Showing posts with label Tips hidup sihat. Show all posts
Showing posts with label Tips hidup sihat. Show all posts

Feb 10, 2010

Tips Hilangkan Bosan dan Mengantuk!!

Hallo hallo Assalamualaikum...

Ngantuk ke hari ni? Bosan ke tak ada kerja nak buat? Haha.. Saya ada tips macammana nak hilangkan bosan dan mengantuk.

Pertama korang mesti settlekan semua kerja sampai korang cakap "Okay semua dah complete..apa nak buat lagi eh!!"..Kalau masih ada kerja yang tertangguh cepat-cepat siapkan okey..

Kedua korang berdiri dan regangkan segala sendi-sendi yang ada dalam badan korang.

Ketiga pergi basuh muka atau jalan-jalan (naik turun tangga pun satu senaman juga)

Keempat login facebook untuk cucuk tanam ke draf blog bagai sampai rasa nak muntah!!

Kelima borak-borak dengan ofismate (jangan bergosip pulak tak elok)

Keenam makan gula-gula sambil main game Zuma..hahahaha


Hahaha...ikutlah korang nak buat apa pun yang penting kerja (1st priority) jangan tangguh ok!!!


Feb 5, 2010

Berat Badan Ideal (kah??)

Assalamualaikum kawan-kawan dan adik-adik sekalian..

Siapa nak kurus angkat tangan!! Jangan- jangan kurus itu sangat tidak sesuai okeh. Guna ayat sedap sikit.. Siapa nak berat badan ideal cepat bagitahu!!

Okey berat badan ideal. Sekarang tak ideal ke? Hahaha.. Saya tahu berat badan kamu semua sudah ideal jadi sila tinggalkan entri ini.. Oh joking-joking.. Pertama sekali nak tahu kamu normal atau tidak sila kira BMI dulu. Caranya begini..

i. Pertama timbang berat badan anda dalam unit kilogram dan tinggi anda dalam meter.(Berat 37 kg tinggi 1.45m*aduh!! orang kerdil ini ada hati mahu kira BMI)

ii. Kira Indeks Jisim Tubuh (IJT) anda seperti berikut:
IJT (Indeks Jisim Tubuh) = Berat (kg)
Tinggi (m) x Tinggi (m)


IJT (Indeks Jisim Tubuh) = 37 kg
1.45*1.45
= 17.61


Sekarang sila lihat jadual

Jika IJT (kg/m2) anda … Bermakna anda adalah…
Bawah 18.5 Kurang berat badan
18.5-24.9 Dalam julat normal
25.0-29.9 Berlebihan berat badan
30.0 ke atas Obes (gemuk)

Fine...DAH TAHU LAGI NAK KIRA!!! Sob sob..kurang berat badan..:( Tidak normal hahaha)

Jadi sesiapa yang rasa-rasa BMI lebih daripada 25 sila amalkan ini..

1. Kurangkan memakan makanan yang bergoreng, berminyak dan bersantan.

2. Lebihkan pengambilan sayuran, ulam-ulaman dan buahan. Ia berkalori rendah dan membuatkan anda berasa kenyang lebih lama.

3. Pilih atau sediakan makanan dengan cara mengukus, merebus, memanggang dan jika perlu menggoreng, gunakan sedikit minyak sahaja.

4. Kurangkan minuman manis, gantikan dengan air kosong dan minum secukupnya (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)


Siapa yang sama kategori dengan saya sila terbalikkan amalan diatas... Hahaha lawak ini tak bagus.. Jangan jangan buat begini..

TAPI CUBA YANG INI

1. Anda mungkin perlu untuk makan dengan lebih kerap (sekurang-kurangnya 6 kali sehari yang terdiri daripada 3 kali makanan utama dan 3 kali makanan ringan).

2. Bahagikan jadual pemakanan anda jika anda tidak boleh mengambil jumlah makanan yang banyak .Anda boleh makan nasi , mee ataupun roti sebagai makanan utama dengan berlaukkan ikan/ayam/daging berserta sayuran dan buah-buahan. Makanlah sandwic, pau ataupun bubur (bubur kacang) sebagai snek.

3. Sekali sekala makanlah makanan yang berkalori tinggi seperti martabak ataupun burger telur/keju untuk menambahkan pengambilan kalori anda.

4. Pastikan anda minum susu segar setiap hari(bukan susu pekat manis!). Jika kurang selera , tambahlah dengan pengambilan multivitamin dan vitamin B-komplek dalam diet anda.


Jadi amalkan pemakanan yang sihat okeh.. Saya ambil sebahagian artikel ini didalam sini. Walaupun dah praktikkan semuanya tapi berat badan saya masih juga begini. hahaha Tak dapek den nak nulung... Nak berat badan yang ideal saya kena mengandung 9 bulan baru IDEAL tahu!!! Apa yang penting bersyukurlah dengan apa yang ada ok.. Dah habis cerita..