Jan 26, 2010

LALALA KERJALAH!!

Assalamualaikum semua..

Okay pagi yang ceria ni nak lah sembang2 sikit pasal kerja sesuai dengan isu sekarang tentang 300 000 orang penganggur yang masih belum dapat pekerjaan.. Jadi apa kata kita merenung sejenak dan bersyukur sebab kita diberi peluang bekerja. Oh bagi yang memilih untuk tidak bekerja juga sangat sesuai untuk menjawab tag yang ala-ala soalan interview masa nak cari kerja (tag ini tidak dikhaskan kepada yang bekerja sahaja malah yang tak bekerja boleh join ok) no hal punya... So dapatlah kita sama-sama bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ok!!




1. APA PEKERJAAN ANDA SEKARANG?
CIVIL ENGINEER

2. APA YANG MEMBUATKAN ANDA MEMILIH PEKERJAAN ITU?
SEBAB DULU AMBIL COURSE INI

3. APA PEKERJAAN SEBELUM INI?
CUSTOMER SERVICE EXECUTIVE

4. BERAPA LAMA ANDA BEKERJA DI TEMPAT SEKARANG?
6 BULAN

5. ADAKAH ANDA SERONOK BEKERJA DI TEMPAT SEKARANG?
SERONOK SANGAT

6. KENAPA ANDA BERHENTI KERJA SEBELUM INI?
TEKANAN KERJA

7. BERAPA LAMA ANDA BERTAHAN DI TEMPAT SEBELUM INI?
2 TAHUN SETENGAH

8. JIKA ANDA DIBERI PILIHAN, APAKAH PEKERJAAN YANG ANDA IMPIKAN?
SUDAH BERSYUKUR SEADANYA (pernah terfikir nak duduk rumah jaga Naufal je hehe tapi husband bagi lampu merah!!)

9. KENAPA ANDA MENGIMPIKAN PEKERJAAN ITU?
KERJA SERONOK, KAWAN BEST, MANAGEMENT OK

10. PADA PANDANGAN ANDA BERAPA LAMA ANDA DAPAT BERTAHAN BEKERJA DI TEMPAT SEKARANG?
KALAU DIBERI PELUANG SAMPAI BILA-BILA PUN NAK BEKERJA DI TEMPAT SEKARANG..PUAS HATI!!!*mane tak best sama tempat dengan husband* ngeh ngeh

11. SILA BERI PANDANGAN ANDA TENTANG KERJA...
JANJI ADA KERJA, GAJI JALAN, YANG PENTING HAPPY



Awak nak tahu orang yang buat-buat khusyuk tu hanya lakonan semata-mata tahu


Jom kita saksikan aktiviti dia sebelum shooting itu dibuat

Amat ketara perbezaan dengan gambar di atas..(dia tengah update blog tahu!!) Hehe dia dah gantung balik carta yang senget sebelah tu... opps!! cermin dia masih di kedudukan asal okeh!!

Dah lah korang..merapu tak sudah ni!! hahaha



Sekian dulu.. so siapa yang rajin boleh jawab tag saya ok..


psst//: Fara Fauzana open pemandu peribadi!!! sila hantar resume segera ok..(khas kepada penganggur saja)

Jan 25, 2010

When U're In Love

Salam semua dan hai hai..

Okay tag ni memang bagi sesiapa yang pernah buat mungkin agak sedikit lama dahulu.. Tapi bagi insan-insan yang sedih baru berjinak2 dalam dunia blog (sangat terlambat maaf ye isk isk) ni rasa-rasa nak buat jugak!! Sibuk juga tau jangan marah ye..

Sebenarnya saya nak buat tag sendiri sekali bila dah siap baru teringatkan eh macam lebih kurang je yang pernah ku baca dulu.. Jadi oleh sebab tidak mahu men'duplicate' kan soalan2 yang hampir serupa maka saya berusaha mencari di dalam blog Lady.. (Lady banyak tag lalu ketemu) hehe


Okay mari kita laksanakan misi itu..


