“Haa..kan ke ayu sikit bila awak senyum..janganlah monyok-monyok jek..risau saya tadi”Fazrul membisik ketelinga Raihana..Hampir betul ke pipinya..Dan bila Raihana memalingkan muka bum!!Adoii!!Sakit!!..Raihana menyapu-nyapu pipinya yang kebas bila berlanggar dengan hidung Fazrul..Fazrul hanya tertawa kecil..
“Hisy..awak ni ambil kesempatan betullah”Bungkam Raihana lalu mencubit lengan Fazrul..
“Saya sayang awak..Awak tahu tak?” Bisiknya lagi..
“Hmm..Tahulah..”Raihana mencebik lalu tersenyum..Diikuti Fazrul yang masih tidak lepas dari pandangannya. Raudhah hanya menggeleng tanda tidak faham..
“Awak sayang saya tak?”Bisiknya lagi..
“Hisy..orang nak tengok ceritalah..”Bentak Raihana yang tidak fokus untuk tayangan wayang itu..
“Jual mahal tak sudah..”Fazrul mencebik..Perlahan-lahan dia menggenggam jemari Raihana..Dan Raihana membiarkan saja pautan jemari Fazrul kemas di jemarinya. Fazrul tersenyum lagi..Sayang juga kat aku!!Fikirnya..
Setelah habis wayang mereka membeli belah di Parkson kerana Raudhah berniat untuk membahkan koleksi baju ke pejabat apabila bermula Praktikal Training dua hari lagi..
Jan 7, 2010
Permintaan Hati (episod 3..bhg 3)
Bebelan saya ain.suliman Jam 3:38 PMPermintaan Hati (episod 3..bhg 2)
Bebelan saya ain.suliman Jam 3:23 PM”Let me introduce myself..Saya Raudhah kembar Raihana..Kami sama tapi tak serupa...terima kasih”Raudhah cuba menghuraikan ketegangan tadi..
Fazrul dan rakannya hanya tergelak kecil..
”Hai..Saya Fazrul dan sebelah saya yang handsome ni Aiman..Boleh panggil dia Raymond..sebab dia perasan mat saleh” ujar Fazrul memperkenalkan diri..
”Hai Raymond..So u alls classmate ke?” Tanya Raudhah lagi..
“Oh tak..Actually saya ex-schoolmate Fazrul. Kebetulan kami berjiran..Kita orang pakat nak tengok movie hari ni. Tapi tak tahulah jadi ke tak.”Raymond mencelah.
Fazrul, Raymond dan Raudhah tertawa kecil lalu melihat Raihana yang masih bermasam muka..
“Sorrylah..kita orang lambat ni bukan apa..kita orang dah beli tiket siap-siap sebelum U alls sampai tadi..Tapi mak aiih..queue panjang gila nak mamp..Saya dah try call Rai banyak kali tapi tak dapat..Entah manalah dia campak handfon dia tuu”Ujar Fazrul membela diri..
“Alasan!!!”bentak Raihana perlahan lalu dimemekkan bibirnya tanda protes..
“Ayyohai..Kenapalah saya terpikir nak ajak awak ni Rai kalau awak buat perangai macam ni.”Fazrul mengeluh..
“Okay apa kata macam ni..Fazrul n Raymond..Korang masuk dulu okay..Biar Rai relaks sekejap..Sekejap lagi kami follow ok.Mana tiket yang korang dah beli tadi?”
Fazrul menghulurkan tiket yang dimaksudkan..Lalu mereka beredar pergi..Raudhah menggeleng..Hati batu betul Raihana ni fikirnya..
“Rai..kau tak dengar ke dia call tadi?”Raihana diam seribu bahasa..Sebenarnya malu pun ada..Raihana menghulurkan telefon bimbitnya..Raudhah melihat lalu tertawa..
“Kau pergi rembat telefon mama buat apa?Patutlah dia call kau tak jawab”Raudhah masih ketawa terbahak-bahak..
