Showing posts with label Our Vacation Woohoo. Show all posts
Showing posts with label Our Vacation Woohoo. Show all posts

Jan 18, 2010

Dodol dan Bubur Asyura...REWANG!!

Salam dan selamat pagi semua...

Macammana hari minggu semua? Syok ke?

Hari minggu saya agak sibuk sedikit.. Hari Sabtu ofis en suami ada mengadakan rewang-rewang sempena Hari Asyura. (Siapa tak tahu rewang tu adalah gotong royong dalam bahasa jawa tau bukan merewang..) Seperti tahun-tahun sudah saya sempatlah menolong apa yang patut. Tapi tahun ni saya kurang sihat dan bawa budak kecil pulak tu maka saya dikecualikan..(alasan ke tu?) hehe... Jadi apa kata kita usha-usha sepagi bersama officemate En Suami..


Asal pergi memana mesti ada budak kecik ni..smiles!!


Ayooyai..terjelir pulak lidah ngeh ngeh


Wajib bawak bucuk dia tuh!!

Kacau jangan tak kacau!! chak!!

Apa yang penting.................(sambung)

Ok itulah sebahagiannya.. tengahari pula kami (adik, tunang adik, kakak dan anak2 serta saya dan Naufal.. ayahnya kena tinggal kacau dodol pula) shopping di SOGO sebab ada mega sale haha.. tak lepas peluang tu.. Dapatlah Naufal 2 pasang baju jalan-jalan yang murah dan cumel.. I liked..

Malam kami singgah di Putrajaya rumah abang. Pergi tengok baju2 branded kanak-kanak yang dijual tu dan tak lupa belajar sikit2 design blog dari orang yang pakar tentangnya..

Oh Naufal dapat lagi satu jumpers (murah yes!!) yang sama macam anak bongsu abang punya (Rayyan)

Hmm okaylah..tata titi tutu..


Jan 11, 2010

JKR's Family Day (CPK)

Haha.. Jangan tak tahu semalam iaitu hari Ahad 10/01/10 (wah wah tarikh pun cantik ni) bukan setakat AJL je yang diadakan. Ops sebelum tu memang nak puji yang AJL 24 ni memang memang memang bestttt sangat.. Entahlah baik persembahan lagu yang dipertandingkan mahupun persembahan selingan memang mantap ah.. Saya salute AJL kali ni. Pemenang-pemenang pun bagi sayalah unexpected tapi memang puas hati sangat!! Boleh dikatakan keseluruhannya memang superb.. Okay cukuplah AJL..Yuna cute.. Eh eh.. cukup cukup.. Faizal Tahir hensem walaupun pakai tongkat..eh udah-udah le..hehe..jangan mara haa..


Fine.. Sajalah nak cerita yang JKR (CPK) telah menganjurkan Hari Sukan Keluarga bagi tahun 2010. So banyaklah acara-acara yang dipertandingkan. Jom jom kita tengok.. Zooming!!!


Wah wah baling kelapa elek elok eh..Bagi menang..(Girls Office in Yellow and Black).

Eh eh anak cina mana ni sesat?

Okay My Yellow Team Fans

Eh tiba-tiba je ada hantaran!! Nak bertandang rumah siapa ni?



Haha.. Terpaksa menyorok dalam kantin untuk Pertandingan Gubahan Perkahwinan. Walaupun tak menang yang penting ENJOY!!!

Dec 14, 2009

Seronoknya bercuti!!!!

Hai-hai..bersambung perjalanan hari minggu kami yang super seronok..

BUKIT MERAH LAKE TOWN RESORT!!!



Mengaplikasi snap dasar laut..

Seronok.Seronok.Seronok!!Naufal,ayah,ibu..Orang lain jangan sibuk!!haha..kejam..Okay no karangan segala just view our amazing holiday!!Stay tune..



Naufal si buntut gemuk..Ayah tak bagi buka drypers..





Sesi belajar berenang bersama ibu..



Background air terjun..Naufal redah saja..



Ayah menyelam dasar laut.Testing kamera kalis air..



