Dec 11, 2009

Tips Suami Mithali Yang Menjadi Kebanggaan Isteri

Okey..hari ni lepas pening2 bace blog orang yang tidak tahu kenapa teraddict sangat baca blog beliau sampai 3-4
hari berusaha untuk habiskan..hahah..terbaca forum kesayangan..

Tajuknya "Perbuatan suami yang menambahkan sayang isteri"..

Okay mula-mula baca rasa sangat sempoi dan tersenyum meleret-leret tetapi bila nak masuk yang tengah2
dah tak boleh tahan nak mengalirkan air mata lalu tertumpahlah membasahi pipi yang tak berapa nak tembam ni..haha..sambung..
lalu atas terase -kemaluan- dipandang oleh rakan-rakan ofis (ofismate) cepat-
cepat saya lap dengan tisu cafe mase beli nasi campur tengahari tadi...

Okay (berapa banyak ok saya pun tak tahu) saya pun nak list apa "Perbuatan suami yang menambahkan sayang isteri"..
Banyak...sangatlah banyak...dan antaranya bila airmata saya belinangan tadi disebabkan 'perbuatan' suami2
mereka adalah sangat mirip/sama/seangkatan..CUKUP..heheh..

CONTOH disertakan..

#1 Sudah semestinya saya diangkat martabat menjadi seorang isteri yang sah..itu tidak dapat dinafikan..



Itu saya dan suami..ahaks berangan..

#2 Beliau akan buat apa-apa saja kerja rumah apabila saya sangat RASE-MALAS nak buat..yang ini tidak boleh tidak
kerana kesayangan saya yang satu ini sangat-sangat menjaga tahap kebersihan..fuh!bersihnya rumah kita..hahah

#3 Sangat-sangat mengambil berat sehingga barang-barang saya yang perlu dibawa ke pejabat telah disiapkan sewaktu
saya sedang sibuk menyiapkan diri ke pejabat bersama..kira tanya sahaja semua dah bawak eh?Jawapannya 'DAH'..oh sangat sayang juga..
Moving on..

#4 Bila rase malas sangat hendak masak..en kesayangan dengan ringan tulang dan baik hati mengambilalih tugas hakiki seorang isteri..konon2
tak nak makan sebab tak lapar tapi...walaupun masak burger dan sosej telah menjadi hidangan sangat istimewa kerana air tangan beliau..isk..
sangat terharu..



Kesedapan air tangan (bukan peluh masin) seperti Jamie..OOO patut ar suka tengok AFC (Asian Food Channel)


Adakah En Kesayangan pandai membuat ini??Wah best2!!

#5 Tak perlu fikir monthly expenses kerana en kesayangan telah mengemaskini sebelum diketahui isterinya..haha..sangat besar pengorbanan..

#6 Sangat suka main game (PS2/internet/telefon) walaupun game itu cuma game ular yang sangat melampau tahap kebosanannya tapi tak tahu macammana
en kesayangan telah menjadikan game yang paling bosan menjadi suatu yang mengujakan..masih tak faham sehingga kini tapi masih sayang en kesayangan.

#7 Sangat suka racing kereta dengan mamat kekurangan ajaran yang melintasi beliau dengan cara yang boleh menggugurkan jantung isterinya..masih sayang juga..


Adakah beliau memakai kereta ini sehingga mampu racing dengan lawannya?
ATAU



Kereta yang ini?
ATAU



Kereta ini?Hmm Lu Pikirla Sendiri..

#8 Sangat penyabar melayani karenah isteri yang sangat kuat mengarut-ngarut sewaktu beliau seronok bermain game..walaupun isteri dia tahu dia
tersengih-sengih dengan game kesayangan bukan celoteh isteri yang merepek-repek..takpe masih sayang juga..heheh..

#9 Menghadiahkan rantai silver pada hari ulangtahun ke-25 ooh sangat sweet tapi rantai tersebut telah hilang diambil si perompak jahanam..

#10 Telefon bimbit kesayangan dibeli atas dasar si kesayangan yang lama telah menunjukkan belangnya..merepek..cakaplah dah rosak..titik haha..



Inikah set telefon itu??Tidak!!Ini sangat mahal..Kita punya murah saja..

#11 Selalu dihantar kemana saja walaupun si isteri sangat terer memandu..haha kerana kerisauan yang agak melampau..auw..terima kasih en suamiku..

#12 Sangat suka menyakat bila si isteri salah sebut perkataan..akan dijadikan faktor bulian sepanjang zaman..ok sayang juga..kehkeh..

#13 Sangat pandai memujuk si isteri yang merajuk entah apa-apa entah hanya kerana si isteri tidak mendengar deringan telefon bimbit untuk diajak
makan bersama..okay padan muka siapa suruh letak telefon dalam handbag..lainkali suruh handbag angkat..(dan en kesayangan telah makan dua kali untuk
memujuk isteri makan bersama)..patutlah gemuk..

