Dec 29, 2009

Bila hati runsing..mulalah..

Hari ni rasa sedih sangaaat!!Tak tahulah apa yang nak disedihkan sangat tu..hmmm...tak payah lah bagitahu..simpan dalam hati je kot..Yang penting nak bagitahu 'adios online shopping'..kena tipu ke? BUKANLAH..tapi... hmm..takpelah..malas nak bagitahu..moral of the story kalau nak beli barang tu pergi jelah kedai..belek-belek bagi puas hati..ok..Eh!!macam tak ada kena mengena pun dengan 'rasa sedih' seperti diatas..Yang tu keep in mind je lah..tata titi.tutu..

My telenovela kunun2 hehe baru ada 3 entri eh..Yang lain ada!!Tapi masih save in draft lagi..nak finalize edit-edit baru publish..letih juga nak update tu..SO BANYAAAK LAA ENTRI nanti...sebab dalam word satu page untuk satu entri..kalau satu episod ada 4-5 pages??So 4-5 entri jugalah jawabnya..Siapa-siapa yang sudi baca tu nak continue ke eh?? hehe..so tenkiu for those yang sudi ngeh ngeh..

Tiba-tiba rasa nak beli satu jam tangan.Yelah dulu ada 2.Salah satunya adalah my hantaran perkahwinan.Tapi sangaaaat sedih sebab pencuri durjana telah merembat my Sayang Valentino tu..Heh Valentino ke nama dia??Kena tengok balik jam En Kesayangan ni.. Tiba-tiba macam hilang ingatan pulak tapi sure start with 'V' yang tak boleh lupa hehe..

Rasa-rasa yang ni ok tak?





Dec 28, 2009

Permintaan Hati (episod 2..bhg 4)

“Yelah..aku dengar ni.."bentak Raudhah lagi..

“Semalam aku dengar yang abah minta izin mama nak lepaskan mummy..Abah tanya pendapat mama dulu"
Terbeliak mata Raudhah mendengarnya..Suka ke?Gembira ke?Atau sedih?Raudhah pun tak tahu mana satu perasaannya tatkala itu..

“WHATT???Takkanlah sampai macam tu sekali??Habis budak-budak tu mummy nak bawa balik Switzerland ke??Sedihnya..."Bungkam Raudhah.

“Shhh!Kak janganlah pekik kak..Nanti mama dengar dia sedih lah..Sebenarnya cerita ni aku tau dah sebulan lebih dah kak..Tapi mama tak tahu yang aku dah tahu ni..Biasalah aku kan reporter a.k.a. investigator gitu..Aku terbaca email mummy bagi abah masa aku masuk bilik komputer haritu..Aku biasalah nak update-update blog akulah kan..Tiba-tiba aku nampak email tu sebab abah lupa nak logout kot..Macam nilah lebih kurang ayat dia..Aku translate dalam bahasa jelah ek..kakaka..

Dear darling..(Wah gitu!!)

I sebenarnya masih sayang lagi perkahwinan kita. Tapi I tak tahu macammana nak beritahu U darling..I rasa hubungan kita dah tak macam dulu..I rasa jauh sangat dari U. U pula lebih pentingkan family U (1st wife) dari I. Anak-anak pula dah sayang sangat dekat mama dia..I ni dah macam bukan mummy mereka lagi dear..I pun tak tahu di mana silapnya..I memang rasa dah jauh hati sangat..I hope U tak kisah I pulang ke tempat asal I. I cadang nak bawa anak-anak tapi mereka tak mahu..Mereka lagi suka dengan mama merekalah dear..Lagipula Rayyan dan mula sekolah di Malaysia..I berat hati juga nak tinggalkan U all tapi hati I ni tak tenang lah dear..I minta Izin untuk tenangkan hati I bersama dengan insan-insan yang sayangkan I (my parents).I dengar juga yang mom selalu sakit-sakit rindukan I and the kids..Lagipula kita setahun sekali saja pulang ziarah mereka..I rindu sangat dengan mereka..Sayang..kalau U masih lagi sayang I U lepaskan I. Anak-anak U boleh jaga. I tak halang..U boleh hidup tenang dengan family U and I with my own way..Our 6 years old marriage is OVER dear..Please let me go.


Broken heart
Sarah Adam

Raudhah terdiam mendengarkan bait-bait kata yang diungkapkan oleh Raihana.sangat menyentuh hati..Raihana memang gembira kerana dia tak berapa berkenan dengan mummynya itu tapi Raudhah..Raudhah sayangkan mummy walaupun mummy hanyalah ibu tirinya..Dia masih ingat waktu kecil-kecil dulu masa mama sakit hampir sebulan lamanya, mummylah yang selalu menjenguk Raudhah di asrama..Bawa makanan dan selalu bawa Raudhah ke hospital berjumpa mamanya sekalipun mummy sarat mengandungkan Rayyan..Abah pula terpaksa bekerja siang malam untuk menampung kos perubatan mama yang menelan belanja ribuan ringgit..Raihana pula tidak pernah menghargai kebaikan ibu tirinya itu. Baginya mummy lah yang bersalah kerana merampas abah dari mama sehingga mamanya jatuh sakit..Walaupun Raudhah telah menerangkan berjuta kali tapi hati Raihana memang keras..

Permintaan Hati (episod 2..bhg 3)

"Pastu kau dah declare ke belum ni?"

