak saya selama hampir 6 bulan sewaktu saya dan suami bekerja.
3. Amat mengambil berat perihal kami sekeluarga.
4. Menemani saya dan anak ketika suami bertugas di luar daerah.
5. Selalu mengajar cara didikan anak. (Selalulah bercerita hal anak kerana anak-anak kita adalah kesayangan mereka)
6. Terima teguran seadanya.Anggap saja kita yang bersalah dalam hal ini dan ikhlas menerimanya.

Orang tua memang begitu.Kita sebagai menantu masih darah muda. Selalu fikir kita saja yang betul. Memang kadangkala nasihat mereka sangat susah untuk kita terima tetapi ingatlah wahai menantu-menantu sekalian. Siapalah suami anda jika bukan mereka yang melahirkan..Cuba sayangi mereka seadanya. Nasihat mereka cuba kita terima..Ikut saja rentak mereka kerana mereka adalah orang tua..Hormatlah mereka sebagaimana anda hormat ibubapa sendiri selagi mereka ada didunia ini..Jika perlu ditegur sekalipun tegurlah secara berhemah..Jangan terlalu ikut naluri yang sentiasa memberontak. Wanita solehah..SYURGA tempatnya..Bukankah itu yang kita dambakan??


P/s: Renung-renungkan dan selamat beramal!!Haha..Sayang..sayang..sayang..MAMA..SAYAAAAAANG MAMA..

Dec 11, 2009

Tips Untuk Menyayangi Anak



What Do You Think Huh??So Cute Laaaa Those Babies...

Okay..walaupun saya seorang yang gila-gila atau GILA (eh..orang gila tak boleh jaga anak!!)..Tapi saya sangat sayang akan buah hati saya si Naufal Gumuk tu..Patutnya saya terfikir untuk mengambil Kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan bukan Kursus Jurutera Awam..EH DIAM KAU..Kalau bukan sebab Kursus ini yang kau ambil maka kau tidak akan berjodoh dengan En Kesayangan dan menjawat jawatan yang sewaktu dengannya..OK cukup ayat SKEMA..Titik..

Bersyukur okay...orang lain nak dapat kerja pun susah...BAIKLAH SAYA SUDAH BERSYUKUR KEPADA TUHAN..Terima Kasih..

Sangat terharu apabila en kesayangan menghadiahkan secoret email berbunyi begini
"Tips Untuk Menyayangi Anak "..Wah!! Sangat sayang kepada anak juga patutlah berjodoh..Hehe..SEHATI SEJIWA..Cepat woi bagi tips..kau membebel apa pasal??

TIPS UNTUK MENYAYANGI ANAK (Versi sangat panjang kalau kau boring jangan marah aku)

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama
panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa hendah diri.(Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.



3 bayi tak pakai seluar..


6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga(Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri.
Mereka akan menirunya.



Mata yang memukau..

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan
anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.



Muka bayi bila nampak korang..

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.



Anak perempuan aku..(In future)


Haaa aku dah kata panjang kau nak baca juga...Baiklah..haha..Korang boleh tarik nafas sekarang..Sekian tenkiu..

Tips Suami Mithali Yang Menjadi Kebanggaan Isteri

Okey..hari ni lepas pening2 bace blog orang yang tidak tahu kenapa teraddict sangat baca blog beliau sampai 3-4
hari berusaha untuk habiskan..hahah..terbaca forum kesayangan..

Tajuknya "Perbuatan suami yang menambahkan sayang isteri"..

Okay mula-mula baca rasa sangat sempoi dan tersenyum meleret-leret tetapi bila nak masuk yang tengah2
dah tak boleh tahan nak mengalirkan air mata lalu tertumpahlah membasahi pipi yang tak berapa nak tembam ni..haha..sambung..
lalu atas terase -kemaluan- dipandang oleh rakan-rakan ofis (ofismate) cepat-
cepat saya lap dengan tisu cafe mase beli nasi campur tengahari tadi...

Okay (berapa banyak ok saya pun tak tahu) saya pun nak list apa "Perbuatan suami yang menambahkan sayang isteri"..
Banyak...sangatlah banyak...dan antaranya bila airmata saya belinangan tadi disebabkan 'perbuatan' suami2
mereka adalah sangat mirip/sama/seangkatan..CUKUP..heheh..

