Feb 8, 2010

7 Wajah Serupa

Assalamualaikum annedestiny walker..

Benarkah di dalam dunia ini ada 7 wajah yang serupa dengan kita? Means adakah ia termasuk adik beradik atau tidak. Sebab kalau termasuk adik beradik (andaikata adik beradik ada 7 orang) dan kesemuanya wajahnya serupa..macammana eh?

Haha tiba-tiba ia menjadi tanda tanya pada diri saya. Okay by the way seumur hidup saya..saya pernah jumpa seorang saja yang muka seakan mirip saya. (Sebenarnya saya sendiri tak tahu) tapi kalau sampai orang tersilap panggil apa nak di kata lagi. Sah sah lah muka saya sebiji dengan muka dia betul tak..

Haha tapi macammana pula kalau wajah kita serupa dengan orang bukan Malaysia ya?.. Orang putih kah?? Haha amatlah jauh sekali kan.. Boleh dikatakan amat mustahil kan. Fine apa kata kita lihat perbezaan muka 2 orang ini. Miripkah mereka??





SILA LIHAT DENGAN TELITI OK







Hahahahaha... Ada hati muka macam Jericho Rosales!!!





psst: Tak dinafikan ramai yang beritahu wajahnya seakan mirip Jericho Rosales. Tapi adakah ia fakta atau auta..hahaha..

Feb 7, 2010

My Love Song..How About Your's?

Salam all..

Finally my love song were uploaded here.. Just bring to you Tentang Seseorang by Anda Band.. Sampai bila-bila pun saya akan cinta mati dengan lagu ini.. Siap buat video klip sendiri ooo guna lagu ni haha.. Sila hayati lagunya dan nikmati bait-baitnya okeh..





Wokeh ke semua..best tak? So apa lagu kegemaran anda pula??Sila jawab tag saya..haha..*tiba-tiba la pulak kena tag ek*

Feb 6, 2010

Kenapa Blog Ye?

Assalamualaikum sayangku semua.. (sayanglah sebab sudi baca bebelanku ini..haha)

Cuti tak jalan-jalan ke? Haha saya tak kemana pun. So bila anak dah tidur bolehlah berblog sekejap.. Kenapa suka blog ye? Ada banyak sebab kenapa kita berblog kan.. Ada yang blog untuk suka-suka (macam saya cheww).. Ada yang blog untuk bisnes (duit..duit..)dan ada juga berblog untuk meluahkan perasaan..Aeww..(jangan terlalu obvious untuk meluahkan perasaan ok)

Nak jadi blogger yang glamour ke? Hehe tak pernah terlintas di hati pun.. Tapi kita akan rasa seronok dan teruja *sedikit* bila tulisan kita ada yang sudi menjengah.. betul tak..

Tapi macammana agaknya nak mantain penulisan agar tidak bosan dibaca?? Haa yang ni penting tau.. Pelbagaikan skop penulisan.. Jangan asyik bercerita tentang sesuatu yang spesifik saja. Contoh*contoh* saja tau.. Hari ini pakai kasut putih. Esok pakai kasut merah. Lusa pakai kasut hijau.. (Okay yang ni melampau sebab mana ada orang cerita pasal kasut je..haha)

Baiklah sayangku semua aww love u tau sebab masih sudi membaca sehingga perkataan love u..haaha.. Bagi saya..saya tidak berapa pentingkan kuantiti pengikut di side bar ( sebenarnya bukan semua pengikut/follower itu mengikuti penulisan anda) sebaliknya saya lebih teruja bila ada kawan-kawan di luar sana yang menjadi pengikut dalam diam..Fine yang ini memang pengikut setia (mana tahu..hehe nuffnang of course).. Oh lupa lagi satu bila search engine dan seseorang itu menemui sesuatu maklumat di dalam blog ini (ini yang menjadi kepuasan yang sebenarnya tahu!!!)

Okaylah entri ini bukanlah tips macammana cara nak menjadi blogger hebat oh tidak sama sekali. Tetapi ia lebih kepada kenapa anda berblog?Apa tujuan sebenarnya.. Bagi saya selain untuk suka-suka dan mengisi kebosanan *kalau dapat duit darinya itu bonuslah* mungkin juga sebagai medium untuk manambahkan fungsi otak.. (ternyata bukan mudah untuk mencari idea-idea baru setiap hari okeh)..

Haha so jutaan terima kasih kepada anda yang sudi menyinggah blog annedestiny dan saya sayang kamu semua!!! ^x^. oh sejuta kemaafan juga dipohon kalau-kalau ada yang terbosan membaca blog ini ya.. (hehe macam dalam kad hari raya pulak aisehhh)

Feb 5, 2010

Berat Badan Ideal (kah??)