1. First time jumpa with your hubby bila and kat mana?
Lawak.. Around July 2005. Bilik Lecturer (Final year ok setelah bertahun2 disana)

2. Love at first sight?
Tak juga. Tapi lepas beberapa hari berkenalan

3. Who is he when the first time u met him?
Seseorang yang bekerjasama di bawah satu pensyarah untuk Final Project kami.

4. How long it takes for him to ask u out for a date?
Beberapa hari selepas kami keluar bersama untuk cari bahan (oh alasan U see disitu)

5. First place dating di?
Restoran Faiz dekat Penang. (Western food dia sedap+murah+banyak) Puas hati!!

6. How he proposed?
Lawak juga. Ambil masa 4 jam untuk kami berdating (meja lain dah bersilih ganti yang dia orang ni tak nak balik2 juga) haha

7. Special date with your hubby?
26 Oktober 2007 (Setelah sah menjadi surinya)
15 Ogos 2005 birthday dia (wah malam tadi 14 Ogos first time ajak saya dating) haha

8. Changes that he asked you to do?
Jangan malas-malas hehe

9. What is about him that you love so much?
Banyak sangat.. Kena buat satu entri lain kalau nak sebut satu2..(Eh lupa dah ade dah entri tu. Boleh tengok!!)

10. What is about him that u wish he would change?
Sangat pendiam bila berhadapan dengan orang tidak dikenali..(hanya senyum senyum dan senyum..)

11. You will lose your mind n crack your head when he?
Waa..Bila satu hari tak dengar suara dia

12. You will smile tru your eyes for the whole day when he?
Bila dia bersuara dan melawak (First thing that I feel I'm In Love-masa tu tiba-tiba saya terfikir eh dia ni boleh juga melawak??)

13. Complete below sentences"My love towards my hubby is as big as...?
"My love towards my hubby is as big as muaaaaahss.." (boleh ke?hehe)


Kepada sesiapa yang terlambat membuat tag ini seperti saya sila laksanakan misi anda sekarang juga..OKEH..



Tag Kelly punya idea..

Salam awak..awak dan awak semua..haha..

Tag ni datangnya dari Kelly yang mana saya kena tulis nama dan url blog atas kertas seterusnya ambil gambar seterusnya transfer gambar masuk dalam blog.. Haha mudah ke? Taklah semudah yang dibayangkan kerana mula-mula ingat nak buat dekat paint je (ingat lagi senang).. Tapi masyaAllah.. Sangat cantik tahu.. Tak sangka saya boleh buat secantik itu sehingga tak sanggup nak beri anda semua lihat lukisan itu. Tiba-tiba macam tak aci pula sebab Kelly suruh tulis atas kertas jadi tidak boleh tidak kena juga tulis atas kertas. (nasib baik juga sebab tulisan paint saya *cacing kerawit* lagi handsome tahu)

Maka terhasillah gambar ini...



TARAAAAA!!!



Okay saya tahu agak buruk (memang buruk saya tahu isk..isk) jadi awak semua boleh gelakkan saya..



p/s: Ini adalah tulisan tangan kiri saya pada percubaan pertama.. Dan saya malas nak buang banyak kertas jadi saya selitkan juga disini.. Haha Kelly dan Lady + husband Lady punya tulisan cantek!! bye..


Awak nak tahu ke? (Error 769)

Assalamualaikum semua..

Cuti hujung minggu blog pun cuti tahu.. Jadi memang tak update blog.. haha.. so di pagi yang ceria indah menawan ditambah2 pula ditinggalkan suami yang pergi outstation di Sarawak.. Hehe 'complete' sungguh hidupku ini.. OOPs.. siapa tahu sarkastik tu apa? bukan sarkas tahu..

Jadi pagi2 ini terpacul di minda (haha biasa terpacul di muka pintu) tukar ayat *selamba* saya nak berkongsi error 769. Mulanya nak selitkan sekali dengan gambar tapi entah tak tahu kenapa macam takut pulak nak klik suka suki di komputer ofis (aduss tolong jangan beritahu bos ok saya update blog di ofis.). Jadi bagi direction sajalah ye. Kalau kurang jelas sila beritahu okeh..

Wallawe mari mulakan..

Error 769 ini disebabkan network card / NIC awak tu terdisable..

Jadi untuk meng 'enable' kan ia sangatlah mudah..

Menu START-> My Computer (klik kanan)
Di bawah sekali ialah Properties (klik)
Hardware-> Device Manager (klik)
Cari perkataan Network adapters (nampak simbol {+} sila klik)
Kalau diasble akan keluar (x merah)
Klik kanan pada x merah itu dan cari perkataan enable (enable this device).
Sila check sekali lagi sama ada x merah itu sudah bertukar / hijau atau belum.
Kalau OK maknanya NIC anda sudah enable..
Bolehlah connect internet ok..

