Adakah anda sedang menghadapi masalah dengan mertua?Bagaimana cara untuk berbincang?
Bagaimana cara mengatasi kebuntuan ini?Nak ditegur salah..Tak ditegur makan hati??
Okay..saya tahu ramai menantu di luar sana yang menghadapi masalah seperti diatas..
Walaupun saya tahu saya bukanlah menantu kesayangan tetapi saya sayang mertua saya.
Saya akan senaraikan kenapa saya sayang mertua saya..
1. Ibu mertua pandai memasak.Sayang mama.(Kalau boleh belajar dari mereka makanan kegemaran suami).
2. Menjaga anak saya selama hampir 6 bulan sewaktu saya dan suami bekerja.
3. Amat mengambil berat perihal kami sekeluarga.
4. Menemani saya dan anak ketika suami bertugas di luar daerah.
5. Selalu mengajar cara didikan anak. (Selalulah bercerita hal anak kerana anak-anak kita adalah kesayangan mereka)
6. Terima teguran seadanya.Anggap saja kita yang bersalah dalam hal ini dan ikhlas menerimanya.
Orang tua memang begitu.Kita sebagai menantu masih darah muda. Selalu fikir kita saja yang betul. Memang kadangkala nasihat mereka sangat susah untuk kita terima tetapi ingatlah wahai menantu-menantu sekalian. Siapalah suami anda jika bukan mereka yang melahirkan..Cuba sayangi mereka seadanya. Nasihat mereka cuba kita terima..Ikut saja rentak mereka kerana mereka adalah orang tua..Hormatlah mereka sebagaimana anda hormat ibubapa sendiri selagi mereka ada didunia ini..Jika perlu ditegur sekalipun tegurlah secara berhemah..Jangan terlalu ikut naluri yang sentiasa memberontak. Wanita solehah..SYURGA tempatnya..Bukankah itu yang kita dambakan??
P/s: Renung-renungkan dan selamat beramal!!Haha..Sayang..sayang..sayang..MAMA..SAYAAAAAANG MAMA..
KB474 CARS PYJAMA
8 years ago
0 saja yang sudi komen:
Post a Comment