Assalamualaikum kawan-kawan dan adik-adik sekalian..

Siapa nak kurus angkat tangan!! Jangan- jangan kurus itu sangat tidak sesuai okeh. Guna ayat sedap sikit.. Siapa nak berat badan ideal cepat bagitahu!!

Okey berat badan ideal. Sekarang tak ideal ke? Hahaha.. Saya tahu berat badan kamu semua sudah ideal jadi sila tinggalkan entri ini.. Oh joking-joking.. Pertama sekali nak tahu kamu normal atau tidak sila kira BMI dulu. Caranya begini..

i. Pertama timbang berat badan anda dalam unit kilogram dan tinggi anda dalam meter.(Berat 37 kg tinggi 1.45m*aduh!! orang kerdil ini ada hati mahu kira BMI)

ii. Kira Indeks Jisim Tubuh (IJT) anda seperti berikut:
IJT (Indeks Jisim Tubuh) = Berat (kg)
Tinggi (m) x Tinggi (m)


IJT (Indeks Jisim Tubuh) = 37 kg
1.45*1.45
= 17.61


Sekarang sila lihat jadual

Jika IJT (kg/m2) anda … Bermakna anda adalah…
Bawah 18.5 Kurang berat badan
18.5-24.9 Dalam julat normal
25.0-29.9 Berlebihan berat badan
30.0 ke atas Obes (gemuk)

Fine...DAH TAHU LAGI NAK KIRA!!! Sob sob..kurang berat badan..:( Tidak normal hahaha)

Jadi sesiapa yang rasa-rasa BMI lebih daripada 25 sila amalkan ini..

1. Kurangkan memakan makanan yang bergoreng, berminyak dan bersantan.

2. Lebihkan pengambilan sayuran, ulam-ulaman dan buahan. Ia berkalori rendah dan membuatkan anda berasa kenyang lebih lama.

3. Pilih atau sediakan makanan dengan cara mengukus, merebus, memanggang dan jika perlu menggoreng, gunakan sedikit minyak sahaja.

4. Kurangkan minuman manis, gantikan dengan air kosong dan minum secukupnya (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)


Siapa yang sama kategori dengan saya sila terbalikkan amalan diatas... Hahaha lawak ini tak bagus.. Jangan jangan buat begini..

TAPI CUBA YANG INI

1. Anda mungkin perlu untuk makan dengan lebih kerap (sekurang-kurangnya 6 kali sehari yang terdiri daripada 3 kali makanan utama dan 3 kali makanan ringan).

2. Bahagikan jadual pemakanan anda jika anda tidak boleh mengambil jumlah makanan yang banyak .Anda boleh makan nasi , mee ataupun roti sebagai makanan utama dengan berlaukkan ikan/ayam/daging berserta sayuran dan buah-buahan. Makanlah sandwic, pau ataupun bubur (bubur kacang) sebagai snek.

3. Sekali sekala makanlah makanan yang berkalori tinggi seperti martabak ataupun burger telur/keju untuk menambahkan pengambilan kalori anda.

4. Pastikan anda minum susu segar setiap hari(bukan susu pekat manis!). Jika kurang selera , tambahlah dengan pengambilan multivitamin dan vitamin B-komplek dalam diet anda.


Jadi amalkan pemakanan yang sihat okeh.. Saya ambil sebahagian artikel ini didalam sini. Walaupun dah praktikkan semuanya tapi berat badan saya masih juga begini. hahaha Tak dapek den nak nulung... Nak berat badan yang ideal saya kena mengandung 9 bulan baru IDEAL tahu!!! Apa yang penting bersyukurlah dengan apa yang ada ok.. Dah habis cerita..

Feb 3, 2010

Contest Mister Potato hahah!!

Assalamualaikum ya pengunjung setia annedestiny dan sesiapa saja yang sudi ngeh ngeh..

Sila lihat website MISTER POTATO sekarang!! Ada contest baru lah weh.. Hehe soalannya agak menguji minda tau terutama yang sudah bertahun-tahun meninggalkan zaman sekolah atau universiti (sesiapa ambil kertas matematik tambahan adalah bonus untuk anda tapi kalau ambil kertas matrix dan algebra*seperti diriku* tidak ada kena mengena okeh).. hahah melebih-lebih..

Cheww cuak cuak.. mana ada susah saja je bagi korang panik sekejap.. actually dia saja je bagi korang bermain-main dengan nombor.. Tapi kalau korang memang dari zaman sekolah rendah fobia dengan angka bernombor atau nombor berangka *saja bagi korang makin pening haha* mungkin kurang sesuai kot..

