Showing posts with label Contest Nak Menang?. Show all posts
Showing posts with label Contest Nak Menang?. Show all posts

Feb 3, 2010

Contest Mister Potato hahah!!

Assalamualaikum ya pengunjung setia annedestiny dan sesiapa saja yang sudi ngeh ngeh..

Sila lihat website MISTER POTATO sekarang!! Ada contest baru lah weh.. Hehe soalannya agak menguji minda tau terutama yang sudah bertahun-tahun meninggalkan zaman sekolah atau universiti (sesiapa ambil kertas matematik tambahan adalah bonus untuk anda tapi kalau ambil kertas matrix dan algebra*seperti diriku* tidak ada kena mengena okeh).. hahah melebih-lebih..

Cheww cuak cuak.. mana ada susah saja je bagi korang panik sekejap.. actually dia saja je bagi korang bermain-main dengan nombor.. Tapi kalau korang memang dari zaman sekolah rendah fobia dengan angka bernombor atau nombor berangka *saja bagi korang makin pening haha* mungkin kurang sesuai kot..

So now dah tengok belum website yang ada abang bermisai gulung (Mister Potato), abang kurus melidi yang bermisai terkena kejutan elektrik (Ortega) dan 3 orang kerdil yang so cute juga bermisai itu(3 Mariachis)?? Laa belum tengok lagi ke!! Jom jom kita cek ia di luar haha boleh eh dalam bahasa gitu...

First thing cari perisa kegemaran korang seperti yang tertera dalam gambar diatas.. (Oh of course kena beli laa dekat kedai okeh)

Dapatkan satu kad yang mempunyai kod sms seperti gambar dibawah


Daku blurkan ia sebab kad itu daku yang punya..haha


Dan jawablah soalan-soalan dari Encik-encik abang bermisai itu..
Sila sediakan kalkulator yang ada converter itu yehh!! Atau pandai-pandai congak ke kalau awak seorang yang HEBAT!! Haha..



Jawapan dah ready!!! Tapi nantilah nak hantar sms tu.. Tarikh tutup 31 Mac 2010..Ada masa lagi..hehehe..


Jawapan yang tepat ATAU sangat hampir akan memenangi


Besarkan lagi tau bagi korang tengok!!


Fine.. baca T&C lah dulu macammana cara nak menang okeh!! Bye korang..Semoga berjaya dengan angka-angka (bukan ungka itu dah lari topik tau)

Jan 29, 2010

Contest Mummy And Si Comel?

Hallooo Assalamualaikum..

Today I singgah di blog Umisofie then nampak contest ni. Haha by the way I tak bercadang pun nak menyibukkan diri dalam contest tu sebab I ni PEMALU!! ahakss.. Geli geli wei!! Jangan kau percaya statement itu wahai pembacaku sekalian..

But serius serius.. I memang tak rase nak menyemak to join this contest laa this time.. I tak tahu kenapa tapi tak pe. Beside sifat I yang PEMALU tak hengat ni I just want to share my photo with my cute baby Naufal around Raya last year.

Before kami nak pergi rumah Nenek kat Kajang sempat jugalah I snap snap this foto yang mana kalau U all tengok my Naufal sooo banyak jerawat..HAHAH.. Sorry sayang.. ibu letak gambar ni yehh.. Naufal jangan marah ibu tau nanti ibu geget Naufal haha..

Seandainya I masuk contest ni I bagi gambar nilah kot... Hahaha..


Ni gambar tak cun I and jerawat face Naufal kat rumah My Mama (MIL)..

ATAUPUN



Gambar dekat KFC Wangsa Maju masa My Naufal botak cin/cina botak haha


ATAUPUN MAYBE YANG NI

Masa di Taman Tema Desa Water Park yang mana I duduk je kat luar tunggu my sisters habis mandi manda..



Ahaaa sekali 3 daa I nak bagi U all gambar mummy and Si Comel apa hal kan.. Bukan I nak masuk pun.. hehehe... Sebab I jarang2 bagi gambar my tak cun face thats why I bagi U all 3 terus this time okeh.. Dah babai lah korang.. I tengah sewel hari ni BUT my Sayang Honey eh eh Hubby will be back soon tu yang I ceria ni..hahaha




psst:// Korang sorry eh saya tak sengaja nak rojakkan bahasa sebab saya guna perkataan I jadi ter rojak lah bahasa yang tak berapa nak indah ni.. heheh SAJA GATAI wooo ubah angin..


Jan 26, 2010

Milo Addicted!!

Salam penggemar MILO!!..