"Uisy kak takkan ar nak terus declare kak..aku nak buat-buat jual mahal dulu..tapi aku rase dia tau aku suka gak kat dia coz takkan aku susah-susah nak jumpa diakan semalam..dahla aku memang payah nak layan jantan-jantan nikan..Hehe...Aku suka ar dia macam rayu-rayu gitu kat aku...

"Ah poyo ar kau Rai...Meluat aku dengar..kau tu pun sama poyo macam mamat tu gak..Eleh.."Raihana mencebik..kemudian dia sambung lagi..

"haha aku poyo kan kak..tapi aku memang ar dah mula suka kat dia dah tapi dia suka kacau-kacau aku tu yang aku nyampah gak..hehe..Tapi nape ek aku cam suka gak kat dia kak...May be next weeklah aku bagitau..Aku nak test dia sikit-sikit dulu..barula ade cabaran..haha"

“haha yang tu aku suka..Rai kau kalau suka kat dia pun kau kena pikir panjang-panjang..selidik dulu latar belakang dia kot-kot mafia ke..haha..lawak jek...jangan terus declare..aku taknak kau frust menonggeng je bila dah cintan cintun habis..isy meluat gak aku ni..haha.’Raudhah membuat gaya jeluak.

“Tu lah yang aku risau ni..Aku nak la kenal-kenal dia dulu baru ar declare..Kak kau ni pun satu.Tak kan tak de pakwe lagi kak..Umur kau tu pun dah lanjut..Takkan sorang calon pun tak de.Nanti jadi anak dara tua baru tahu’

“Hello cik adik..kata aku umur dah lanjut..kau tu pun sama je..Aku bukan apa lah Rai..Masalahnya bukan lah takde orang yang tackle aku..Kat kampus tu melambak-lambak jantan yang sibuk sms aku..Tah mane diorang dapat nombor aku pun aku tak tahu..Tapi aku ni malas nak layanlah..Macam aku desperate sangat je nak layan semua..Aku ignore je bila dapat sms kata nak berkenalanlah..Eiii!!Geli akulah..Aku lebih prefer orang yang matured..Take care aku gitu-gitulah..Takat nak buat stock pakwe makwe ni memang aku tak berkenan langsung.."Jelasnya panjang lebar..

“Kahwin dengan datuk jelah kak..Memilih betul kau ni.."sindir Raihana lalu mencebik.

"Hello!!Dah memang bukan taste aku takkan aku nak layan..haha" bentak Raudhah.

“Eh betul gak eh kak..kalau bukan taste kita buat apa nak layan kan..kan..Entah macammana la aku boleh berkenan dengan mamat psyco tu.Isy..Ajaib sungguh!!’Ujar Raihana lalu baring di sebelah kakak kembarnya itu..

Melihatkan antara satu sama lain memang agak berbeza. Raudhah sikapnya lebih berdikari dan tegas. Rambutnya dibiarkan pendek layer..Senang untuk diuruskan dan apabila keluar rumah Raudhah lebih selesa menutup auratnya dengan tudung..Manakala Raihana lebih funky dan kecoh sedikit..Dia suka mengenakan make up dan dibiarkan rambut yang melepasi bahu terurai saja..Lebih vouge gitu walaupun tubuh langsingnya agak kurus sedikit berbanding Raudhah..Raudhah lebih suka mengenakan make up nipis saja.Baginya kecantikan asli lebih penting..

“Tadi kata ada bad news.Apa dia?’Raudhah memaling muka ke arah Raihana.

“Kau kata taknak dengar..’Raihana mengangkat kening..

“Aku dah readylah ni nak dengar.Ceritalah..’Raudhah mencubit pipi Raihana..

“Betul nak dengar eh..Okaylah..aku cerita ok.Tapi kau jangan nak sentimental lak tetiba"

Permintaan Hati (episod 2..bhg 2)

“Kakak!!!”jerit Raihana manja.

“Hisy kau ni Rai..terpekik dari tadi ni apa hal??”Raudhah memuncungkan mulut dan berkerut dahi..


“Alah kakak ni..ingat lawa sangatlah muncung-muncung tu..Aku buat sangkut baju baru tau haha..”Raihana mencebik..Raudhah tersengih..


“Ha..yele..aku senyum dah ni..nape..kau ade hot story ke nak bagitau aku ni..Dari pagi tadi sibuk memanjang..”Raudhah menatap mata adik kembarnya itu…Raihana membetulkan kaca matanya lalu memberi fokus kepada Raudhah..Rambut yang melepasi paras bahu diikatnya kemas..


“Aku ade dua hot story ni kak.Satu good news satu bad news..Kak..kau nak dengar mana satu dulu ni kak?”Raihana memulakan bicara.


“Isy ape bad news ni..tak sukalah dengar..Good news dululah”Raudhah suka melayan kekepohan adik kembarnya itu.


“Kak kau ingat tak mamat yang control macho nak mampus yang kecoh suruh aku buat advertisement pasal contest menari tu kak..pastu aku gaduh taknak buat pastu aku suruh kau tolong aku buat tu..ingat tak??”Raudhah cuba mengingati.Tak silap hal ni memang dah lama berlalu hampir setahun yang lalu.


“Haa okay ingat dah..napenyer?Kau kan tak suke gile ngan mamat tu kan?”


“Tu yang aku nak citer ni kak..Kau tau tak mula-mula aku ingat dia memang poyo nak mamp** tak sedar diri suka arah-arahkan orang buat tu buat ni...Memamg mula-mula aku hangin gila dengan dia kak..Nampak dia memang meluat sangat kak..Dia selalu gelakkan aku menari macam kayu..Alah macam bagus sangat..tapi memang bagus pun..Aku admit gak tu..aku gak yang poyo-poyo nak menari-nari sakan sampai aku pernah terpijak kaki dia..Padan muka dia..Haha..pastu kak kitorang masam-masam muka macam hampeh kan kak rupanya dalm diam-diam dia ade hati kat aku kak!!Tu yang aku macam nak bagi penumbuk sebijik kat dia tu..haha”terang Raihana panjang lebar..


