Salam to all..
Hai sangatlah lama tak menghapdet blogku ni..bukan setakat dah bersawang aku rasa macam hmm tak tau lagi bahasa apa yang patut aku guna..memang lama sangat rasanya..
Okaylaa entri ni bukan apa sangat pun..cuma nak hapdet sikit kisah seorang lagi permata hati aku..wah gitu.. Kalau siapa yang belum tahu meh aku bagitau sikit..hehe
Tanggal 25 Oktober 2010, aku selamat melahirkan seorang lagi bayi lelaki seberat 2.99kg.. Alhamdulillah walaupun terpaksa bersalin secara ceaser sebab si bujang cilik tu songsang haha..semuanya selamat hendaknya..
Masa scan dulu doktor kata baby girl haha tup tup yang keluar ada pistol..kih kih...tak kisahlah janji semua sihat dan selamat..
So disebabkan awal-awal lagi dah cari nama girl bila yang keluar ni boy terus blurr tak tahu nak bagi nama apa..So tugas tu aku serah pada hubbyku yang setia menemani selama aku berada kat hospital..Atas usaha keras hubby mencari nama sebelum kena denda kalau lambat register maka teruna kecil tu kami beri nama Muhammad Nazran Zakwan..
Walaupun dia tak dapat tengok sendiri kelahiran teruna kedua ni sebab aku operate namun aku bersyukur dengan adanya dia kat tempat menunggu tu..so takdelah gerun sangat..hehe..yang sebenarnya bukan hubby aku je yang tak dapat tengok..aku sendiri pun tak dapat tengok sebab aku dah pengsan..sedar-sedar je perut dah slim river..hehe..memang tak thrill betullaa second deliver ni..
Ceritanya gini nak gak aku cerita kui kui..aku awal-awal memang dah tau anak aku tu songsang. Kira dari 28 weeks lagi dah sonsang gitu..May be by 37-38 weeks dia akan pusing balik..Camtulah harapan aku..Tapi tulah kalau dah ditakdirkan sonsang terpaksalah aku melalui experience baru..
By the time tanda dah keluar tu aku masih tak tahu lagi anak aku dah pusing ke belum sebab last aku scan masa anak aku 35 weeks.Hehe..sempat masuk ofis dan breakfast nasi lemak lagi huhu..Pastu macam dah start sakit-sakit pinggang gitu aku pun mintak hubby aku anta pergi hospital pukul 8.30 pagi. Tak semena-mena aku kena emergency ceaser sebab sah anak aku tak nak pusing pada posisi yang sepatutnya..Doktor bagi epidural (bius separuh sedar) tapi tah macam mana bius tu lambat gila nak bagi respon kat badan aku. Mungkin aku dah pelahap nasi lemak kot..hehe oleh sebab itu aku dibius penuh dan selamatlah doktor-doktor menggodeh2 isi perut aku..Keluarlah budak kecik tu pukul 10 pagi.
Masa keluar dulu Nazran kecik banding abang dia tapi sekarang dah jadi michellin (betul idak aku tulis ni..hehe)Pipi pun dah melayut dan peha berlipat-lipat..Kuss semangat anak aku ni..
Ni lah buah hati kecil aku..
Dec 22, 2010
Melihat Dunia Barunya..
Bebelan saya ain.suliman Jam 12:12 PMJul 7, 2010
My Lil' Ann Diaries Part 2-Susu
Bebelan saya ain.suliman Jam 11:42 AMBaby buat apa pagi-pagi ni? Dah bangun belum..Ok confirm dah bangun sebab perut ibu bergerak-gerak dek tendangan buah hati ibu ni..
Ok hari ni ibu nak cerita pada baby, dulu masa ibu mengandung abang Naufal..ibu tak suka susu..kesian ayah belikan ibu susu Anmum mahal-mahal perisa coklat tu, haram secawan pun ibu tak boleh nak telan..Huish kembang tekak je rasa..Kadang-kadang ayah buatkan secawan untuk ibu minum, kihkih seteguk jek ibu minum pastu dah tak nak dah..Ayah pun tak tau nak buat macam mana dengan ibu ni. Ye lah, ibu sendiri tak ingat bila kali terakhir ibu minum susu lembu tiba-tiba kena paksa minum..Yark..nak muntah..
So ibu request kat ayah minum soya jek..hehehe..soya tak pe..best..nyum nyum..ibu rasa memang sampai abang lahir hehe bergantang-gantang ibu dah telan soya tu..tapi sebab tak minum susu doktor Liza (gynea yang sama check-up untuk baby sekarang ni) bagi kalsium gabak tu..ibu tak leh nak telah sejibik sebijik tu confirm tersekat kat kerongkong. So apa ibu buat..ibu pecah2kan jadi 3 bahagian. Tak pun ibu larutkan dalam air soya yang ibu minum tu..hahaha..entah mana ibu belajar buat macam tu pun ibu tak tau...Sila jangan tiru aksi ini ye..
Hmm bila abang lahir pulak, kulit abang jadi sangat sensitif..(boleh baca entri lepas). Ibu dengar cerita kalau minum air soya memang kulit baby akan jadi macam tu.. So untuk mengelakkan terjadi perkara yang sama pada kulit baby Lil Ann nanti, ibu kuatkan semangat untuk paksa diri ibu minum susu lembu..haha..TAPI ibu boleh telan susu segar UHT tu jek. Lain-lain susu tak minum..Harap-harap ia cukup untuk kalsium baby ye sayang..Mudah-mudahan baby sihat selalu..