CONTOH disertakan..

#1 Sudah semestinya saya diangkat martabat menjadi seorang isteri yang sah..itu tidak dapat dinafikan..



Itu saya dan suami..ahaks berangan..

#2 Beliau akan buat apa-apa saja kerja rumah apabila saya sangat RASE-MALAS nak buat..yang ini tidak boleh tidak
kerana kesayangan saya yang satu ini sangat-sangat menjaga tahap kebersihan..fuh!bersihnya rumah kita..hahah

#3 Sangat-sangat mengambil berat sehingga barang-barang saya yang perlu dibawa ke pejabat telah disiapkan sewaktu
saya sedang sibuk menyiapkan diri ke pejabat bersama..kira tanya sahaja semua dah bawak eh?Jawapannya 'DAH'..oh sangat sayang juga..
Moving on..

#4 Bila rase malas sangat hendak masak..en kesayangan dengan ringan tulang dan baik hati mengambilalih tugas hakiki seorang isteri..konon2
tak nak makan sebab tak lapar tapi...walaupun masak burger dan sosej telah menjadi hidangan sangat istimewa kerana air tangan beliau..isk..
sangat terharu..



Kesedapan air tangan (bukan peluh masin) seperti Jamie..OOO patut ar suka tengok AFC (Asian Food Channel)


Adakah En Kesayangan pandai membuat ini??Wah best2!!

#5 Tak perlu fikir monthly expenses kerana en kesayangan telah mengemaskini sebelum diketahui isterinya..haha..sangat besar pengorbanan..

#6 Sangat suka main game (PS2/internet/telefon) walaupun game itu cuma game ular yang sangat melampau tahap kebosanannya tapi tak tahu macammana
en kesayangan telah menjadikan game yang paling bosan menjadi suatu yang mengujakan..masih tak faham sehingga kini tapi masih sayang en kesayangan.

#7 Sangat suka racing kereta dengan mamat kekurangan ajaran yang melintasi beliau dengan cara yang boleh menggugurkan jantung isterinya..masih sayang juga..


Adakah beliau memakai kereta ini sehingga mampu racing dengan lawannya?
ATAU



Kereta yang ini?
ATAU



Kereta ini?Hmm Lu Pikirla Sendiri..

#8 Sangat penyabar melayani karenah isteri yang sangat kuat mengarut-ngarut sewaktu beliau seronok bermain game..walaupun isteri dia tahu dia
tersengih-sengih dengan game kesayangan bukan celoteh isteri yang merepek-repek..takpe masih sayang juga..heheh..

#9 Menghadiahkan rantai silver pada hari ulangtahun ke-25 ooh sangat sweet tapi rantai tersebut telah hilang diambil si perompak jahanam..

#10 Telefon bimbit kesayangan dibeli atas dasar si kesayangan yang lama telah menunjukkan belangnya..merepek..cakaplah dah rosak..titik haha..



Inikah set telefon itu??Tidak!!Ini sangat mahal..Kita punya murah saja..

#11 Selalu dihantar kemana saja walaupun si isteri sangat terer memandu..haha kerana kerisauan yang agak melampau..auw..terima kasih en suamiku..

#12 Sangat suka menyakat bila si isteri salah sebut perkataan..akan dijadikan faktor bulian sepanjang zaman..ok sayang juga..kehkeh..

#13 Sangat pandai memujuk si isteri yang merajuk entah apa-apa entah hanya kerana si isteri tidak mendengar deringan telefon bimbit untuk diajak
makan bersama..okay padan muka siapa suruh letak telefon dalam handbag..lainkali suruh handbag angkat..(dan en kesayangan telah makan dua kali untuk
memujuk isteri makan bersama)..patutlah gemuk..

#14 Sangat setia menemani isteri berjumpa doktor setiap bulan untuk melihat perkembangan si ahli baru yang sangat cumel didalam perut buyut isterinya itu.



Adakah si isteri sebuyut itu??Tidak!!!

#15 Sangat sabar menjaga si isteri yang sedang mengerang kesakitan akibat kontraksi dan seperti nak ku terajang katil,kabinet,kerusi semualah termasuk
si en kesayangan itu..maaf ya..yang ni tak disengajakan.