Sekian dulu.. tak sabar nak buat tag dari Kelly..haha bye..

Jan 22, 2010

Contest Baru Pulak!!

Contest Baru Pulak!!



Salam semua yang rasa-rasa eh nak tertengok pulak blog annedestiny tu.. haha welcome welcome..

Semalam terjah blog Kelly910 eh eh macam best pulak contest ni kan.. Lalu terjah sekali tuan rumah yang menganjurkan contest ini iaitu http://kameraxburuk.blogspot.com/2009/12/contest-baru-pulak.html.. maka nak juga diboldkan perkataan pulak supaya sesuai dengan tajuk..hehe

Maka pagi ini telah tersibuk mengedit2 gambar supaya tidak lari dari tema black & white dan terhasillah gambar ini.. Amacam?? Jenuh tau cari pattern yang sesuai sebab saya ni tak pandai pun nak design gambar yang cantik2 even bila Icah tanya nak buat watermark saya tanya dia balik... "Haa watermark tu apa?" Haa kan haru tu.. Hehe.. Okaylah.. Tanpa membuang masa kita tampilkan gambar ini...


Nah tuan rumah.. Sila hakimi seadil-adilnya ok.. Thanks Bye..



Jan 21, 2010

Why I like It longer

Why I like It longer

"Why I like It Longer". Kalau rujuk kamus dewan bahasa tajuknya berbunyi kenapa saya suka lebih panjang.. haa!! Tak boleh sebut dalam bahasa melayu.. Double meaning tahu. Jadi saya lebih rela disebut dalam bahasa inggeris sahaja iaitu Why I like it longer tapi versi Melayu..

Kenapa LG’s new Chocolate phone (BL40) direka bentuk sebegini panjang? Mungkin hanya R&D mereka sahaja yang tahu tapi kenapa teramat teruja (sudah teramat lagi teruja tahu) untuk memiliki gadget ini.. Maka sebab itu saya terselit/tersibuk/menyibuk di dalam contest ini.

Merujuk Iklan Nuffnang handphone ini didatangkan dengan '5.0 Mega Pixel camera this fully touch screen phone with multi touch function features LG’s proprietary S-Class UI' oh manalah tak interested sebab handphone sedia ada tidak ada function touch screen maka terlebih teruja untuk melalui satu pengalaman mempunyai handphone touchscreen.(Sah sah jakun) Siapa tahu jakun tu apa sila angkat tangan. Haha..

Oleh sebab kepanjangan itu maka handphone ini mempunyai 'amazing 4-inch widescreen with crystal clear HD resolution'. Apabila melihat paparan pada skrinnya seakan berada di panggung wayang milik diri sendiri sambil menikmati filem yang menarik tanpa perlu beratur membeli tiket untuk menyaksikan filem kesayangan. Dan di sebelah tangan yang satu lagi memegang chocolate Cadbury yang enak dan lazat tanpa gangguan.. Fuh!! Best sangat..

Atas sebab faktor yang sama iaitu panjang dan seksi sebab bila masuk poket seluar jeans maka seluar pun menjadi ketat lalu ia seksi. Haha.. Tapi lebih menarik jika disimpan didalam handbag dan apabila terdengar bunyi deringan telefon lalu dikeluarkan maka orang sekeliling memandang dengan amat teruja dan mereka pandang sesama sendiri lalu berkata
"What the ***.. She has an LG’s new Chocolate phone yang I minat sangat tu" lalu membuatkan orang disekeliling teramat iri hati dengan saya. Maka ia menjadi teramat seksi yang tidak dapat dibayangkan..

Jadi oleh kerana itu Nuffnang berilah saya peluang untuk memiliki Chocolate phone (BL40) yang amat diidamkan oleh semua Nuffnangers sekalian kerana saya amat teruja melihat kepanjangannya yang Super Awesome itu.. Salam semua..

Inilah LG’s new Chocolate phone (BL40) yang mengujakan semua orang itu.




Lalala Kasut Crocs Yeay!!

Yeay!!

Finally termakbul juga hasrat untuk menghadiahkan Naufal kasut crocs yang comel lagi cutie cutie setelah berpuluh2 kali lalu didepan gerainya..

Comel gila I like so much!!


Tapi yang tak syoknya Ben 10 ditulis sebagai Bent 10.. Langsung tak macho.. haha