“Aku excited sangat nak pergi lah ni jadi macam ni..Fon mama letak sebelah fon aku..Aku pun main tarik je..Dahlah colour pun sama..Aku memang harap tempat nak tunggu je lah sebab dah janji..Hisy clumsy betul lah aku ni..Kau jangan bagitahu dia pulak eh..Aku tau mesti dia gelak sakan kat aku nanti.”balas Raihana..
“Korang ni memang aku tak paham betullah..Macam mana lah dia boleh tahan sikap kau ni ek. Siap tangkap cintan pulak..hahaha..dah jom..”
Mereka memasuki panggung wayang yang ditetapkan lalu mencari kelibat mereka berdua..Ahh..jumpa pun...Waktu itu cerita telah pun bermula...Fazrul mengerling ke arah Raihana yang sudah mampu tersenyum bukan seperti awal babak tadi..
Permintaan Hati (episod 3..bhg 1)
Bebelan saya ain.suliman Jam 2:33 PMEpisod 3
Raudhah mengenakan blaus pink serta jaket hitam dan jeans hitam manakala tudung di kenakan corak bunga-bunga ros merah senada warna blaus tadi..Seperti kebiasaannya wajah dihias solekan nipis dan bibir merahnya hanya dikenakan lip gloss sahaja..
Manakala Raihana memilih untuk mengenakan blaus hijau separas pinggang dan jeans warna hitam..Solekan seperti biasa agak over sedikit ala-ala model gitu..Rambut dibiarkan saja terurai..Kaca mata hitam tidak dilupakan untuk kegunaan waktu memandu.
Raihana memecut laju dengan kereta Honda Civic Hitam milik abah..Abah pula lebih selesa menggunakan kereta Satria Neo milik mama untuk ke pejabat..Mama pula kebetulan tidak kemana-mana untuk menjaga Rayyan dan Rory dirumah..
Sesampainya di mall Raihana tercari-cari kelibat Fazrul dan rakannya itu tapi masih tak kelihatan..Raudhah pula termangu-mangu macam orang bodoh sahaja..
”Rai..aku masuk Parkson dululah..boleh aku usha-usha baju ke daripada aku melanguk macam tunggul kayu kat sini.”Raudhah melepaskan kebuntuan kerana orang yang dicari masih tak muncul-muncul juga..Hampir lima belas minit mereka tunggu di tempat yang dijanjikan..Raihana membungkam..mahu sahaja dihenyak-henyak Fazrul bila nampak kelibatnya nanti..
”Ok.Kau masuk dululah..Aku follow jap lagi..Eii..geram betul aku tengoklah..Apa-apa nanti roger okay.”Raihana gelisah..Raudhah mengenyit mata tanda setuju..
Raudhah melihat-lihat sekeliling..Kot-kot ade baju-baju yang berkenan dihati..Hmm..semuanya tak menarik..Apa nak buat ni..bisik hatinya..lalu dia pergi mendapatkan Raihana semua..Dari jauh dia melihat Raihana dan seorang lelaki sedang bermasam muka..Rakan lelaki itu hanya selangkah jauh dari mereka. Tidak mahu masuk campur barangkali..Okay dalam hati itulah Fazrul yang dimaksudkan..
Dengan langkah perlahan Raudhah menghayunkan kaki kearah mereka.. Terdengar juga suara Raihana yang merajuk manja tidak jauh dari situ..
”Hi guys..Korang ok ke ni?”Raudhah menyampuk setelah dua minit dia berdiri disitu tetapi tidak diendahkan..
Raihana menarik tangan Raudhah yang masih terpinga-pinga..Fazrul dan rakannya hanya menuruti..Mereka mengambil tempat duduk di food court terdekat untuk menenangkan diri..
Permintaan Hati (episod 2..bhg 6)
Bebelan saya ain.suliman Jam 2:32 PM“Kakak siap-siap je..Aku nak ajak kau pergi mall ni..Aku nak introduce kau kat Fazrul..Lagipun dia tak sabar-sabar nak jumpa kembar aku ni kak..Dia nak tengok kau sama cun tak dengan aku..Jom lah kak..Aku malu nak pergi sorang-sorang ni..kau teman aku eh kak!!”