Okay ayah control nafas dalam air..



Okay ayah dah tak boleh control nafas..gulp!gulp!



Okay semua dah kepanatan..muka pun dah selebet..



Naufal dan 'popok' setia..lena di pangkuan ibu..



Si comel naufal tersenyum bila nampak ibu..haha..(ibu perasan..ayah yang snap gambar)



Askar yo!yo!rapers!


Banyak lagi gambar nak upload tapi dah tak larat..okay cukup dulu..Sekian..Hari minggu yang super seronok!!

Hari Minggu Yang Super Seronok..

Seronoknya dapat bercuti satu family..yeay!!!haha..Macam kanak-kanak riang gamaknya.Okay hari minggu baru ni memang best. Walaupun penat dengan perjalanan yang jauh tapi berbaloi..

(1)Sabtu (12/12/09)-Pulau Pinang Mari-

Pagi-pagi dah bertolak.Pukul 9 kira pagi lah kan..Singgah isi minyak beli sarapan dan sambung perjalanan..Belum separuh jalan dah mula stress..Mana tidaknya traffic jam dekat SATU JAM!!..Kereta berderet-deret macam siput..Yang lagi sakit hati lori panjang terhegeh-hegeh nak mencelah di laluan kanan..Memang tak patut.Memang dah agak mesti ade accident.Hmm tak lain tak bukan 3 biji kereta berlanggar di laluan kanan..Okay tak sampai satu kilometer masuk tol Sungai Buloh jalan pun dah clear..LEGA..Muka en kesayangan pun dah tak kelat lagi..SUKA..

Sampai destinasi utama yang dituju..Penang mari..Lalu menghadiri Perkahwinan Norhaliza Zulkifli..Si Cantik Manis Anak Mami..Liza!!I'm Coming!!3 tahun lamanya tak jumpa my best friend Liza..Teringat zaman-zaman kat Matriks dulu..Dah hampir 8 tahun kami jadi best friend..Memang rugi kalau tak pergi wedding of the year..

Mula-mula nampak Tok Liza..Salam..Tok dah tak cam lagi..Tok cakap"Sapo dio tah ni??".."Ainlah"..Tok buat muka kerut-kerut..Okay..Memang Tok dah tak ingat kot.Takpe dalam ramai-ramai Tok kat situ harap-harap betullah tu Tok Liza..AUW Malu!!Aku pun macam ingat2 lupa Tok dia ni yang mana satu..Ampun Liza..Ramai sangat Tok kat situ sampai aku pun confius..

Masuk rumah nampak Mak Liza..Okay yang ni confirm 100% mak Liza..Mak Liza tenung aku.."Ain!!!Ya Allah sampai juga"..Hehe seperti anaknya aku dipeluk arab kiri kanan..Memang terharu..Macam jejak kasih gamaknya..Sangat excited nak jumpa Liza..Tapi Liza atas pelamin..Takkan nak terjah jugak..Malu woi!!..Okay duduk depan pelamin harap2 Liza pandang..Liza masih tak pandang sebab nak control ayu depan abang-abang kamera yang sibuk snap2..Tiba-tiba Liza nampak budak kecik yang macam dia kenal..Haa..hilang keayuan seketika dan diatas pelamin dia tunjuk-tunjuk aku dan tersengih2..Aku pun apalagi bila dah hilang anak dan en kesayangan bermulalah episod lama kami yang agak childish..Peluk-peluk arab tak ingat aku atas pelamin..Mesti laki dia pelik tengok kami..haha..TAK KIRA!!

Okay tak boleh lama-lama sebab panas terik..Kamera pun dah tinggal dalam kereta yang parkir tak berapa nak jauh tapi malas nak ambil..Kami pun decide nak balik dah..Pesan Liza upload gambar cepat-cepat sebab aku nak curi nak upload dalam blog.Hehe..


Liza bersama ibu tersayang

(2) Ahad (13/12/09)-Bukit Merah Lake Town Resort-.

Hmmm...Buat entri barulah baru seronok!!!Okay see you next entry!!