Showing posts with label Internet Awak OK ke?. Show all posts
Showing posts with label Internet Awak OK ke?. Show all posts

Jan 25, 2010

Awak nak tahu ke? (Error 769)

Assalamualaikum semua..

Cuti hujung minggu blog pun cuti tahu.. Jadi memang tak update blog.. haha.. so di pagi yang ceria indah menawan ditambah2 pula ditinggalkan suami yang pergi outstation di Sarawak.. Hehe 'complete' sungguh hidupku ini.. OOPs.. siapa tahu sarkastik tu apa? bukan sarkas tahu..

Jadi pagi2 ini terpacul di minda (haha biasa terpacul di muka pintu) tukar ayat *selamba* saya nak berkongsi error 769. Mulanya nak selitkan sekali dengan gambar tapi entah tak tahu kenapa macam takut pulak nak klik suka suki di komputer ofis (aduss tolong jangan beritahu bos ok saya update blog di ofis.). Jadi bagi direction sajalah ye. Kalau kurang jelas sila beritahu okeh..

Wallawe mari mulakan..

Error 769 ini disebabkan network card / NIC awak tu terdisable..

Jadi untuk meng 'enable' kan ia sangatlah mudah..

Menu START-> My Computer (klik kanan)
Di bawah sekali ialah Properties (klik)
Hardware-> Device Manager (klik)
Cari perkataan Network adapters (nampak simbol {+} sila klik)
Kalau diasble akan keluar (x merah)
Klik kanan pada x merah itu dan cari perkataan enable (enable this device).
Sila check sekali lagi sama ada x merah itu sudah bertukar / hijau atau belum.
Kalau OK maknanya NIC anda sudah enable..
Bolehlah connect internet ok..

Sekian dulu.. tak sabar nak buat tag dari Kelly..haha bye..

Jan 21, 2010

Cerita Error Code Lagi (691)

Salam sejahtera keatas kamu..(Assalamualaikum)

Walla siap translate tau.. Hehe mood baru masuk kerja lepas cuti ni ada lain sikit.. Apasal teruja entah.. Sepatutnya argghh!! Betul tak? Tapi tak pe. Mood yang ceria akan membuatkan setiap kerja akan jadi lebih mudah dan ceria jugalah. Tak jumpa cari perkataan lain selain ceria.haha..

Sekarang ni tiba masa nak explain error 691. Ok sebelum tu bagi sesiapa yang dah setting siap2 modem tu sebagai automatic connection mati hidup balik pun U takkan jumpa error code ini.

Macammana automatic connection tu.. Haa jangan tak tahu ramai yang tak tahu istilah ini. So now begini. Istilah connection ada 2. Satu AUTOMATIC satu DIAL UP/MANUAL connection. Kalau dah setting automatic maka tak perlu masukkan username/password setiap kali nak connect internet. Lalala on PC modem on segala plug2 yang ada then jalan.. Nikmati segala akses dihujung jari..

Lain pula istilah dial up. Fine nama pun dah terang lagi bersuluh DIAL UP. Haruslah kena masukkan username/password then klik connect. Authenticated baru muncul 'streamyx is now connected'.. Tipu ke tak? Takkan..

Bla bla bla... Error 691 ade 3 kemungkinan. Rasa macam dah betul yang amat ni confirm tak ingat ah username/password tu betul.. Siap kena bebel dengan customer service kata salah salah tapi tak nak dengar juga ni..degil tak ingat ni.. haha nak tahu tak mana silapnya...

Awak tak letak username@streamyx. betul tak?betul tak.. Pastu malu.hahah.. Tak payah kelentong(tipu).. Tau dah hehe.. Makesure username dan password ditulis dengan betul dan tepat.. Kalau tak dia akan keluar Invalid username and password. Fine Eror ni pun akan keluar massage yang sama tahu..