“EEewww taknaklah aku..Kau yang nak dating ajak aku buat apa?..Aku nanti jadi pengacau korang je..”bantah Raudhah.
“Aku bukan nak dating lah kak..Kitorang just nak tengok movie jek. Dia pun bawak kawan dia gak. Takkan aku nak pergi sensorang kak..Kak.. Please eh ikut!!”
Raudhah berfikir sejenak..Akhirnya dia mengalah..mahu juga dia melihat rupa Fazrul dari dekat..Macam Awal Ashaari ke?Dalam gambar ada iras-iras..Hehe..Dari apa yang selalu diceritakan Raihana baginya Fazrul bukanlah teruk sangat orangnya. Tapi dia tahu Raihana saja yang lebih-lebih..Dah faham sangat sikap adiknya itu..
Permintaan Hati (episod 2..bhg 5)
Bebelan saya ain.suliman Jam 2:30 PMBaginya mummy jahat..Mummylah punca segala-galanya..Hatinya masih tidak dapat menerima sehingga kini..
“So selama sebulan lebih ni memang abah selalu fikir perkara ni..Abah tanya mama semalam macammana nak buat..Mama sedih juga sebab selama ni mummy baik dengan mama..Rupanya hati dia macam terpaksa buat semua ni untuk jaga hati kita semua..Bagi akulah daripada gantung tak bertali lebih baik berpisah betul tak..Dia boleh cari laki lain kalau dia nak..Aku tak rasa yang dia nak jaga anak-anak dia tu”Ujar Raihana panjang lebar..
“Kau jangan cakap macam tulah Rai..Walaupun mummy tak jaga anak-anak dia tapi hati dia sebenarnya memang tak boleh nak berpisahlah dengan mereka..Tukan darah daging dia sendiri..Cuma budak-budak tu yang nak ikut mama..Apa boleh buat..”Bungkam Raudhah lagi..
“Yelah tu lah sebabnya..Mummy yang tak pandai nak jaga betul-betul tu pasal mereka tak nak tinggal dengan mummy..Mama lebih sayangkan mereka dari mummy..Mummy selalu pukul-pukul Rayyan..Silap sikit habis dibantainya satu badan..”
“Amboi melampaulah kau ni Rai..Buat-buat cerita je lebih..Mummy rotan tu sebab dia nak ajar anak dia jangan nakal-nakal sangat..Kalau mama lebih pada nasihat..mama tak berani nak naik tangan. Anak orang tu..Nanti mummy kata mama kejam pula dengan anak dia.”bela Raudhah.
“Yelah kak..Kau tu memang sayang kat mummy tu pasal asyik bela dia je..Aku ni macam nak muntah darah bila tengok dia gedik-gedik gitu..Lagi-lagi bila dia nak buat-buat manja ngan abah depan mama..Hisy hangin betul aku..Agak-agak lah kan..mama pun senyum je..Tulah kak..kau jarang-jarang sangat balik tulah kau tak tahu perangai sebenar dia..Yang kau tahu kecik-kecik dulu dia rajin jenguk-jenguk kau kat hostel.. Bukan aku tak tahu yang dia saja nak ambil hati abah supaya sayang dia lebih dari mama..Ceh..alasan je mummy tu..”Raihana terus pertahankan pendiriannya.
“Rai sayang..Apa salahnya hargai sikit pengorbanan yang dia dah buat kat kita..Tak kisahlah dia hipokrit ke ikhlas ke tak. Tu antara dia dengan Tuhan..Yang penting mummy buat baik dengan kita..Tak pernah pulak mummy cari gaduh dengan kita..Kau yang cari gaduh dengan mummy adalah..Mummy sabar je..”
Tiba-tiba telefon Raihana berbunyi..Raihana melihat sekilas dan tiba-tiba dia meloncat-loncat.. yeay!!!
“Haa..apasal pulak tu??”Raudhah menjeling..
“Kak..kak..Jom kak..Ikut aku kak..Aku nervous ni kak..”Raihana menarik-narik tangan Raudhah..
“Hisy nape kau ni??Tebiat ke??”Raudhah menarik kembali tangannya..