Segala yang terbaik untuk baby akan ibu lakukan..InsyaAllah...
Susu baik untuk kesihatan..Oh tak lupa kalau ibu puasa tak sempat sahur makanan berat, ibu amalkan minum susu ni..segar sepanjang hari..
My Lil' Ann Diaries Part 1- Mukodimahnya
Bebelan saya ain.suliman Jam 11:05 AMHai sayang..buat apa dalam sana tu..mesti sayang best je dalam perut ibu tu kan..tenang jek..hehe..Alhamdulillah..Walaupun ibu agak letih sikit bawak baby (eh baby ringan je kot-ibu yang melebar ni hehe) sana sini...bukan tu aje..dukung abang Naufal kik kik (dah nak jadi abang) yang dah boleh tahan debabnye tu..tapi tak pe..ibu tetap sayang dua-dua anak ibu ni.. Selagi ibu terdaya nak bawak dua-dua anak ibu ni, selagi tulah ibu akan lakukan..
Lil Ann sayang,
Kenapa ibu panggil baby Lil Ann yek.. Sebab ibu rasa tu panggilan yang paling sesuai untuk baby buat masa sekarang ni..Lil for Little- Ann for Anne (ibulah tu hehe). Amacam ok tak..Si kecil Ibu..hehe..
Ibu saje nak cerita pada baby, sekarang ni usia baby dalam perut ibu dah 21 minggu. Maknanya kalau ikut perkiraan lagi 19 minggu baby akan lahir tengok dunia, jumpa ibu, ayah dan especially jumpa abang Naufal. Hehe.. Abang Naufal sekarang ni manja sangat tau. Macam paham je yang dia bakal dapat adik nanti..hmm..tapi ibu sayang sangat kat abang. Sama macam ibu sayang pada baby..
Hehe baby pun apa kurangnya aktif betul dalam perut ibu ni..Wah kalau dah tendang-tendang perut ibu macam main bola sepak. Mentang-mentanglah sekarang ni musim World Cup..Hehe..Nak ikut abang pandai main bola eh..hehe..Yang penting sayang ibu sihat dalam sana tu yek..
Buah hati ibu Lil Ann,
Sebenarnya banyak yang ibu nak cerita semenjak ibu disahkan mengandungkan Lil Ann haritu..Tapi ibu rasa cukuplah dulu untuk Part 1 ni.. Nanti senang-senang ibu sambung lagi Part 2 khas buat baby ibu yang sedang membesar ni ok..Salam Sayang dari ibu. Mudah-mudahan sihat selalu ye..
Jul 6, 2010
Happy Birthday Si Buah Hati!!!
Bebelan saya ain.suliman Jam 3:58 PMSalam semua...
Hehe...ayyoyo...apa punye mama la ibu Naufal ni anak dah masuk setahun tiga bulan baru nak update besday anak.. Hehe...tulah..bila penyakit M dah datang di plus-plus kebizian yang sungguh tak terkata (ye ke?) haha maka baru sekarang nak update blok (haha mentang-mentang baru abih discussion pasal blok-blok bangunan dengan entri-entri sekali aku pi buh blok sama) correction -B.L.O.G- :P yang dah bersawang berhabuk bagai..kekeeee...
Fine whatever...ok persiapan untuk celebrate besday anak- 5/4/2010 jatuh pada hari Isnin..Mula-mula decide nak celebrate awal (Ahad) ok no cake segala pada hari Ahad jadi kami decide makan kat Pizza Hut jek (ke Nandos ek?) aiseh..camne leh lupe pulok nih..tak kisah ler yang penting kami makan kat luar lor hari tu..
So tiba je hari ulangtahun anak yang ke 1 tahun, siap-siap lepas balik keje terus amik anak dan order cake dari Secret Recipe..Beli lah topi kon rambu-ramba + trompet kanak-kanak tuh..pet pet whatever segala lah...
Ok malam kami kumpul dekat rumah family mertua kesayangan dan tunggu semua orang balik..Dan celebrate dengan besday mak long Naufal.. Haha..gitulah ceritanya seorang ibu yang eksaited nak celebrate besday anak walaupun anak kurang sihat kesan demam yang berlarutan sampai 10 hari...Apa-apa pun budak tecit tu tetap aktif walaupun kurang sihat..tu yang mak dia beria benor nak celebrate..kih kih..
Lagi satu eh..
Kisah Kehilangan Misteri
Bebelan saya ain.suliman Jam 11:19 AMYa saya akui saya memang dah lama..lama..lama...sangat tak berblog..Hehe..lepas je cerita Naufal masuk hospital terus senyap sunyi tak ada cerita..kih kih.. Anyway ada ke tak de agaknye yang sudi baca blog saya ni ek..ok untuk entry ni saya cuma nak listkan beberapa kisah yang berlaku sepanjang kehilangan misteri ni..ahaks..
Hmm dan setiap kisah akan saya selitkan dalam entri-entri yang bakal muncul nanti eh eh...tunggu yea kawan-kawan..