Wowwee!! Milo ade buat contest tau siapa-siapa yang ketinggalan!! Haha.. Jom-jom kita menyemak sama lah weh!! Milo I love U so much..


Haaa contest ni hanya memerlukan gambar yang kreatif (mesti ade gambar milo of course).. Yeah hadiahnya mestilah menarik.. sila lihat dibawah ok...

wow!! menarik.. siapa2 yang nak lebih details boleh klik link contest diatas. So atas sebab musabab itu saya berusaha menyertai contest ini dengan gambar berikut!!


haha penat tau i edit2 but at the same time i enjoy sangat.. En Milo.. sudikah anda menerima gambar ini?


Jan 22, 2010

Contest Baru Pulak!!

Contest Baru Pulak!!



Salam semua yang rasa-rasa eh nak tertengok pulak blog annedestiny tu.. haha welcome welcome..

Semalam terjah blog Kelly910 eh eh macam best pulak contest ni kan.. Lalu terjah sekali tuan rumah yang menganjurkan contest ini iaitu http://kameraxburuk.blogspot.com/2009/12/contest-baru-pulak.html.. maka nak juga diboldkan perkataan pulak supaya sesuai dengan tajuk..hehe

Maka pagi ini telah tersibuk mengedit2 gambar supaya tidak lari dari tema black & white dan terhasillah gambar ini.. Amacam?? Jenuh tau cari pattern yang sesuai sebab saya ni tak pandai pun nak design gambar yang cantik2 even bila Icah tanya nak buat watermark saya tanya dia balik... "Haa watermark tu apa?" Haa kan haru tu.. Hehe.. Okaylah.. Tanpa membuang masa kita tampilkan gambar ini...


Nah tuan rumah.. Sila hakimi seadil-adilnya ok.. Thanks Bye..



Jan 21, 2010

Why I like It longer

Why I like It longer

"Why I like It Longer". Kalau rujuk kamus dewan bahasa tajuknya berbunyi kenapa saya suka lebih panjang.. haa!! Tak boleh sebut dalam bahasa melayu.. Double meaning tahu. Jadi saya lebih rela disebut dalam bahasa inggeris sahaja iaitu Why I like it longer tapi versi Melayu..

Kenapa LG’s new Chocolate phone (BL40) direka bentuk sebegini panjang? Mungkin hanya R&D mereka sahaja yang tahu tapi kenapa teramat teruja (sudah teramat lagi teruja tahu) untuk memiliki gadget ini.. Maka sebab itu saya terselit/tersibuk/menyibuk di dalam contest ini.

Merujuk Iklan Nuffnang handphone ini didatangkan dengan '5.0 Mega Pixel camera this fully touch screen phone with multi touch function features LG’s proprietary S-Class UI' oh manalah tak interested sebab handphone sedia ada tidak ada function touch screen maka terlebih teruja untuk melalui satu pengalaman mempunyai handphone touchscreen.(Sah sah jakun) Siapa tahu jakun tu apa sila angkat tangan. Haha..

Oleh sebab kepanjangan itu maka handphone ini mempunyai 'amazing 4-inch widescreen with crystal clear HD resolution'. Apabila melihat paparan pada skrinnya seakan berada di panggung wayang milik diri sendiri sambil menikmati filem yang menarik tanpa perlu beratur membeli tiket untuk menyaksikan filem kesayangan. Dan di sebelah tangan yang satu lagi memegang chocolate Cadbury yang enak dan lazat tanpa gangguan.. Fuh!! Best sangat..

Atas sebab faktor yang sama iaitu panjang dan seksi sebab bila masuk poket seluar jeans maka seluar pun menjadi ketat lalu ia seksi. Haha.. Tapi lebih menarik jika disimpan didalam handbag dan apabila terdengar bunyi deringan telefon lalu dikeluarkan maka orang sekeliling memandang dengan amat teruja dan mereka pandang sesama sendiri lalu berkata
"What the ***.. She has an LG’s new Chocolate phone yang I minat sangat tu" lalu membuatkan orang disekeliling teramat iri hati dengan saya. Maka ia menjadi teramat seksi yang tidak dapat dibayangkan..

Jadi oleh kerana itu Nuffnang berilah saya peluang untuk memiliki Chocolate phone (BL40) yang amat diidamkan oleh semua Nuffnangers sekalian kerana saya amat teruja melihat kepanjangannya yang Super Awesome itu.. Salam semua..

Inilah LG’s new Chocolate phone (BL40) yang mengujakan semua orang itu.