Dec 28, 2009
Permintaan Hati (episod 2..bhg 4)
Bebelan saya ain.suliman Jam 9:20 AM“Semalam aku dengar yang abah minta izin mama nak lepaskan mummy..Abah tanya pendapat mama dulu"
Terbeliak mata Raudhah mendengarnya..Suka ke?Gembira ke?Atau sedih?Raudhah pun tak tahu mana satu perasaannya tatkala itu..
“WHATT???Takkanlah sampai macam tu sekali??Habis budak-budak tu mummy nak bawa balik Switzerland ke??Sedihnya..."Bungkam Raudhah.
“Shhh!Kak janganlah pekik kak..Nanti mama dengar dia sedih lah..Sebenarnya cerita ni aku tau dah sebulan lebih dah kak..Tapi mama tak tahu yang aku dah tahu ni..Biasalah aku kan reporter a.k.a. investigator gitu..Aku terbaca email mummy bagi abah masa aku masuk bilik komputer haritu..Aku biasalah nak update-update blog akulah kan..Tiba-tiba aku nampak email tu sebab abah lupa nak logout kot..Macam nilah lebih kurang ayat dia..Aku translate dalam bahasa jelah ek..kakaka..
I sebenarnya masih sayang lagi perkahwinan kita. Tapi I tak tahu macammana nak beritahu U darling..I rasa hubungan kita dah tak macam dulu..I rasa jauh sangat dari U. U pula lebih pentingkan family U (1st wife) dari I. Anak-anak pula dah sayang sangat dekat mama dia..I ni dah macam bukan mummy mereka lagi dear..I pun tak tahu di mana silapnya..I memang rasa dah jauh hati sangat..I hope U tak kisah I pulang ke tempat asal I. I cadang nak bawa anak-anak tapi mereka tak mahu..Mereka lagi suka dengan mama merekalah dear..Lagipula Rayyan dan mula sekolah di Malaysia..I berat hati juga nak tinggalkan U all tapi hati I ni tak tenang lah dear..I minta Izin untuk tenangkan hati I bersama dengan insan-insan yang sayangkan I (my parents).I dengar juga yang mom selalu sakit-sakit rindukan I and the kids..Lagipula kita setahun sekali saja pulang ziarah mereka..I rindu sangat dengan mereka..Sayang..kalau U masih lagi sayang I U lepaskan I. Anak-anak U boleh jaga. I tak halang..U boleh hidup tenang dengan family U and I with my own way..Our 6 years old marriage is OVER dear..Please let me go.
Broken heart
Sarah Adam
Permintaan Hati (episod 2..bhg 3)
Bebelan saya ain.suliman Jam 9:19 AM"Uisy kak takkan ar nak terus declare kak..aku nak buat-buat jual mahal dulu..tapi aku rase dia tau aku suka gak kat dia coz takkan aku susah-susah nak jumpa diakan semalam..dahla aku memang payah nak layan jantan-jantan nikan..Hehe...Aku suka ar dia macam rayu-rayu gitu kat aku...
"Ah poyo ar kau Rai...Meluat aku dengar..kau tu pun sama poyo macam mamat tu gak..Eleh.."Raihana mencebik..kemudian dia sambung lagi..
"haha aku poyo kan kak..tapi aku memang ar dah mula suka kat dia dah tapi dia suka kacau-kacau aku tu yang aku nyampah gak..hehe..Tapi nape ek aku cam suka gak kat dia kak...May be next weeklah aku bagitau..Aku nak test dia sikit-sikit dulu..barula ade cabaran..haha"
“haha yang tu aku suka..Rai kau kalau suka kat dia pun kau kena pikir panjang-panjang..selidik dulu latar belakang dia kot-kot mafia ke..haha..lawak jek...jangan terus declare..aku taknak kau frust menonggeng je bila dah cintan cintun habis..isy meluat gak aku ni..haha.’Raudhah membuat gaya jeluak.