Okay.. Lepas tu dah confirm betul dah username password ni. Tapi keluar lagi error tu.. Tension. Marah2 lagi customer service yang malang tu.. Bila dia tanya 'Encik/Cik.. account encik/cik ni digantung sementara'. Haa.. kenapa pulak nak kena gantung. Ada tali ke? Haa jangan gelak tak lawak pun.. 'Encik dah buat pembayaran ke'.. Pastu malu lagi 'Eh eh.. yeke.. tak bayar eh.. dah berapa bulan ye?'... Haa itu lagi satu kemungkinan ye kakak2 abang2. Account dah kena gantung sebab tak bayar bil.

Last kemungkinan adalah 'eh username/password betul..bil pun dah bayar'..Kenapa masih error yang sama?'.. Jangan segan silu untuk call 100 untuk reset connection yang sedang tergantung di awang-awang.. Itu dikenali SESSION HANG. Yang ni pun kerap juga terjadi kerana tak log out betul-betul untuk connection yang sebelumnya. Ok faham ke..

Fine kalau semua dah buat tapi masih error code yang sama ambil sedikit inisiatif untuk membuat dial up yang baru.. Dial up yang lama boleh buang dalam recycle bin ok.. Tak tahu nak buat macam mana ke? Entri lain saya tunjukkan kalau rajin ok.

Wallahuaklam bissawab.. (Bahasa arab tau)..

Top 3 Error Code!!

Salam pagi kakak2 dan adik2..

Tiba-tiba je nak cerita pasal error code apa hal kan!! Haha kata sharing is caring maka nak sharing-sharinglah sedikit pengetahuan yang ada dalam diri..

Ni nak bagi award pada error code ke hapa sampai siap top 3 bagai kan.. haha betul lah tu.. Nak bagi award khas pada siapa2 penguna streamyx..

Jeng..jeng.. jeng.. Top 3 error code jatuh kepada :-

Error 678

Error 691

Error 769

Okay fine..apa bende alah ni ye agaknya.. Ni nak ceritalah ni.. Pernah tak sesiapa berhadapan dengan error-error sebegini di paparan skrin anda bila tak dapat connect streamyx.. Mesti tension tak ingat kan..

Sabar dulu.. Sebelum call 100 untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap error code itu cuba kita selami sebentar maksud error itu sendiri..

Error 678.. yang ni paling famous antara yang famous.. First thing first U all kena tengok lampu dsl/adsl/link dekat modem tu.. tengok lampu tu menyala atau tidak.. Kalau blinking/berkelip-kelipan bak bintang yang cantik di malam hari (haa merapu) atau off terus maka line internet down.. Senang cerita tak de line lah.. Nak buat macam mana ni..

Haa sabar ye kakak..tahu tension..

1. Cuba angkat gagang telefon.. bunyi macam biasa/cracking/senyap sunyi. Cracking/senyap means line down. Yang ni boleh terus call 100 otherwise U nak try yang lain dulu. Moving on..

2. Makesure cable telefon dipasang dengan betul. Kadang-kadang tercabut dari soket dinding.

3. Tak boleh juga ok fine buat direct connection..tak faham ke.. haa kalau guna internet harus ada splitter (sambungan ke telefon dan internet).. Nah bypass splitter itu dan cabut wayar telefon. Senang cerita lagi satu hujung wayar telefon cucuk pada soket dinding dan satu hujung lagi masuk modem. Clear tak? Panjang bebenar nak explain ni.haha.. then tengok lampu tu dah ok ke belum. Dah ok maknanya ada kemungkinan splitter/other fon cable U ada masalah. Atau lagi U pasang terbalik pada splitter..

4. Masih tak berjaya juga.. Try off then on balik modem..

5. Buntu!! Fine last thing yang U harus lakukan adalah call 100 untuk meluahkan rasa tidak puas hati itu pada insan-insan yang kurang bernasib baik untuk mendengar keluhan masalah ini..

Jangan tunggu lama-lama okay sebab kalau tiada tindakan dari anda maka pihak di sana pun tak tahu masalah anda KECUALI memang ada problem dari pihak sana..


Sekian dululah.. Nanti kita cerita error lain pulak ye.