#14 Sangat setia menemani isteri berjumpa doktor setiap bulan untuk melihat perkembangan si ahli baru yang sangat cumel didalam perut buyut isterinya itu.



Adakah si isteri sebuyut itu??Tidak!!!

#15 Sangat sabar menjaga si isteri yang sedang mengerang kesakitan akibat kontraksi dan seperti nak ku terajang katil,kabinet,kerusi semualah termasuk
si en kesayangan itu..maaf ya..yang ni tak disengajakan.

#16 Sudi menanti dengan penuh debaran dan melihat/menyambut sendiri kehadiran si comel dari tulang serviks si isteri..okay pastu nak pitam..haha..
sambung..



En Kesayangan dan si botak yang gumuk

#17 Sangat berahsia soal kewangan sehingga apabila si isteri curi-curi buka walletnya..HAAA!!!DUA RINGGIT??..bukan kerana boros..tak..tapi gaji bulanan
en suami telah habis untuk expenses kami anak beranak dari simpanan insurans/bil utilities/sewa rumah/astro/maxis/taska anak ohh sangat terharu..akan ku
sumbangkan RM10 dalam wallet itu..Duit gaji aku???heheh..sudah seharusnya menampung keperluan untuk sebulan terutama keperluan anakku yang satu itu..
(KERJASAMA PENTING okay)..

#18 Sangat sudi makan bersama tak kira sarapan pagi/tengahari hanya kerana si isteri tidak makan bersama rakan ofisnya..okay tak payah elaborate..haha..
(sangat suka makan bersama walaupun dikelilingi lelaki-lelaki macho..cet!ofismate beliau)..

#19 Pernah 'merajuk' kerana sakit perut yang amat dan si isteri tidak berada disisi kerana sibuk dengan urusan projeknya..setelah dua hari berlalu dimana
projek telah selesai dan perut en suami sudah tidak meragam lagi..baru kutahu ceritanya apabila situasi ini telah berlaku..

Ni ayat lebih kuranglah..

Isteri: "Aritu sakit sangat ke perut?"
Suami : "Yelah muntah-muntah cirit sampai nak pengsan!!"
Wah teruk sangat ni!!
" Orang suruh belikan roti pun tak beli.Last-last beli sendiri"
Wah sangat kasihan!!
Isteri :"Tapi dapat mesej (tak payah belilah.Abang beli sendiri) dulu baru dapat mesej (tolong belikan roti!!)..Camne tu?"
Diam..sambung..
Suami : "Masa suami sakit tu pandai-pandaila balik.." (okay jangan salah anggap dulu..isteri balik dan menghantar suami keklinik terdekat..cuma waktu saja..agak terlewat sikit.hehe)
Isteri: "Tapi haritu kan dah tanya nak balik sekarang tak..Abang kata tak payah.."(Wah rupanya daku tak faham maksud tersirat suami ni)
Suami : "Laaaaaaa tu kan merajuk!!!!"(Arghhh!!!!MERAJUK!!!berguling2 daku terbahak2 menahan kuman2 yang merengkot2 dalam perut..sangat CHUMEL!!)
Isteri: "Mana nak tau abang merajuk..Soweyy!!!"

Mesti dalam hati abang..sangat slow isteriku ini..End of story..
BERSAMBUNG..

#20 Apabila tiba waktu shopping day untuk perbelanjaan isi rumah..maka penuhlah bonet kereta kami..sangat kasihan melihat en kesayangan berulang 2-3 kali
untuk mengangkut barang untuk dibawa naik kerumah kerana (1) rumah kami atas kayangan (2) daku ditugaskan menggendong handbag bergerak (baby gemuk hmm 8kg I guess)yang tak boleh duduk diam tu..sangaaaaat sayang juga..

#21 Sangat mendahulukan orang tua dan oleh kerana itu kami selalu bertandang kerumah orang-orang tua..eh eh rumah parents en kesayangan yang sangaaaaat jauh dari
rumah kami sehingga kalau naik kereta jauhnya...5 minit aja udah sampe...heheh..ANAK MAK!!

#22 Khas untuk En Kesayangan saja..sangat sayang apabila 'perbuatan' en kesayangan telah menyebabkan si isteri mendapat alahan dan mabuk yang teruk pada trimester
pertama...hahahaaaaaaaaaaa...kejam tapi sayaaaaaaaaaaaang...

JANGAN GELAK TAK TUTUP MULUT!!NANTI ORANG SEBELAH KATE KAU GILA SEBAB _KAUKETAWADEPANSKRINKOMPUTER_.

0 saja yang sudi komen:

Post a Comment