“Tu lah yang aku risau ni..Aku nak la kenal-kenal dia dulu baru ar declare..Kak kau ni pun satu.Tak kan tak de pakwe lagi kak..Umur kau tu pun dah lanjut..Takkan sorang calon pun tak de.Nanti jadi anak dara tua baru tahu’
“Hello cik adik..kata aku umur dah lanjut..kau tu pun sama je..Aku bukan apa lah Rai..Masalahnya bukan lah takde orang yang tackle aku..Kat kampus tu melambak-lambak jantan yang sibuk sms aku..Tah mane diorang dapat nombor aku pun aku tak tahu..Tapi aku ni malas nak layanlah..Macam aku desperate sangat je nak layan semua..Aku ignore je bila dapat sms kata nak berkenalanlah..Eiii!!Geli akulah..Aku lebih prefer orang yang matured..Take care aku gitu-gitulah..Takat nak buat stock pakwe makwe ni memang aku tak berkenan langsung.."Jelasnya panjang lebar..
“Kahwin dengan datuk jelah kak..Memilih betul kau ni.."sindir Raihana lalu mencebik.
"Hello!!Dah memang bukan taste aku takkan aku nak layan..haha" bentak Raudhah.
“Eh betul gak eh kak..kalau bukan taste kita buat apa nak layan kan..kan..Entah macammana la aku boleh berkenan dengan mamat psyco tu.Isy..Ajaib sungguh!!’Ujar Raihana lalu baring di sebelah kakak kembarnya itu..
Melihatkan antara satu sama lain memang agak berbeza. Raudhah sikapnya lebih berdikari dan tegas. Rambutnya dibiarkan pendek layer..Senang untuk diuruskan dan apabila keluar rumah Raudhah lebih selesa menutup auratnya dengan tudung..Manakala Raihana lebih funky dan kecoh sedikit..Dia suka mengenakan make up dan dibiarkan rambut yang melepasi bahu terurai saja..Lebih vouge gitu walaupun tubuh langsingnya agak kurus sedikit berbanding Raudhah..Raudhah lebih suka mengenakan make up nipis saja.Baginya kecantikan asli lebih penting..
“Tadi kata ada bad news.Apa dia?’Raudhah memaling muka ke arah Raihana.
“Kau kata taknak dengar..’Raihana mengangkat kening..
“Aku dah readylah ni nak dengar.Ceritalah..’Raudhah mencubit pipi Raihana..
“Betul nak dengar eh..Okaylah..aku cerita ok.Tapi kau jangan nak sentimental lak tetiba"
Permintaan Hati (episod 2..bhg 2)
Bebelan saya ain.suliman Jam 9:17 AM“Hisy kau ni Rai..terpekik dari tadi ni apa hal??”Raudhah memuncungkan mulut dan berkerut dahi..
“Alah kakak ni..ingat lawa sangatlah muncung-muncung tu..Aku buat sangkut baju baru tau haha..”Raihana mencebik..Raudhah tersengih..
“Ha..yele..aku senyum dah ni..nape..kau ade hot story ke nak bagitau aku ni..Dari pagi tadi sibuk memanjang..”Raudhah menatap mata adik kembarnya itu…Raihana membetulkan kaca matanya lalu memberi fokus kepada Raudhah..Rambut yang melepasi paras bahu diikatnya kemas..
“Aku ade dua hot story ni kak.Satu good news satu bad news..Kak..kau nak dengar mana satu dulu ni kak?”Raihana memulakan bicara.
“Isy ape bad news ni..tak sukalah dengar..Good news dululah”Raudhah suka melayan kekepohan adik kembarnya itu.
“Kak kau ingat tak mamat yang control macho nak mampus yang kecoh suruh aku buat advertisement pasal contest menari tu kak..pastu aku gaduh taknak buat pastu aku suruh kau tolong aku buat tu..ingat tak??”Raudhah cuba mengingati.Tak silap hal ni memang dah lama berlalu hampir setahun yang lalu.
“Haa okay ingat dah..napenyer?Kau kan tak suke gile ngan mamat tu kan?”