Raudhah terkekeh-kekeh..Dia tahu walaupun adik kembarnya suka kutuk-kutuk mamat yang namanya Fazrul tak silap tapi dalam hati adiknya memang ade menaruh hati sikit pada budak tu..Sebabnya bukan main lagi dia bercerita tapi tak nak mengaku..Pernah juga Raudhah terlihat gambar mereka menari sewaktu mereka berlatih bersama.Okay boleh tahan..Macam Awal Ashari gamaknya..

“Weh..kau ni kata good news tapi kutuk-kutuk apasal?”

“Heheh..Alah aku malu ar kak nak citer kak”


"Alamak citer jer lah..Aku tau kau sebenarnya pun ade hati gak eh..Tapi tak nak ngaku kan..kan..cakap jelah” Raudhah memberi respon.


"Heheh kak..kau jangan gelak eh kak..Kelmarin sebelum balik sini dia call aku kak..Dia kata nak sangat jumpa aku semalam..So aku pun poyo-poyo ar konon-konon jumpa dia..walhal sebenarnya tu ehem..ehem..dia propose aku jadi awek dia kak..Dia kata lama dah dia nak cakap dari semester lepas lagi tapi aku macam wat tak tau je tu yang dia cam takut nak bgtau..Last-last dia suka kenakan aku n gelak-gelakkan aku kata aku menari macam kayu la tah pape tah..Rupanya tu taktik dia je nak ngorat aku..haha..lawak tak kak??”

Raudhah ketawa terbahak-bahak..

Permintaan Hati (episod 2..bhg 1)

Episod 2

Lagu dendangan kumpulan Radja ‘Lepas Masa Laluku’ memecahkan keheningan subuh hari…Raudhah perlahan-lahan membuka mata yang sangat mengantuk..Keletihan perjalanan semalam masih lagi berbaki..Lalu ditarik selimut tebal untuk menyelubungi diri..pantas ditarik Raihana…
“Kakakkkk bangun!!!Jangan tidur lagi”Pekik Raihana kegirangan...Raudhah membuka mata yang malas..Kacau betullah budak ni..orang nak tidur lagiiii….Sibuk!!!fikirnya dalam hati..Raihana menggoncangkan tubuh kurus Raudhah..
“Kakak bangun..Bangunlah kak!!”
“Alah kau ni Rai..Sibuk je kacau aku tidur”Raihana tidak mengalah..Dah berbulan lamanya tak jumpa kakak kembarnya itu..Rindu…
“Kakak bangunlah..Mama dah siap buat breakfast dah kak..Kakak tu membuta je tau”Bila adik kembarnya Raihana masih tidak berganjak Raudhah pun mengalah..Lalu ditarik tuala di tempat sidaian dan bersiap..

Raudhah melangkah ke ruang makan..Wah!!semua dah tersedia.. Mama, abah, Raihana, Rayyan, dan si comel Rory pun turut sama menikmati..
“Amboi-amboi anak mama..Tidur tak ingat dunia ni..Letih sangat ye sampai rumah pun dah lewat malam?”Raudhah tersengih..
“Yela mama…lama tu dok dalam bas..berkematu punggung Raudhah ni haaa”
Haaahaha…masing-masing gelak sakan…
“Rory dah pandai apa mama?”sambung Raudhah lagi..
“Dah jalan jatuh dah adik kamu tu..Tula lama sangat tak balik..Adik dah pandai apa pun tak tahu”Sambung mama lagi…Raudhah tersengih melihat adik tirinya itu..

Rayyan baru nak masuk sekolah tadika dan Rory baru nak masuk satu tahun..Bila melihat adiknya yang dua itu Raudhah sangat bangga dengan mamanya..Walaupun bermadu namun mama masih mampu tersenyum…Lagipun bukan salah abah kata mama..Abah memang nak sangat anak lelaki..Selepas melahirkan Raudhah dan Raihana (kembar seiras) rahim mama diserang komplikasi yang agak kronik menyebabkan terpaksa dibuang.. Dan abah sangat sedih..Beberapa tahun kemudian mama telah mengizinkan abah untuk menambahkan zuriat dengan mendirikan masjid lagi..Mula-mula abah memang menolak. Dia redha katanya tapi mama tetap dengan keputusannya untuk membahagiakan abah..

Dan..abah telah mengahwini seorang gadis dari Switzerland lalu memperoleh sepasang cahayamata iaitu Rayyan dan Rory..Malangnya Sarah Adam iaitu mummynya itu pergi meninggalkan abah dan anak-anaknya untuk pulang ke negara asalnya..Entahlah menurut abah, mummynya itu rindu akan kampung halaman tapi siapa tahu hal yang sebenarnya..Sesekali terdengar juga pertelingkahan abah dengan mummy di telefon tapi Raudhah mahupun Raihana memang malas nak ambil tahu..Hal orang-orang dewasa tak perlulah sibuk..Lagipun dengan adanya mama, dan adik-adik disisi sangat membahagiakan. Biarlah abah dengan rumahtangganya itu..Mama pula memang tak masuk campur..Mama lebih bahagia menguruskan rumahtangganya sendiri…