Ok lepas je Naufal masuk hospital gara-gara infection dekat area kerongkong (agaknye ngee) Naufal sembuh sepenuhnya after discharge dari Hospital..Alhamdulillah.. Sebenarnya waktu tu adalah merupakan ulangtahun yang pertama Naufal tanggal 5 April 2010.. Nak dijadikan cerita kami celebrate juga birthday dia bersama keluarga belah hubby walaupun Naufal tak berapa ceria.. Tak pelah.. Nantilah kita cerita lebih lanjut wokeh hehe...
Tak lama lepas tu..kami pun dah start kemas2 barang kat rumah lama untuk pindah ke rumah baru. Alhamdulillah rumah baru ni kami beli masa baru-baru kahwin dulu..dah pun dapat kuncinya.. Kalau nak diikutkan sampai sekarang rumah baru kami masih dalam proses susunatur perabot etc..macam-macam yang perlu dibuat bila masuk rumah baru ni..hehe..ok part lepas tu kita continue lagi eh eh..
Hahaha sedar tak sedar dengan kehilang misteri yang DISENGAJAKAN ni keh keh..pewot ku pun dah semakin membesar.. Subhanallah bizinye I rupenya anak dalam pewot dah masuk lima bulan lebih daa sekarang..Muncitlaa sikit...tapi kalau pakai baju besar-besar confirm x de orang perasan lagi kewujudan anak dalam perut comel ku ehehe..Ni belum nak cerita lagi betapa conpiusnye kami dengan jantina anak kami..well well..tunggu...tunggu...I tell U later owait..owait..
Masuk bulan Jun saya dah tahu dah orang kat Johor a.k.a. kampung halaman mesti dah sibuk-sibuk...haha..mana taknya anak dara yang tinggal sowang tu akan menamatkan zaman bujangnya tanggal 26 Jun 2010..Haha part ni I memang nak cerita gak kat U all kisah-kisah menarik sepanjang majlis my sis berlansung..cerita pasal kek hmm make up-make up artis bagai...apa-apa sajalah eh..ok ok..coming soon I cerita okeh...
And last part dalam kisah kami is yang mana my sister in law masih belum beranak lagi ni..masa tengah tulis entri ni pun kami masih menunggu berita tentang kelahiran bakal cucu tok mak n tok bah a.k.a adik sepupu Naufal..Dari hari Sabtu sampai ini hari (Selasa 6 Julai) masih kat hospital lagi ni.. Ya Allah, kau mudahkanlah kelahiran anak buahku itu. Amin...sebenarnya tak sabar juga nak tengok gerangan si comel acu tu..Ikut mak ke ayah die..hehe...yang ni I akan update lagi bila si comel tu dah lahir ye...keep in touch...
Ok daaaa...babai U all...Thanks masih sudi baca kisah-kisah kami disini...hahaha...
Apr 12, 2010
Naufalku oh Sedihnya..
Bebelan saya ain.suliman Jam 10:34 AMLama sungguh tak berblog. Yelah bukan apa akhir-akhir ni asyik kena ambil cuti kecemasan je sebab anak bujangku demam tak baik-baik. Makan ubat oklah sekejap lepastu demam panas balik.. Hmm..kesian sungguh.
So Hari Jumaat lepas saya dan hubby pakatlah nak cek Naufal kat hospital yelah ibubapa mana yang tak risau anak sakit lama2 ni. Dah beberapa kali pergi klinik+hospital swasta pun masih tak elok2 juga.
Hmm bila masuk hospital tu macam2lah prosedur nak dibuat. Ambil darahlah, masuk airlah hmm sian tengok budak kecik tu bercucuk2 tangan comel dia tuh. Sedih sangat sampai nak menitik air mata ibu ni. Alhamdulillah dia kena admit pun tak lama. Masuk pagi petang dah boleh balik dah.. Sebab doktor tengok pun kesihatan dia dah mula stabil. Ku tanya doktor sebab apa Naufal demam lama2 ni. Doktor cakap ada jangkitan bahagian atas. (Pemahamanku dari hidung ke kerongkong sebab doktor tunjuk bahagian tulah)
So now bersyukur tak terhingga sebab lepas balik je rumah Naufal dah mula menunjukkan perkembangan yang positif. Suhu badan pun dah kembali normal. So Alhamdulillah sangat-sangat..
Ni dia gambar Naufal masa kena admit hari tu (lena tidur sebelum terganggu sebab nak kena x-ray pulak)
Mar 24, 2010
Naufal and The Little One..
Bebelan saya ain.suliman Jam 9:07 AMHehe..apa khabar semua..mudah-mudahan sihat hendaknya.. Yelah bukan apa..musim-musim cuaca yg agak tidak menentu sekarang ni ramai yang batuk-batuk dan selsema..(sayalah tu antaranya) hehe.. Okay harap-harap semua jaga diri makan minum semua jaga okay..jangan jadi macam diriku yang baru nak start batuk2 nampak buah tembikai wah sangat terliur dan sepantas kilat ku ngap...pastu tidur malam hok hok hok...(batuk tak sudah2) fine padan muka diriku..hahaha..