So now dah tengok belum website yang ada abang bermisai gulung (Mister Potato), abang kurus melidi yang bermisai terkena kejutan elektrik (Ortega) dan 3 orang kerdil yang so cute juga bermisai itu(3 Mariachis)?? Laa belum tengok lagi ke!! Jom jom kita cek ia di luar haha boleh eh dalam bahasa gitu...

First thing cari perisa kegemaran korang seperti yang tertera dalam gambar diatas.. (Oh of course kena beli laa dekat kedai okeh)

Dapatkan satu kad yang mempunyai kod sms seperti gambar dibawah


Daku blurkan ia sebab kad itu daku yang punya..haha


Dan jawablah soalan-soalan dari Encik-encik abang bermisai itu..
Sila sediakan kalkulator yang ada converter itu yehh!! Atau pandai-pandai congak ke kalau awak seorang yang HEBAT!! Haha..



Jawapan dah ready!!! Tapi nantilah nak hantar sms tu.. Tarikh tutup 31 Mac 2010..Ada masa lagi..hehehe..


Jawapan yang tepat ATAU sangat hampir akan memenangi


Besarkan lagi tau bagi korang tengok!!


Fine.. baca T&C lah dulu macammana cara nak menang okeh!! Bye korang..Semoga berjaya dengan angka-angka (bukan ungka itu dah lari topik tau)

Feb 2, 2010

Naufal In da House!!

Assalamualaikum dan selamat pagi semua!!

(Wah ada sikit2 macam cikgu bagi salam ni) haha..

Pagi ni saja nak sembang-sembang aktiviti Naufal dekat rumah. Hari tu dah cerita Naufal dah boleh duduk sendiri walaupun dia belum pandai merangkak. Tapi kebelakangan ini Naufal dah boleh merangkak sikit-sikit (sebenarnya dia memang dah pandai tapi saje je tak nak merangkak).. Mungkin dia lebih suka jadi askar kot sebab pergerakan dia laju macam lipas kudung (sukehati aku cakap anak macam lipas haha)


Sila abaikan barang Naufal yang merata-rata itu yehh!! (Dan alas meja yang baru di angkat dari ampaian haha)


Lagi satu kebolehannya sejak usia 9 bulan.. dia suka panjat-panjat perabot/pintu/dinding/kotak /manusia.. Haaa manusia tau hehe.. Kadang-kadang abang-abang dan kakaknya pun dipaut juga.. Apalagi terjerit-jerit mereka takut adiknya terlepas.. Ceh macam aku dah beranak ramai jerr.Hahah.. Okaylah kanak-kanak itu (abang-abang 6 dan 5 tahun , kakak 4 tahun) ialah anak-anak buah belah hubby yang bagaikan adik beradik Naufal *tapi lain ibu dan ayah* saja..



Sewaktu dalam cubaan untuk memanjat


DAN BERJAYA YES!! (senyuman kebanggaan terpancar disitu)

Lepas penat terus tidur sambil berdiri zzzzzz.... haha joking-joking..tu lah tak nak diam ibu snap pun dah blur-blur je gambar..



Last but not least... MY HERO!!!

Saling tak tumpah macam si abang Muhammad Danish Aiman (6 tahun) masa baby dulu *masa ni je lah yang obvious *..haha


Feb 1, 2010

Ikan Siakap Tiga Rasa

Assalamualaikum semua..

Yeah!!! Setelah lebih 10 bulan yes confirm lebih 10 bulan sebab sejak Naufal lahir saya belum berkesempatan nak makan menu kegemaran saya iaitu Ikan Siakap Tiga Rasa..Atas dasar itu my Kesayangan sudah pun memenuhi permintaan saya yang mengalahkan orang mengidam ni.hahaha.. Mujurlah gerai yang memenuhi citarasa tekak terletak dalam taman perumahan kami je. Senang!!

Saya masih ingat lagi kali pertama makan menu ini masa zaman belajar dulu dekat Penang. Nama restoran yang kerap menjadi tempat pertemuan kami iaitu Restoran Ahmad Seafood.. Ikan Siakap Tiga Rasa memang sedap sangat.. Siapa yang pergi Seberang Perai Pulau Pinang sila jangan lepaskan peluang keemasan ini.. Memang sangat tidak rugi tau (fully recommended)!!..

Nak tempek gambar (baru nak snap Ikan Siakap Tiga Rasa dah tinggal separuh dikerjakan saya..hahah) so tak adelah gambarnya.. Jadi saya kidnap jelah dari internet haha. Harap memadai okeh!!


Menu kegemaran 1 Malaysia (Wah semangat patriotik U see)..