Permintaan Hati (episod 1..bhg 2)

“Haa yang kau Za jangan pulak buat style vogue pulak kat sana..Bukan takat mamat Indon yang terpikat…nanti…”Raudhah terdiam…kemudian masing2 menuruti Raudhah yang tiba-tiba terpaku seketika…
“Apasal Raudhah??”Ayuni dan Zaza bertanya serentak..
“Eh tak de apalah..kat mana aku tadi heh?”Ayuni dan Zaza kehairanan.Apa pasal pula tiba-tiba sahabat mereka yang satu ni terdiam tadi..Mereka tengok keliling..Rasanya tiada apa yang menarik perhatian pun melainkan kesedapan menikmati nasi ayam superb dan merasai keenakan ABC yang sangat melegakan…Tak faham..tak faham..tercekik tulang ayam kot!!ngeh..ngeh..
Agak lama juga mereka berborak sehingga tak sedar waktu menunjukkan ke angka 3 petang..Lalu mereka pulang ke rumah yang disewa hampir dua tahun lalu..

Raudhah dan Ayuni bersiap-siap untuk ke Puduraya. Zaza pula mungkin lewat sikit ..Maklumlah nak berdating dengan buah hati dulu katanya..Pesan jangan nakal-nakal sudahlah..Zaza mengenyit mata tanda OK!!Lalu Zaza menghantar Ayuni dan Raudhah ke destinasi yang sepatutnya..Dan mereka berpisah disana..

Setelah meneliti bas yang sepatutnya dinaiki lalu Raudhah menghayun beg ke tempat menyimpan bagasi dan mengambil tempat..Dia melihat kiri dan kanan dengan langkah penuh yakin dia duduk disitu..Fuh!!Lega setelah mengharungi cuaca terik panas dan bersesak-sesak dengan ribuan penumpang bas yang lainnya...Tiba-tiba…

“Cik adik..cik adik ni ambil tempat saya ya?”HAAA!!!Siapa punya suara itu..mahu saja ku bagi penampar tatkala itu juga..Baru saja nak menghirup udara nyaman lagi dingin..Raudhah menjeling…
“Tapi ni tempat saya!!”Raudhah menunjukkan tempat duduk di tiket basnya dengan perasaan tak puas hati…Sambil menghela nafas lelaki itu membalas..
“Tiket adik ni pukul berapa?”Lelaki itu masih lagi cuba bersopan..
“Pukul 6lah..Hisy!!”Lelaki itu menggeleng lagi..Lalu tersenyum..Sangat manis tapi….Raudhah masih tak berpuas hati..Mahu saja dihempuknya lelaki itu..Pengacau!!!
“Cik adik manis..bas ni pukul 5.30 punya..bas cik adik kat belakang nun!!!”Haaaa!!!!biar betul!!!Maaaaaalu!!!!Merah padam muka Raudhah bila dikatakan tersalah bas…Mana nak letak muka ni?Takkan nak menyorok bawah kerusi kot atau sembunyi dalam tempat bagasi..Arrghh!!Bas pulak dah nak jalan…Malu..malu!!!
“Tak pelah macam ni..Saya tahu awak dah tersalah bas..Apakata kita tukar tiket saja.Saya naik bas kat belakang tu..Lagipun destinasi kita pun sama je kan..”Lelaki itu berseloroh..Raudhah tanpa berkata-kata terus menarik ticket yang berada pada lelaki itu..
“Tiket cik adik??”Raudhah tersenyum dengan wajah yang merah padam..Tak sanggup menatap mata lelaki itu lalu menghulurkan tiketnya.
“Tarima kasih..”Jawab lelaki itu..Lidah Raudhah memang dah terkelu seribu bahasa..Malu…Tak tau nak kata…Bila bas mula bergerak Raudhah mengangkat muka lalu memandang lelaki tadi yang berlalu pergi..Lelaki itu sempat memandangnya sekilas lalu tersenyum..Raudhah menundukkan pandangannya..Malu sangat!!Jangan bagitahu Zaza dengan Ayuni…nanti mereka gelak besar…Jangan..jangan..keep the secret!!Diam zip tutup mulut…Akhirnya Raudhah tertawa seorang diri mengenangkan kisah tadi….



Permintaan Hati (episod 1..bhg 1)

Episod 1

Raudhah menghela nafas panjang..Berpeluh-peluh juga menjawab kertas peperiksaan Structural Analysis tadi. Lagi 5 minit waktu menjawab akan tamat. Raudhah membaca sekilas untuk kali terakhir…Dan akhirnya pengawas peperiksaan memberi isyarat untuk berhenti..Kertas jawapan disusun satu persatu agar kemas. Raudhah mengemas peralatan tulis. Suara hingar bingar dewan peperiksaan sudah kedengaran…Kertas terakhir untuk semester 6. Seronok sangat..Cuti semester akan bermula!!!yeay!!

Raudhah menunggu Ayuni dan Zaza di luar dewan..Tak sabar rasanya untk pulang ke rumah sempena cuti semester kali ini.

“Hai girls!!Amacam tadi?Ok ke?”Pekik Ayuni yang memang keanak-anakan dari jauh. Ayuni rommate yang satu ni memang comel. Orangnya kecil saja tapi otak fuh!!Bergeliga..Selalu saja dapat Anugerah Dekan setiap semester..Zaza pula lebih bersikap keayuan..Tetapi kalau sudah bertemu tiga serangkai..memang haru jadinya..Hilang segala keayuannya..Zaza pun manis dan cantik orangnya..Tapi kalau tak pekena make up..Fuh!!Laaaaaaagi cantik!!!Macam gadis innocent..suci mulus gitu orangnya..