Okay..cerita tentang Naufal and the little one ni..sekali imbas macam cerita kartun kanak-kanak pulak..Haha pernah suatu ketika terfikir...Alangkah bagusnya kalau duduk saja dirumah tanpa perlu hantar Naufal ke Taska lagi..Hehehe..berangan tak sudah..Lepas tu tiba-tiba terfikir.. Alangkah bagusnya kalau Naufal ada kawan untuk main bersama xdelah dia main sensorang je bila ibu dia buat kerja rumah..Nak asuh anak orang ke..hahahaha tak naklah..nanti apa-apa jadi susah.. Okay masa terfikir ni tak terlintas langsung untuk tambah adik or what so everlah..Okay berangan berangan..
Hehehe...ada hati nak berangan duduk rumah bagai kan..kan..No lah..buat masa ni agak kurang sesuai untuk duduk dirumah sedangkan banyak benda nak kena settle down.. May be one day siapa tahu kan..Selagi diberi peluang untuk berkhidmat akan kugunakan peluang ini sebaik mungkin selain menambah pengalaman (harus ku bantu suami tambah pendapatan)hehehe..
Naufal and the Little One..Hehehe cerita panjang-panjang kui kui..Oklah..La ni tak risau dah sebab Insya-Allah kalau diizinkan Tuhan Naufal dapat kawan baru a.k.a adik baru hahaha..Tu je nak bagitahu..bye semua..
Oh ye kesian Naufal..Bukan ibu @ ayah yang mabuk muntah-muntah ni tapi Naufal pulak yang berjangkit..Eh ada kena mengena ke ni?Hehe kebetulan je ni..
Mar 17, 2010
Rumah baru..Yeay!!
Bebelan saya ain.suliman Jam 8:29 AMRumah baru oh rumah baru!! Macam2 dah terbayang nak decorate rumah baru kami ni.. Hahaha.. Alhamdulillah seperti yang dijanjikan rumah baru kami dah hampir sepenuhnya siap just nak baiki sedikit sebanyak kecacatan yang memang biaselah dialami oleh semua rumah-rumah baru dalam dunia ni. Btw yg tu x kisahlah yg penting kunci pun dah dapat...TAPI arggh!! bila nak masuk rumah baru haruslah ade pitih lebih untuk touch up betul tak!!
First thing first cuba senaraikan barang2 yang sangat-sangat diperlukan untuk rumah baru:-
1) Lampu & kipas- ok yang ni teramatlah penting kalau tidak ada harus bergelap dan berpanasanlah.. oh yang ni sangat mustahil kalau tidak ada.. check
2) Grill pintu dan tingkap- haha ciri-ciri keselamatan yang paling diutamakan sementelah berada di atas kayangan..oho anak kecil yang hobi barunya suka panjat2 sangat mustahil kalau tak pasang grill ok. check
3) Langsir- Hmm langsir langsir langsir...sepatut dan sememangnya harus ada.. Kalau tidak adoi nak bagi orang kat luar tengok reality show kah? hahaha... check
4) Perabot- yang ni boleh skip sebab semua dah ada..
5) Kitchen cabinet- yang ni suka hati..nak letak pun boleh tak nak letak pun xpe.. yang penting ONGKOSnya haruslah ada... check
Barang-barang yang harus diberi perhatian kalau nak decorate rumah.
1) Cat rumah- alahai hajat di hati nak buat feature wall konon2 hahaha.. ok xpe check dulu
2) Pasu bunga + bunga-bungaan yang cantik- ok sikit2 buleh ler... x minat sangat letak banyak2 nanti jadi taman bunga..hehe
3) Barang2 dalam bilik baby/kanak-kanak- Hahaha bila dah ada anak haruslah ada bilik sendiri. Hmm akan ku pikirkan macam mana nak hias bilik Naufal nanti..
Ahahaha semua ni angan-angan belaka.. nanti kalau dah jadi kenyataan akan ku tempek gambar2 dalam entri yang akan datang okeh.. Buleh buat majalah online Anjung Seri Annedestiny..hahahaha...
Gambar? Hahaha gambar rumah x siap malaslah nak tempek..kui kui..daa korang..
Mar 10, 2010
Our BlogShop is Launch!!
Bebelan saya ain.suliman Jam 1:52 PMHaha apa khabar semua? Sihat ke? Alhamdulillah ya.. Entah apa busy memanjang sampai SANGAT tak sempat update blog lately.. So sorry ye pengunjung setia annedestiny ni.. So macam yg dijanjikan, blogshop saya dan bisnes partner a.k.a besfren Cik Nafisah tu sudah pun dilancarkan..
So apalagi kawan-kawan semua..jangan tunggu lama-lama ok. Opening promotion kami valid sampai 1 May 2010 tau. Semua harga sangat berpatutan tahu.. (Our diskaun rate at almost 15% for all item RM20 and above). Tak payah susah-susah kira. Kami dah letak pun harga after diskaun ok. Haha..
So antara baju-bajunya seperti ini...
CONTOH HAMPER KAMI
New Born (Girl) Gift Hamper
Ops! Hamper ni boleh self pickup atau kami hantar sendiri (free delivery) tapi certain area KL jelah..
Apalagi.....Lawat blog kami ya di TeenyBopper Shop..
Okay dah babai..Salam semua okay!!
Mar 2, 2010
Ucaplah Alhamdulillah!!
Bebelan saya ain.suliman Jam 4:00 PMHehehe last update 23 Februari 2010. Harini 2 Mac 2010. Melihat pada kalender 7 hari sudah ku tak update blog yang satu ketika dulu sangat-sangatlah aktifnya.. Kalau dikira post yg dah ku publish 83 hendaknya since Nov 2009. Wah sangat banyak rupanya..