“Tu yang aku nak citer ni kak..Kau tau tak mula-mula aku ingat dia memang poyo nak mamp** tak sedar diri suka arah-arahkan orang buat tu buat ni...Memamg mula-mula aku hangin gila dengan dia kak..Nampak dia memang meluat sangat kak..Dia selalu gelakkan aku menari macam kayu..Alah macam bagus sangat..tapi memang bagus pun..Aku admit gak tu..aku gak yang poyo-poyo nak menari-nari sakan sampai aku pernah terpijak kaki dia..Padan muka dia..Haha..pastu kak kitorang masam-masam muka macam hampeh kan kak rupanya dalm diam-diam dia ade hati kat aku kak!!Tu yang aku macam nak bagi penumbuk sebijik kat dia tu..haha”terang Raihana panjang lebar..
Raudhah terkekeh-kekeh..Dia tahu walaupun adik kembarnya suka kutuk-kutuk mamat yang namanya Fazrul tak silap tapi dalam hati adiknya memang ade menaruh hati sikit pada budak tu..Sebabnya bukan main lagi dia bercerita tapi tak nak mengaku..Pernah juga Raudhah terlihat gambar mereka menari sewaktu mereka berlatih bersama.Okay boleh tahan..Macam Awal Ashari gamaknya..
“Weh..kau ni kata good news tapi kutuk-kutuk apasal?”
“Heheh..Alah aku malu ar kak nak citer kak”
"Alamak citer jer lah..Aku tau kau sebenarnya pun ade hati gak eh..Tapi tak nak ngaku kan..kan..cakap jelah” Raudhah memberi respon.
"Heheh kak..kau jangan gelak eh kak..Kelmarin sebelum balik sini dia call aku kak..Dia kata nak sangat jumpa aku semalam..So aku pun poyo-poyo ar konon-konon jumpa dia..walhal sebenarnya tu ehem..ehem..dia propose aku jadi awek dia kak..Dia kata lama dah dia nak cakap dari semester lepas lagi tapi aku macam wat tak tau je tu yang dia cam takut nak bgtau..Last-last dia suka kenakan aku n gelak-gelakkan aku kata aku menari macam kayu la tah pape tah..Rupanya tu taktik dia je nak ngorat aku..haha..lawak tak kak??”
Raudhah ketawa terbahak-bahak..
Permintaan Hati (episod 2..bhg 1)
Bebelan saya ain.suliman Jam 9:16 AMEpisod 2
“Kakakkkk bangun!!!Jangan tidur lagi”Pekik Raihana kegirangan...Raudhah membuka mata yang malas..Kacau betullah budak ni..orang nak tidur lagiiii….Sibuk!!!fikirnya dalam hati..Raihana menggoncangkan tubuh kurus Raudhah..
“Kakak bangun..Bangunlah kak!!”
“Alah kau ni Rai..Sibuk je kacau aku tidur”Raihana tidak mengalah..Dah berbulan lamanya tak jumpa kakak kembarnya itu..Rindu…
“Kakak bangunlah..Mama dah siap buat breakfast dah kak..Kakak tu membuta je tau”Bila adik kembarnya Raihana masih tidak berganjak Raudhah pun mengalah..Lalu ditarik tuala di tempat sidaian dan bersiap..
Raudhah melangkah ke ruang makan..Wah!!semua dah tersedia.. Mama, abah, Raihana, Rayyan, dan si comel Rory pun turut sama menikmati..
“Amboi-amboi anak mama..Tidur tak ingat dunia ni..Letih sangat ye sampai rumah pun dah lewat malam?”Raudhah tersengih..
“Yela mama…lama tu dok dalam bas..berkematu punggung Raudhah ni haaa”
Haaahaha…masing-masing gelak sakan…
“Rory dah pandai apa mama?”sambung Raudhah lagi..
“Dah jalan jatuh dah adik kamu tu..Tula lama sangat tak balik..Adik dah pandai apa pun tak tahu”Sambung mama lagi…Raudhah tersengih melihat adik tirinya itu..