Kereta MyVi Biru terus memecut laju..Destinasi kini adalah mencari warung Leha..Warung Leha sangat terkenal dengan Nasi ayam yang superb sedap dan ABC fuh!!Laaaaaazat sekali…Tak sabar untuk menikmatinya dikala cuaca panas terik begini..

“So korang dah confirm ar tempat praktikal nanti?”Gertak Zaza selepas memesan ABC kegemarannya..
“Hmm aku dah..Dekat je dengan rumah aku..Nak jalan kaki pun boleh!!”balas Raudhah.
“Seronoklah kau ek..Dekat..Aku ni dahlah jauh. Mentang2lah company besar..Harap2 elaun pun besar gak..haha”betah Zaza.
“Yelah Zaza..selalunya kalau company besar elaun pun boleh tahan gitu..”
“Betul2!!..Aku dapat company kecik jek. Buat projek pun kecik2 je kot”ujar Ayuni berseloroh..
“Agak2nyalah ada tak engineer yang handsome2 kat situ. Boleh aku ngorat!!!Kakaka”Masing2 tergelak sakan bila Ayuni mencelah lagi…
“Yuni..kau kene pakai high heels jela selalu..Baru setanding dengan engineer2 kacak lagi macho kat situ..Kau kan ke rendang sikit..Hahaha”
“Woi korang kutuk aku..Aku taulah korang tu cantekkk..Tinggi..Tak macam aku ni bantut jek…Takpe2 aku akan pakai high heels selalu..Ok tak??”Ayuni berseloroh lagi..
“Ala Yuni kau tu tak payah lah pakai high heels segala bagai..Kau tu memang dah comel..Nanti mamat-mamat Indon lak yang terpikat kat kau kalau kau bergaya sakan takat nak pergi site yang bertanah-tanah tu..hahaha”Mereka tergelak lagi bila Raudhah pula mencelah…


Di kala bosan datang bertandang heh!!

Hmm..Lama betul tak update blog..hehe..nak tahu saya buat apa??ngeh..ngeh...malu nak cakap..tapi memanglah saya tengah siapkan satu projek kegemaran saya..apa tu??Ain ada projek??Kalau bagitahu tolong jangan gelak k..Saya buat novel ngeh..ngeh..Haa gelak tak??By the way ni antara hobi saya dari sekolah menengah lagi..Selalunya separuh jalan je..Kalau dapat siapkan pun sendiri je yang baca..Kan dulu-dulu ade buku tulis yang hak kanak-kanak sekolah punya tu....haa cari yang dah lama-lama dan ade space yang masih kosong lagi mulalah idea-idea tu datang dengan sendirinya..Paling kuat pun dapat siapkan budak-budak classmate kat universiti jek yang baca..haha..Sekarang semua-semua tu mana pergi tah...Tak tahulah..

Saya ade terfikir nak letak dalam blog..tak kisahlah ade yang sudi baca ke tak..just suka-suka je..heheh..Kalau ade yang sudi baca tu..hm...harap jangan gelaklah kalau ade perkataan-perkataan yang rasa musykil ejaannya sebab kadang-kadang saya ni tulis ikut sedap rasa je..Okaylah...rasanya tak ada benda lagi nak cakap...Cuma nak bagitahu yang novel ni memang still under progress lagi...Belum siap pun..Baru nak masuk Episod 13...Yang paling musykil bila tajuknya belum ditentukan lagi..hahaha...Okaylah..bye korang...


Dec 17, 2009

Pemandu wanita???

"Alahai...siapa yang bawak slow sangat ni??terhegeh-hegeh nak masuk lane..Cepatlah..orang dah lambat ni!!"..Tengok si pemandu "Hmmm patutlah..." Mulut mencebik..

Pernah tak dengar statement yang lebih kurang begini bunyinya..kenapa mereka mencebik bila nampak pemandu wanita?? Slow+terhegeh-hegeh+terkial-kial+dua-dua tangan pegang stereng+duduk sampai muka nak bersentuh cermin depan...Hahaha...bukan nak mengata tapi kadang-kadang memang kenyataan..Okay tak dinafikan ada wanita yang terer memandu ala-ala pemandu profesional..Yang tu memang salute..Lelaki pun ade yang super terhegeh-hegeh dan kelam kelibut..Yang tu pun tak dapat dinafikan..

Sebenarnya apa yang saya cuba nak sampaikan adalah begini..Walaupun seterer mana atau sehegeh-hegeh manapun cara wanita memandu..MEREKA ADALAH PEMANDU WANITA!!..Dan..mereka sangat indipendent..Tak perlu minta pertolongan sesiapa pun untuk pergi ke mana-mana..

Bagi saya wanita sangatlah penting untuk pandai memandu..Kenapa?

1# Boleh hantar anak-anak ke nursery bila suami bekerja luar daerah.
2# Boleh ke tempat kerja tanpa perlu menyusahkan sesiapa.
3# Boleh ke tempat yang disukai untuk bershopping.
4# Sangat penting bila suami tidak sihat.(Hantar ke klinik/hospital)

Kenapa wanita tidak memandu?