Itulah penulisan blog ni ada pasang surutnya. Bukan tak sudi nak update lagi oh tidak sama sekali tetapi MASA/PERCAMBAHAN IDEA tidak mengizinkan. Wah ayatku sangat bombastik gitu haha.. Tapi Alhamdulillah kalian masih sudi menjengah..Terima kasih semua..
Well Sabtu lepas selepas follow-up dengan doktor mengenai tahap kesihatan anakku Naufal, Syukur Alhamdulillah doktor mengesahkan paru-paru anakku sudah kembali normal dari kejahatan kuman2 yang menyerang. Dan berita baiknya selsema batuk yang x sembuh2 dari masuk taska sehingga ketika dia dimasukkan gas kini dah beransur pulih.
Okaylah nothing much to say...
Feb 23, 2010
Our Blogshop is launch!!
Bebelan saya ain.suliman Jam 2:16 PMWaduh2!! Busy banget belakangan ini. Sungguh tak sempat nak update blog. Maaflah kawan-kawan. Dah lame ku tak menjengah blog kalian semua..hehehe..
Ini semua gara-gara pembukaan blogshop kami iaitu teenyboppershop.blogspot.com..Haha nampak tak banner Mickey&Minnie yang comel cute kat belah kanan tu..Hahaha...Waduh!! sangat sibuk tau..Sila lah menjengah..Belum banyak sangat barang..Yang lain masih dalam pencarian..hehe..
Bukan itu aje.. disebalik kisah suka terselit juga kisah duka untuk kami sekeluarga iaitu atuk hubbyku sudah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada Ahad lalu. Al-Fatihah disedekahkan untuk Tok Bah.
Waduh waduh2..Kelmarin anakku si Naufal Zahran pulak kena masuk gas macam orang tua-tua. Maklumlah..selsema batuk yang berbulan-bulan ni rupenya doktor kata paru-paru mungkin dah masuk kuman. Ya-Allah.. Mudah-mudahanlah anakku sembuh cepat. Risau betul baby2 ni sakit lama-lama. Yelah budak kecik mane tau nak buang kahak ni..Kesian pulak tengok dia. Korang doakan anakku tak ape2 ye..
Okaylah..Setakat ni jek nak update kot.
Okay korang..nak bagitahu ni..Jadilah kami punye Exclusive Member. As an Exclusive Member, you are entitled to enjoy our discount rate during TeenyBopper Shop's SALE SEASON. Okay malas nak cerita panjang.. Nak tahu sila layari blogshop kami ok.. Bye semua!!
Feb 18, 2010
Danga Bay, JB
Bebelan saya ain.suliman Jam 8:47 AMHahaha...Sangat lama bercuti sampai tidak sempat update blog..huhu...
Well siapa pernah pergi JB mesti tahu tempat bernama Danga Bay atau melayunya Teluk Danga.. Okay.. walaupun sesekali je balik rumah mak berkumpul adik beradik adalah sangat sesuai untuk ke tempat sebegini..enjoy tau..
Bagi sesiapa yang single mingle (means tak bawa kanak-kanak kecik) nak jalan-jalan kat JB I think kat sinilah tempat yang paling sesuai. Macam-macam tau ada fun fair lah, aktiviti riadah-riadah, aktiviti cuci-cuci mata, oh kalau nak sewa basikal 4 roda 4 tempat duduk pun boleh.. Sangat enjoy tau..Oh tempat ni tepi laut tau..Ada cruise (bukan Tom Cruise tau tapi kapal cruise) yang berlabuh kat sini.haha
Tapi tak sempatlah nak snap banyak sangat gambar sebab malam haritu kami pergi bahagian jual-jual jek. Nice lah sesekali pergi. Memang tak rugi tau tapi bahagian ni korang kena pergi waktu malamlah baru siok.. Jom-jom kita tengok nak..
Mula-mula naik motor besar asyik terantuk je so tukarlah panda pusing-pusing ni.
Baru nak posing haha dengan panda muka lawak gila
Smiles....
So siapa-siapa yang berkunjung ke JB jangan lepaskan peluang ke Danga Bay OK.. kalau dulu tak tahu destinasi mana nak tuju dekat JB (memang tak de yang menarik sangat pun kat sana) so sekarang confirm kena pergi sini OK.. TAK RUGI tau..Gerai-gerai ala uptown ni pon memang berpatutanlah harga barang-barangnya. BERBALOI-BALOI..
Feb 11, 2010
Sudah Namanya Rezeki
Bebelan saya ain.suliman Jam 10:57 AMWah hari ini sangat penat ok!! Sudahlah kerdil ditambah-tambah pula si kurus melidi ini masih mampu menggendong haha *gendong tu macam bawa anak pula ye* fail yang berdozen-dozen turun naik tangga.. TIPU!! Fail cuma 3 tapi berat nak tut!!OOPs..melepas/terlepas...
Okaylah.. entri ini bukan nak cerita pasal fail ke gendong ke atau apa jua yang senasib dengan perenggan di atas tapi nak cerita pasal rezeki.. Rezeki.. Selalu orang cakap "alah belum rezeki nak buat macammana!"