#16 Sudi menanti dengan penuh debaran dan melihat/menyambut sendiri kehadiran si comel dari tulang serviks si isteri..okay pastu nak pitam..haha..
sambung..



En Kesayangan dan si botak yang gumuk

#17 Sangat berahsia soal kewangan sehingga apabila si isteri curi-curi buka walletnya..HAAA!!!DUA RINGGIT??..bukan kerana boros..tak..tapi gaji bulanan
en suami telah habis untuk expenses kami anak beranak dari simpanan insurans/bil utilities/sewa rumah/astro/maxis/taska anak ohh sangat terharu..akan ku
sumbangkan RM10 dalam wallet itu..Duit gaji aku???heheh..sudah seharusnya menampung keperluan untuk sebulan terutama keperluan anakku yang satu itu..
(KERJASAMA PENTING okay)..

#18 Sangat sudi makan bersama tak kira sarapan pagi/tengahari hanya kerana si isteri tidak makan bersama rakan ofisnya..okay tak payah elaborate..haha..
(sangat suka makan bersama walaupun dikelilingi lelaki-lelaki macho..cet!ofismate beliau)..

#19 Pernah 'merajuk' kerana sakit perut yang amat dan si isteri tidak berada disisi kerana sibuk dengan urusan projeknya..setelah dua hari berlalu dimana
projek telah selesai dan perut en suami sudah tidak meragam lagi..baru kutahu ceritanya apabila situasi ini telah berlaku..

Ni ayat lebih kuranglah..

Isteri: "Aritu sakit sangat ke perut?"
Suami : "Yelah muntah-muntah cirit sampai nak pengsan!!"
Wah teruk sangat ni!!
" Orang suruh belikan roti pun tak beli.Last-last beli sendiri"
Wah sangat kasihan!!
Isteri :"Tapi dapat mesej (tak payah belilah.Abang beli sendiri) dulu baru dapat mesej (tolong belikan roti!!)..Camne tu?"
Diam..sambung..
Suami : "Masa suami sakit tu pandai-pandaila balik.." (okay jangan salah anggap dulu..isteri balik dan menghantar suami keklinik terdekat..cuma waktu saja..agak terlewat sikit.hehe)
Isteri: "Tapi haritu kan dah tanya nak balik sekarang tak..Abang kata tak payah.."(Wah rupanya daku tak faham maksud tersirat suami ni)
Suami : "Laaaaaaa tu kan merajuk!!!!"(Arghhh!!!!MERAJUK!!!berguling2 daku terbahak2 menahan kuman2 yang merengkot2 dalam perut..sangat CHUMEL!!)
Isteri: "Mana nak tau abang merajuk..Soweyy!!!"

Mesti dalam hati abang..sangat slow isteriku ini..End of story..
BERSAMBUNG..

#20 Apabila tiba waktu shopping day untuk perbelanjaan isi rumah..maka penuhlah bonet kereta kami..sangat kasihan melihat en kesayangan berulang 2-3 kali
untuk mengangkut barang untuk dibawa naik kerumah kerana (1) rumah kami atas kayangan (2) daku ditugaskan menggendong handbag bergerak (baby gemuk hmm 8kg I guess)yang tak boleh duduk diam tu..sangaaaaat sayang juga..

#21 Sangat mendahulukan orang tua dan oleh kerana itu kami selalu bertandang kerumah orang-orang tua..eh eh rumah parents en kesayangan yang sangaaaaat jauh dari
rumah kami sehingga kalau naik kereta jauhnya...5 minit aja udah sampe...heheh..ANAK MAK!!

#22 Khas untuk En Kesayangan saja..sangat sayang apabila 'perbuatan' en kesayangan telah menyebabkan si isteri mendapat alahan dan mabuk yang teruk pada trimester
pertama...hahahaaaaaaaaaaa...kejam tapi sayaaaaaaaaaaaang...

JANGAN GELAK TAK TUTUP MULUT!!NANTI ORANG SEBELAH KATE KAU GILA SEBAB _KAUKETAWADEPANSKRINKOMPUTER_.