1# Tiada lesen kereta..(Nak memandu terpaksalah ambil lesen kereta)
2# Tiada kereta..(Okay lesen kereta ada tapi tiada kenderaan..exceptable..kumpul duit banyak2 dan beli kereta)
3# Takut nak memandu..(Ada lesen kereta tapi takut nak memandu sangat RUGI!!!Bayar mahal beb)
4# Lesen kereta mati..(Alahai..RUGI BESAR..Lain kali duit belajar kereta buat bayar benda lain ye)
5# Nak suami/keluarga yang hantar..(Alah manjanya..Takkan larat dorang nak jadi driver awak setiap masa)
6# Suami/keluarga yang volenteer jadi driver..(Yang ni exceptable..Dah dorang yang nak tolong hantar siapa yang tak nak..risau katanya..hehe..sayaaaaang)

Pendek kata..untuk kesenangan semua pihak ambillah lesen kereta dan beli kereta bagi yang mampu.Tak perlu asyik minta pertolongan orang untuk hantar ke mana saja..Kata wanita Superwoman..Seharusnya indipendent dan berdiri di atas kaki sendiri..Kalau tak patah kaki laa jawabnya..Sekian..

P/s: Lesen motor???Hehe..Salute siapa yang pandai menunggang motosikal.Saya??Dulu-dulu memang ada tapi....AKSI STUNTWOMAN masih segar di ingatan..Sangat skill bila motor pakcik melambung di awangan secara vertical dan memecut tanpa penunggang lalu bergolek masuk dalam longkang..Si penunggang dan pembonceng??Berdiri tegak untuk menyanyikan lagu Negaraku eh tak..terkedu melihat motor pakcik yang sangat kasihan terhumban disaluti lumpur hitam pekat..Pelik bila hanya motor yang cedera parah tetapi penunggang dan pembonceng sangat sihat hendaknya..

Wanita VS Superwoman!!

Hahaha...Superwomankah wanita??Hmm..ATAU Batwoman..Spiderwoman..sudah mula merapu ni yang susah benar ni..Okay wanita memang superwoman..Cuba senaraikan kenapa wanita adalah superwoman terutamanya wanita berkerjaya dan berumahtangga.

1# Bangun pagi dan bersiap untuk ke tempat kerja.
i.Anak-menyediakan keperluan anak untuk dihantar ke nursery.
ii.Suami-menyediakan keperluan suami seperti iron baju, bawa bekal etc.

2# Memandu ke tempat kerja
i.Bonus kepada yang pandai memandu memang memudahkan kerja.Bagi yang tiada lesen memandu terpaksa menaiki kenderaan awam atau suami yang baik hati menghantar ke tempat kerja.

3# Di tempat kerja
i.Tugasan yang sedang menanti diatas meja atau sedia dipanggil bos bila-bila masa.
ii.Stress, letih, penat, ngantuk...bla..bla..bla..nak balik!!!

4# Sampai rumah
i.Jumpa suami dan anak..peranan sebagai isteri dan ibu bermula.
ii.Suami-Picit-picit suami yang letih, buat air etc.
iii.Anak-Main cak ba..kejar-kejar(bila anak dah mula berjalan), layan dengan penuh kasih sayang.
iv.Kemas rumah, basuh baju etc.

5# Dinner time.
i.Anak-Mamam time for the kids.
ii.Suami-Penyediaan makan malam yang sangat lazat.

6# Sweet Dreams.
i.Anak-dodoikan sebelum tidur.
ii.Suami-Okay tidur sendiri..jangan nak mengada nak didodoikan juga..

7# Awal pagi.
i.Uwa!!uwa!Okay anak dah melalak nak susu. Bangun dengan muka yang 'segar' dan buat susu untuk anak.
ii.Suami tidur mati!!

8# Pukul 6 pagi.
i.Kategori suami yang bagus akan bangun dulu tak payah nak dikejutkan. Kategori suami yang malas bangun pagi..Okay malas nak cakap!!
ii.Muka yang sembap dan 'super sleepy' okay terpaksa bangun untuk ulang rutin harian yang sama..

Haaa...mana tak superwoman!!!Macam-macam yang perlu dilalui oleh seorang wanita bergelar isteri dan ibu yang berkerjaya. Jadi suami harus bersyukur dan kerjasama dalam melayari rumah tangga itu perlu seperti tolong kemas rumah, basuh baju dll.Okay senarai diatas adalah apa yang selalu dilalui oleh seorang wanita..Adakah anda termasuk dalam senarai itu???


p/s: Adakah saya superwoman itu?Atau superwoman itu saya?Atau...saya wanita dan bukan superwoman??Hehe..Lu pikirla sendiri..



Kreatif tak supermama?Ayyoyai tomei..tomei!!!

Dec 15, 2009

Tips disayangi ibu mertua..

Adakah anda sedang menghadapi masalah dengan mertua?Bagaimana cara untuk berbincang?
Bagaimana cara mengatasi kebuntuan ini?Nak ditegur salah..Tak ditegur makan hati??
Okay..saya tahu ramai menantu di luar sana yang menghadapi masalah seperti diatas..
Walaupun saya tahu saya bukanlah menantu kesayangan tetapi saya sayang mertua saya.
Saya akan senaraikan kenapa saya sayang mertua saya..

1. Ibu mertua pandai memasak.Sayang mama.(Kalau boleh belajar dari mereka makanan kegemaran suami).
2. Menjaga anak saya selama hampir 6 bulan sewaktu saya dan suami bekerja.
3. Amat mengambil berat perihal kami sekeluarga.
4. Menemani saya dan anak ketika suami bertugas di luar daerah.
5. Selalu mengajar cara didikan anak. (Selalulah bercerita hal anak kerana anak-anak kita adalah kesayangan mereka)
6. Terima teguran seadanya.Anggap saja kita yang bersalah dalam hal ini dan ikhlas menerimanya.