Betul!! Kita pun kadang-kadang cakap benda yang serupa terutamanya masa menanti kehadiran zuriat dari rahim kita atau masih menanti kerja yang boleh memuaskan hati kita..*contoh je tu*
Kadang-kadang sudah berusaha sedaya upaya bertahun-tahun lamanya tapi impian yang kita harapkan masih belum menampakkan hasil.
Pernah suatu ketika dulu seseorang pernah berkata yang mana 'Jangan terlalu mengharap kerana harapan yang terlalu tinggi itulah yang akan mengecewakan kita' Yes betul!! Jika kita terlalu mengharap dan tidak menjadi kenyataan..aduh!!! mesti macam nak terjun laut biar kena makan jerung...hahahaha TIPU LAGI!!! Jangan gitu eh..Nanti dekat akhirat .........*fikir sendiri boleh*
Wah mana cerita rezeki yang aku nak kabonye ni!!!...Okay.. Senang cerita begini.. Kita nak sesuatu..Nak sangat.. Fine..Tapi lebih baik/elok jika kita tidak terlalu memikirkannya KERANA jika memang ditakdirkan sesuatu itu akan menjadi milik kita suatu hari nanti maka ITULAH NAMANYA REZEKI. Ia tidak kemana-mana.. Percayalah.. Rezeki itu akan datang tapi dengan usaha dan tawakal okey.. Tipu lerrr kalau okay aku nak itu!!! CAK!!! depan mata.. Dekat Syurga yes..
Hahaha tapi kalau orang sekeliling kita mempunyai deria rasa ke enam *kebetulan* ke??Macam tahu2 je aku nak benda tuh!!Hahahha..Sudah namanya rezeki...
pssst: Rezeki anak Alhamdulillah bisnes ku yang kecil-kecilan ini ada perkembangan positif.. Khabar gumbira!!!
Feb 10, 2010
Million Thanks to Best Fren!!
Bebelan saya ain.suliman Jam 1:31 PMHahahaha tukar template lagi..hahaha...simple but tomei-tomei..
Puas menggodeh-godeh (maklumlah buta IT) hahaha... si best fren ku ini rupanya tahu suara hatiku.. Dah cukup ayat bunga-bungan dan buah-buahan..
Icah.. thanks so much sebab entri kau ini telah mengubah aku menjadi seorang yang celik IT..hahaha
Short entry saja..bye korang
Tips Hilangkan Bosan dan Mengantuk!!
Bebelan saya ain.suliman Jam 10:36 AMHallo hallo Assalamualaikum...
Ngantuk ke hari ni? Bosan ke tak ada kerja nak buat? Haha.. Saya ada tips macammana nak hilangkan bosan dan mengantuk.
Pertama korang mesti settlekan semua kerja sampai korang cakap "Okay semua dah complete..apa nak buat lagi eh!!"..Kalau masih ada kerja yang tertangguh cepat-cepat siapkan okey..
Kedua korang berdiri dan regangkan segala sendi-sendi yang ada dalam badan korang.
Ketiga pergi basuh muka atau jalan-jalan (naik turun tangga pun satu senaman juga)
Keempat login facebook untuk cucuk tanam ke draf blog bagai sampai rasa nak muntah!!
Kelima borak-borak dengan ofismate (jangan bergosip pulak tak elok)
Keenam makan gula-gula sambil main game Zuma..hahahaha
Hahaha...ikutlah korang nak buat apa pun yang penting kerja (1st priority) jangan tangguh ok!!!
Feb 9, 2010
Baby Leggings
Bebelan saya ain.suliman Jam 1:10 PM"Legging oh legging apa bende ni?"..Okay nilah ayat saya bila dengar perkataan legging buat pertama kalinya.. Haha sila kasihan dengan saya.. Siapa suka tengok baby pakai legging yang kiut miut dan terasa ingin memilikinya sila angkat..haha.. Sebab saya ada menawarkan harga legging yang sangat berpatutan.. Betul ni!!!
Wah wah sekarang ni annedestiny dah buat bisnes pulak ke?? Wakakaka... Ya!!! Saya dah mula berjinak-jinak dengan bisnes tahu.. So untuk pembukaan bisnes annedestiny, saya ada menawarkan harga legging baby yang lebih murah daripada harga pasaran online yang lain..
Okay bagi gambar dululah.. TARAAA (New arivals)
80 (6-12 m), 90 (12-18m),95 (18-24m)
A 80 (sold out), 90 sold out
B 80 sold out
C 80 sold out
D 80 sold out
E 80 sold out
F 80 sold out
RM 16 /pcs
(For 2 or more, RM 15 /pcs)
Okay buat masa ini saya hanya ada stock baby legging sahaja. Dan saya mengalu-alukan tempahan anda jika anda berminat.. Sila email saya noraini.suliman@gmail.com dan saya akan berikan butiran selebihnya..
InsyaAllah lepas Chinese New Year saya akan menambah stock (saiz dan design lain) jika ada yang berminat okey!! Just let me know... Blog bisnes saya akan menyusul tidak lama lagi..hahaha
Semua sudah sold out yeah..ada sape2 lagi nak hoder kah?
Feb 8, 2010
7 Wajah Serupa
Bebelan saya ain.suliman Jam 9:25 AMAssalamualaikum annedestiny walker..