Rayyan baru nak masuk sekolah tadika dan Rory baru nak masuk satu tahun..Bila melihat adiknya yang dua itu Raudhah sangat bangga dengan mamanya..Walaupun bermadu namun mama masih mampu tersenyum…Lagipun bukan salah abah kata mama..Abah memang nak sangat anak lelaki..Selepas melahirkan Raudhah dan Raihana (kembar seiras) rahim mama diserang komplikasi yang agak kronik menyebabkan terpaksa dibuang.. Dan abah sangat sedih..Beberapa tahun kemudian mama telah mengizinkan abah untuk menambahkan zuriat dengan mendirikan masjid lagi..Mula-mula abah memang menolak. Dia redha katanya tapi mama tetap dengan keputusannya untuk membahagiakan abah..
Dan..abah telah mengahwini seorang gadis dari Switzerland lalu memperoleh sepasang cahayamata iaitu Rayyan dan Rory..Malangnya Sarah Adam iaitu mummynya itu pergi meninggalkan abah dan anak-anaknya untuk pulang ke negara asalnya..Entahlah menurut abah, mummynya itu rindu akan kampung halaman tapi siapa tahu hal yang sebenarnya..Sesekali terdengar juga pertelingkahan abah dengan mummy di telefon tapi Raudhah mahupun Raihana memang malas nak ambil tahu..Hal orang-orang dewasa tak perlulah sibuk..Lagipun dengan adanya mama, dan adik-adik disisi sangat membahagiakan. Biarlah abah dengan rumahtangganya itu..Mama pula memang tak masuk campur..Mama lebih bahagia menguruskan rumahtangganya sendiri…
Permintaan Hati (episod 1..bhg 2)
Bebelan saya ain.suliman Jam 9:14 AM“Apasal Raudhah??”Ayuni dan Zaza bertanya serentak..
“Eh tak de apalah..kat mana aku tadi heh?”Ayuni dan Zaza kehairanan.Apa pasal pula tiba-tiba sahabat mereka yang satu ni terdiam tadi..Mereka tengok keliling..Rasanya tiada apa yang menarik perhatian pun melainkan kesedapan menikmati nasi ayam superb dan merasai keenakan ABC yang sangat melegakan…Tak faham..tak faham..tercekik tulang ayam kot!!ngeh..ngeh..
Agak lama juga mereka berborak sehingga tak sedar waktu menunjukkan ke angka 3 petang..Lalu mereka pulang ke rumah yang disewa hampir dua tahun lalu..
Raudhah dan Ayuni bersiap-siap untuk ke Puduraya. Zaza pula mungkin lewat sikit ..Maklumlah nak berdating dengan buah hati dulu katanya..Pesan jangan nakal-nakal sudahlah..Zaza mengenyit mata tanda OK!!Lalu Zaza menghantar Ayuni dan Raudhah ke destinasi yang sepatutnya..Dan mereka berpisah disana..
Setelah meneliti bas yang sepatutnya dinaiki lalu Raudhah menghayun beg ke tempat menyimpan bagasi dan mengambil tempat..Dia melihat kiri dan kanan dengan langkah penuh yakin dia duduk disitu..Fuh!!Lega setelah mengharungi cuaca terik panas dan bersesak-sesak dengan ribuan penumpang bas yang lainnya...Tiba-tiba…
“Cik adik..cik adik ni ambil tempat saya ya?”HAAA!!!Siapa punya suara itu..mahu saja ku bagi penampar tatkala itu juga..Baru saja nak menghirup udara nyaman lagi dingin..Raudhah menjeling…
“Tapi ni tempat saya!!”Raudhah menunjukkan tempat duduk di tiket basnya dengan perasaan tak puas hati…Sambil menghela nafas lelaki itu membalas..
“Tiket adik ni pukul berapa?”Lelaki itu masih lagi cuba bersopan..
“Pukul 6lah..Hisy!!”Lelaki itu menggeleng lagi..Lalu tersenyum..Sangat manis tapi….Raudhah masih tak berpuas hati..Mahu saja dihempuknya lelaki itu..Pengacau!!!
“Cik adik manis..bas ni pukul 5.30 punya..bas cik adik kat belakang nun!!!”Haaaa!!!!biar betul!!!Maaaaaalu!!!!Merah padam muka Raudhah bila dikatakan tersalah bas…Mana nak letak muka ni?Takkan nak menyorok bawah kerusi kot atau sembunyi dalam tempat bagasi..Arrghh!!Bas pulak dah nak jalan…Malu..malu!!!