Orang tua memang begitu.Kita sebagai menantu masih darah muda. Selalu fikir kita saja yang betul. Memang kadangkala nasihat mereka sangat susah untuk kita terima tetapi ingatlah wahai menantu-menantu sekalian. Siapalah suami anda jika bukan mereka yang melahirkan..Cuba sayangi mereka seadanya. Nasihat mereka cuba kita terima..Ikut saja rentak mereka kerana mereka adalah orang tua..Hormatlah mereka sebagaimana anda hormat ibubapa sendiri selagi mereka ada didunia ini..Jika perlu ditegur sekalipun tegurlah secara berhemah..Jangan terlalu ikut naluri yang sentiasa memberontak. Wanita solehah..SYURGA tempatnya..Bukankah itu yang kita dambakan??


P/s: Renung-renungkan dan selamat beramal!!Haha..Sayang..sayang..sayang..MAMA..SAYAAAAAANG MAMA..

Dec 14, 2009

Seronoknya bercuti!!!!

Hai-hai..bersambung perjalanan hari minggu kami yang super seronok..

BUKIT MERAH LAKE TOWN RESORT!!!



Mengaplikasi snap dasar laut..

Seronok.Seronok.Seronok!!Naufal,ayah,ibu..Orang lain jangan sibuk!!haha..kejam..Okay no karangan segala just view our amazing holiday!!Stay tune..



Naufal si buntut gemuk..Ayah tak bagi buka drypers..





Sesi belajar berenang bersama ibu..



Background air terjun..Naufal redah saja..



Ayah menyelam dasar laut.Testing kamera kalis air..



Okay ayah control nafas dalam air..



Okay ayah dah tak boleh control nafas..gulp!gulp!



Okay semua dah kepanatan..muka pun dah selebet..



Naufal dan 'popok' setia..lena di pangkuan ibu..



Si comel naufal tersenyum bila nampak ibu..haha..(ibu perasan..ayah yang snap gambar)



Askar yo!yo!rapers!


Banyak lagi gambar nak upload tapi dah tak larat..okay cukup dulu..Sekian..Hari minggu yang super seronok!!

Hari Minggu Yang Super Seronok..

Seronoknya dapat bercuti satu family..yeay!!!haha..Macam kanak-kanak riang gamaknya.Okay hari minggu baru ni memang best. Walaupun penat dengan perjalanan yang jauh tapi berbaloi..

(1)Sabtu (12/12/09)-Pulau Pinang Mari-

Pagi-pagi dah bertolak.Pukul 9 kira pagi lah kan..Singgah isi minyak beli sarapan dan sambung perjalanan..Belum separuh jalan dah mula stress..Mana tidaknya traffic jam dekat SATU JAM!!..Kereta berderet-deret macam siput..Yang lagi sakit hati lori panjang terhegeh-hegeh nak mencelah di laluan kanan..Memang tak patut.Memang dah agak mesti ade accident.Hmm tak lain tak bukan 3 biji kereta berlanggar di laluan kanan..Okay tak sampai satu kilometer masuk tol Sungai Buloh jalan pun dah clear..LEGA..Muka en kesayangan pun dah tak kelat lagi..SUKA..

Sampai destinasi utama yang dituju..Penang mari..Lalu menghadiri Perkahwinan Norhaliza Zulkifli..Si Cantik Manis Anak Mami..Liza!!I'm Coming!!3 tahun lamanya tak jumpa my best friend Liza..Teringat zaman-zaman kat Matriks dulu..Dah hampir 8 tahun kami jadi best friend..Memang rugi kalau tak pergi wedding of the year..

Mula-mula nampak Tok Liza..Salam..Tok dah tak cam lagi..Tok cakap"Sapo dio tah ni??".."Ainlah"..Tok buat muka kerut-kerut..Okay..Memang Tok dah tak ingat kot.Takpe dalam ramai-ramai Tok kat situ harap-harap betullah tu Tok Liza..AUW Malu!!Aku pun macam ingat2 lupa Tok dia ni yang mana satu..Ampun Liza..Ramai sangat Tok kat situ sampai aku pun confius..

Masuk rumah nampak Mak Liza..Okay yang ni confirm 100% mak Liza..Mak Liza tenung aku.."Ain!!!Ya Allah sampai juga"..Hehe seperti anaknya aku dipeluk arab kiri kanan..Memang terharu..Macam jejak kasih gamaknya..Sangat excited nak jumpa Liza..Tapi Liza atas pelamin..Takkan nak terjah jugak..Malu woi!!..Okay duduk depan pelamin harap2 Liza pandang..Liza masih tak pandang sebab nak control ayu depan abang-abang kamera yang sibuk snap2..Tiba-tiba Liza nampak budak kecik yang macam dia kenal..Haa..hilang keayuan seketika dan diatas pelamin dia tunjuk-tunjuk aku dan tersengih2..Aku pun apalagi bila dah hilang anak dan en kesayangan bermulalah episod lama kami yang agak childish..Peluk-peluk arab tak ingat aku atas pelamin..Mesti laki dia pelik tengok kami..haha..TAK KIRA!!

Okay tak boleh lama-lama sebab panas terik..Kamera pun dah tinggal dalam kereta yang parkir tak berapa nak jauh tapi malas nak ambil..Kami pun decide nak balik dah..Pesan Liza upload gambar cepat-cepat sebab aku nak curi nak upload dalam blog.Hehe..


Liza bersama ibu tersayang

(2) Ahad (13/12/09)-Bukit Merah Lake Town Resort-.