Haha tiba-tiba ia menjadi tanda tanya pada diri saya. Okay by the way seumur hidup saya..saya pernah jumpa seorang saja yang muka seakan mirip saya. (Sebenarnya saya sendiri tak tahu) tapi kalau sampai orang tersilap panggil apa nak di kata lagi. Sah sah lah muka saya sebiji dengan muka dia betul tak..
Haha tapi macammana pula kalau wajah kita serupa dengan orang bukan Malaysia ya?.. Orang putih kah?? Haha amatlah jauh sekali kan.. Boleh dikatakan amat mustahil kan. Fine apa kata kita lihat perbezaan muka 2 orang ini. Miripkah mereka??
psst: Tak dinafikan ramai yang beritahu wajahnya seakan mirip Jericho Rosales. Tapi adakah ia fakta atau auta..hahaha..
Feb 7, 2010
My Love Song..How About Your's?
Bebelan saya ain.suliman Jam 11:31 PMSalam all..
Feb 6, 2010
Kenapa Blog Ye?
Bebelan saya ain.suliman Jam 11:16 AMCuti tak jalan-jalan ke? Haha saya tak kemana pun. So bila anak dah tidur bolehlah berblog sekejap.. Kenapa suka blog ye? Ada banyak sebab kenapa kita berblog kan.. Ada yang blog untuk suka-suka (macam saya cheww).. Ada yang blog untuk bisnes (duit..duit..)dan ada juga berblog untuk meluahkan perasaan..Aeww..(jangan terlalu obvious untuk meluahkan perasaan ok)
Nak jadi blogger yang glamour ke? Hehe tak pernah terlintas di hati pun.. Tapi kita akan rasa seronok dan teruja *sedikit* bila tulisan kita ada yang sudi menjengah.. betul tak..
Tapi macammana agaknya nak mantain penulisan agar tidak bosan dibaca?? Haa yang ni penting tau.. Pelbagaikan skop penulisan.. Jangan asyik bercerita tentang sesuatu yang spesifik saja. Contoh*contoh* saja tau.. Hari ini pakai kasut putih. Esok pakai kasut merah. Lusa pakai kasut hijau.. (Okay yang ni melampau sebab mana ada orang cerita pasal kasut je..haha)
Baiklah sayangku semua aww love u tau sebab masih sudi membaca sehingga perkataan love u..haaha.. Bagi saya..saya tidak berapa pentingkan kuantiti pengikut di side bar ( sebenarnya bukan semua pengikut/follower itu mengikuti penulisan anda) sebaliknya saya lebih teruja bila ada kawan-kawan di luar sana yang menjadi pengikut dalam diam..Fine yang ini memang pengikut setia (mana tahu..hehe nuffnang of course).. Oh lupa lagi satu bila search engine dan seseorang itu menemui sesuatu maklumat di dalam blog ini (ini yang menjadi kepuasan yang sebenarnya tahu!!!)
Okaylah entri ini bukanlah tips macammana cara nak menjadi blogger hebat oh tidak sama sekali. Tetapi ia lebih kepada kenapa anda berblog?Apa tujuan sebenarnya.. Bagi saya selain untuk suka-suka dan mengisi kebosanan *kalau dapat duit darinya itu bonuslah* mungkin juga sebagai medium untuk manambahkan fungsi otak.. (ternyata bukan mudah untuk mencari idea-idea baru setiap hari okeh)..
Haha so jutaan terima kasih kepada anda yang sudi menyinggah blog annedestiny dan saya sayang kamu semua!!! ^x^. oh sejuta kemaafan juga dipohon kalau-kalau ada yang terbosan membaca blog ini ya.. (hehe macam dalam kad hari raya pulak aisehhh)
Feb 5, 2010
Berat Badan Ideal (kah??)
Bebelan saya ain.suliman Jam 8:51 AMSiapa nak kurus angkat tangan!! Jangan- jangan kurus itu sangat tidak sesuai okeh. Guna ayat sedap sikit.. Siapa nak berat badan ideal cepat bagitahu!!
Okey berat badan ideal. Sekarang tak ideal ke? Hahaha.. Saya tahu berat badan kamu semua sudah ideal jadi sila tinggalkan entri ini.. Oh joking-joking.. Pertama sekali nak tahu kamu normal atau tidak sila kira BMI dulu. Caranya begini..
i. Pertama timbang berat badan anda dalam unit kilogram dan tinggi anda dalam meter.(Berat 37 kg tinggi 1.45m*aduh!! orang kerdil ini ada hati mahu kira BMI)
IJT (Indeks Jisim Tubuh) = Berat (kg)
Tinggi (m) x Tinggi (m)
IJT (Indeks Jisim Tubuh) = 37 kg
1.45*1.45
= 17.61
Sekarang sila lihat jadual
Jika IJT (kg/m2) anda … | Bermakna anda adalah… |
Bawah 18.5 | Kurang berat badan |
18.5-24.9 | Dalam julat normal |
25.0-29.9 | Berlebihan berat badan |
30.0 ke atas | Obes (gemuk) |
Fine...DAH TAHU LAGI NAK KIRA!!! Sob sob..kurang berat badan..:( Tidak normal hahaha)
Jadi sesiapa yang rasa-rasa BMI lebih daripada 25 sila amalkan ini..