“Tak pelah macam ni..Saya tahu awak dah tersalah bas..Apakata kita tukar tiket saja.Saya naik bas kat belakang tu..Lagipun destinasi kita pun sama je kan..”Lelaki itu berseloroh..Raudhah tanpa berkata-kata terus menarik ticket yang berada pada lelaki itu..
“Tiket cik adik??”Raudhah tersenyum dengan wajah yang merah padam..Tak sanggup menatap mata lelaki itu lalu menghulurkan tiketnya.
“Tarima kasih..”Jawab lelaki itu..Lidah Raudhah memang dah terkelu seribu bahasa..Malu…Tak tau nak kata…Bila bas mula bergerak Raudhah mengangkat muka lalu memandang lelaki tadi yang berlalu pergi..Lelaki itu sempat memandangnya sekilas lalu tersenyum..Raudhah menundukkan pandangannya..Malu sangat!!Jangan bagitahu Zaza dengan Ayuni…nanti mereka gelak besar…Jangan..jangan..keep the secret!!Diam zip tutup mulut…Akhirnya Raudhah tertawa seorang diri mengenangkan kisah tadi….
Permintaan Hati (episod 1..bhg 1)
Bebelan saya ain.suliman Jam 9:13 AMEpisod 1
Raudhah menunggu Ayuni dan Zaza di luar dewan..Tak sabar rasanya untk pulang ke rumah sempena cuti semester kali ini.
“Hai girls!!Amacam tadi?Ok ke?”Pekik Ayuni yang memang keanak-anakan dari jauh. Ayuni rommate yang satu ni memang comel. Orangnya kecil saja tapi otak fuh!!Bergeliga..Selalu saja dapat Anugerah Dekan setiap semester..Zaza pula lebih bersikap keayuan..Tetapi kalau sudah bertemu tiga serangkai..memang haru jadinya..Hilang segala keayuannya..Zaza pun manis dan cantik orangnya..Tapi kalau tak pekena make up..Fuh!!Laaaaaaagi cantik!!!Macam gadis innocent..suci mulus gitu orangnya..
Kereta MyVi Biru terus memecut laju..Destinasi kini adalah mencari warung Leha..Warung Leha sangat terkenal dengan Nasi ayam yang superb sedap dan ABC fuh!!Laaaaaazat sekali…Tak sabar untuk menikmatinya dikala cuaca panas terik begini..
“So korang dah confirm ar tempat praktikal nanti?”Gertak Zaza selepas memesan ABC kegemarannya..
“Hmm aku dah..Dekat je dengan rumah aku..Nak jalan kaki pun boleh!!”balas Raudhah.
“Seronoklah kau ek..Dekat..Aku ni dahlah jauh. Mentang2lah company besar..Harap2 elaun pun besar gak..haha”betah Zaza.
“Yelah Zaza..selalunya kalau company besar elaun pun boleh tahan gitu..”
“Betul2!!..Aku dapat company kecik jek. Buat projek pun kecik2 je kot”ujar Ayuni berseloroh..
“Agak2nyalah ada tak engineer yang handsome2 kat situ. Boleh aku ngorat!!!Kakaka”Masing2 tergelak sakan bila Ayuni mencelah lagi…
“Yuni..kau kene pakai high heels jela selalu..Baru setanding dengan engineer2 kacak lagi macho kat situ..Kau kan ke rendang sikit..Hahaha”
“Woi korang kutuk aku..Aku taulah korang tu cantekkk..Tinggi..Tak macam aku ni bantut jek…Takpe2 aku akan pakai high heels selalu..Ok tak??”Ayuni berseloroh lagi..
“Ala Yuni kau tu tak payah lah pakai high heels segala bagai..Kau tu memang dah comel..Nanti mamat-mamat Indon lak yang terpikat kat kau kalau kau bergaya sakan takat nak pergi site yang bertanah-tanah tu..hahaha”Mereka tergelak lagi bila Raudhah pula mencelah…