1. Kurangkan memakan makanan yang bergoreng, berminyak dan bersantan.
2. Lebihkan pengambilan sayuran, ulam-ulaman dan buahan. Ia berkalori rendah dan membuatkan anda berasa kenyang lebih lama.
3. Pilih atau sediakan makanan dengan cara mengukus, merebus, memanggang dan jika perlu menggoreng, gunakan sedikit minyak sahaja.
4. Kurangkan minuman manis, gantikan dengan air kosong dan minum secukupnya (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
Siapa yang sama kategori dengan saya sila terbalikkan amalan diatas... Hahaha lawak ini tak bagus.. Jangan jangan buat begini..
TAPI CUBA YANG INI
2. Bahagikan jadual pemakanan anda jika anda tidak boleh mengambil jumlah makanan yang banyak .Anda boleh makan nasi , mee ataupun roti sebagai makanan utama dengan berlaukkan ikan/ayam/daging berserta sayuran dan buah-buahan. Makanlah sandwic, pau ataupun bubur (bubur kacang) sebagai snek.
3. Sekali sekala makanlah makanan yang berkalori tinggi seperti martabak ataupun burger telur/keju untuk menambahkan pengambilan kalori anda.
4. Pastikan anda minum susu segar setiap hari(bukan susu pekat manis!). Jika kurang selera , tambahlah dengan pengambilan multivitamin dan vitamin B-komplek dalam diet anda.
Feb 3, 2010
Contest Mister Potato hahah!!
Bebelan saya ain.suliman Jam 10:57 AMSila lihat website MISTER POTATO sekarang!! Ada contest baru lah weh.. Hehe soalannya agak menguji minda tau terutama yang sudah bertahun-tahun meninggalkan zaman sekolah atau universiti (sesiapa ambil kertas matematik tambahan adalah bonus untuk anda tapi kalau ambil kertas matrix dan algebra*seperti diriku* tidak ada kena mengena okeh).. hahah melebih-lebih..
Cheww cuak cuak.. mana ada susah saja je bagi korang panik sekejap.. actually dia saja je bagi korang bermain-main dengan nombor.. Tapi kalau korang memang dari zaman sekolah rendah fobia dengan angka bernombor atau nombor berangka *saja bagi korang makin pening haha* mungkin kurang sesuai kot..
So now dah tengok belum website yang ada abang bermisai gulung (Mister Potato), abang kurus melidi yang bermisai terkena kejutan elektrik (Ortega) dan 3 orang kerdil yang so cute juga bermisai itu(3 Mariachis)?? Laa belum tengok lagi ke!! Jom jom kita cek ia di luar haha boleh eh dalam bahasa gitu...
Dapatkan satu kad yang mempunyai kod sms seperti gambar dibawah
Daku blurkan ia sebab kad itu daku yang punya..haha
Dan jawablah soalan-soalan dari Encik-encik abang bermisai itu..
Sila sediakan kalkulator yang ada converter itu yehh!! Atau pandai-pandai congak ke kalau awak seorang yang HEBAT!! Haha..
Jawapan dah ready!!! Tapi nantilah nak hantar sms tu.. Tarikh tutup 31 Mac 2010..Ada masa lagi..hehehe..
Besarkan lagi tau bagi korang tengok!!
Fine.. baca T&C lah dulu macammana cara nak menang okeh!! Bye korang..Semoga berjaya dengan angka-angka (bukan ungka itu dah lari topik tau)
Feb 2, 2010
Naufal In da House!!
Bebelan saya ain.suliman Jam 8:49 AM(Wah ada sikit2 macam cikgu bagi salam ni) haha..
Pagi ni saja nak sembang-sembang aktiviti Naufal dekat rumah. Hari tu dah cerita Naufal dah boleh duduk sendiri walaupun dia belum pandai merangkak. Tapi kebelakangan ini Naufal dah boleh merangkak sikit-sikit (sebenarnya dia memang dah pandai tapi saje je tak nak merangkak).. Mungkin dia lebih suka jadi askar kot sebab pergerakan dia laju macam lipas kudung (sukehati aku cakap anak macam lipas haha)
Sila abaikan barang Naufal yang merata-rata itu yehh!! (Dan alas meja yang baru di angkat dari ampaian haha)
Lagi satu kebolehannya sejak usia 9 bulan.. dia suka panjat-panjat perabot/pintu/dinding/kotak /manusia.. Haaa manusia tau hehe.. Kadang-kadang abang-abang dan kakaknya pun dipaut juga.. Apalagi terjerit-jerit mereka takut adiknya terlepas.. Ceh macam aku dah beranak ramai jerr.Hahah.. Okaylah kanak-kanak itu (abang-abang 6 dan 5 tahun , kakak 4 tahun) ialah anak-anak buah belah hubby yang bagaikan adik beradik Naufal *tapi lain ibu dan ayah* saja..
Sewaktu dalam cubaan untuk memanjat
DAN BERJAYA YES!! (senyuman kebanggaan terpancar disitu)
Lepas penat terus tidur sambil berdiri zzzzzz.... haha joking-joking..tu lah tak nak diam ibu snap pun dah blur-blur je gambar..
Last but not least... MY HERO!!!
Saling tak tumpah macam si abang Muhammad Danish Aiman (6 tahun) masa baby dulu *masa ni je lah yang obvious *..haha