Hmmm...Buat entri barulah baru seronok!!!Okay see you next entry!!

Dec 11, 2009

Tips Untuk Menyayangi Anak



What Do You Think Huh??So Cute Laaaa Those Babies...

Okay..walaupun saya seorang yang gila-gila atau GILA (eh..orang gila tak boleh jaga anak!!)..Tapi saya sangat sayang akan buah hati saya si Naufal Gumuk tu..Patutnya saya terfikir untuk mengambil Kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan bukan Kursus Jurutera Awam..EH DIAM KAU..Kalau bukan sebab Kursus ini yang kau ambil maka kau tidak akan berjodoh dengan En Kesayangan dan menjawat jawatan yang sewaktu dengannya..OK cukup ayat SKEMA..Titik..

Bersyukur okay...orang lain nak dapat kerja pun susah...BAIKLAH SAYA SUDAH BERSYUKUR KEPADA TUHAN..Terima Kasih..

Sangat terharu apabila en kesayangan menghadiahkan secoret email berbunyi begini
"Tips Untuk Menyayangi Anak "..Wah!! Sangat sayang kepada anak juga patutlah berjodoh..Hehe..SEHATI SEJIWA..Cepat woi bagi tips..kau membebel apa pasal??

TIPS UNTUK MENYAYANGI ANAK (Versi sangat panjang kalau kau boring jangan marah aku)

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama
panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa hendah diri.(Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.



3 bayi tak pakai seluar..


6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga(Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri.
Mereka akan menirunya.



Mata yang memukau..

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan
anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.



Muka bayi bila nampak korang..

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.



Anak perempuan aku..(In future)


Haaa aku dah kata panjang kau nak baca juga...Baiklah..haha..Korang boleh tarik nafas sekarang..Sekian tenkiu..

Tips Suami Mithali Yang Menjadi Kebanggaan Isteri

Okey..hari ni lepas pening2 bace blog orang yang tidak tahu kenapa teraddict sangat baca blog beliau sampai 3-4
hari berusaha untuk habiskan..hahah..terbaca forum kesayangan..

Tajuknya "Perbuatan suami yang menambahkan sayang isteri"..

Okay mula-mula baca rasa sangat sempoi dan tersenyum meleret-leret tetapi bila nak masuk yang tengah2
dah tak boleh tahan nak mengalirkan air mata lalu tertumpahlah membasahi pipi yang tak berapa nak tembam ni..haha..sambung..
lalu atas terase -kemaluan- dipandang oleh rakan-rakan ofis (ofismate) cepat-
cepat saya lap dengan tisu cafe mase beli nasi campur tengahari tadi...

Okay (berapa banyak ok saya pun tak tahu) saya pun nak list apa "Perbuatan suami yang menambahkan sayang isteri"..
Banyak...sangatlah banyak...dan antaranya bila airmata saya belinangan tadi disebabkan 'perbuatan' suami2
mereka adalah sangat mirip/sama/seangkatan..CUKUP..heheh..

CONTOH disertakan..

#1 Sudah semestinya saya diangkat martabat menjadi seorang isteri yang sah..itu tidak dapat dinafikan..



Itu saya dan suami..ahaks berangan..

#2 Beliau akan buat apa-apa saja kerja rumah apabila saya sangat RASE-MALAS nak buat..yang ini tidak boleh tidak
kerana kesayangan saya yang satu ini sangat-sangat menjaga tahap kebersihan..fuh!bersihnya rumah kita..hahah

#3 Sangat-sangat mengambil berat sehingga barang-barang saya yang perlu dibawa ke pejabat telah disiapkan sewaktu
saya sedang sibuk menyiapkan diri ke pejabat bersama..kira tanya sahaja semua dah bawak eh?Jawapannya 'DAH'..oh sangat sayang juga..
Moving on..

#4 Bila rase malas sangat hendak masak..en kesayangan dengan ringan tulang dan baik hati mengambilalih tugas hakiki seorang isteri..konon2
tak nak makan sebab tak lapar tapi...walaupun masak burger dan sosej telah menjadi hidangan sangat istimewa kerana air tangan beliau..isk..
sangat terharu..



Kesedapan air tangan (bukan peluh masin) seperti Jamie..OOO patut ar suka tengok AFC (Asian Food Channel)


Adakah En Kesayangan pandai membuat ini??Wah best2!!

#5 Tak perlu fikir monthly expenses kerana en kesayangan telah mengemaskini sebelum diketahui isterinya..haha..sangat besar pengorbanan..

#6 Sangat suka main game (PS2/internet/telefon) walaupun game itu cuma game ular yang sangat melampau tahap kebosanannya tapi tak tahu macammana
en kesayangan telah menjadikan game yang paling bosan menjadi suatu yang mengujakan..masih tak faham sehingga kini tapi masih sayang en kesayangan.

#7 Sangat suka racing kereta dengan mamat kekurangan ajaran yang melintasi beliau dengan cara yang boleh menggugurkan jantung isterinya..masih sayang juga..


Adakah beliau memakai kereta ini sehingga mampu racing dengan lawannya?
ATAU



Kereta yang ini?
ATAU



Kereta ini?Hmm Lu Pikirla Sendiri..

#8 Sangat penyabar melayani karenah isteri yang sangat kuat mengarut-ngarut sewaktu beliau seronok bermain game..walaupun isteri dia tahu dia
tersengih-sengih dengan game kesayangan bukan celoteh isteri yang merepek-repek..takpe masih sayang juga..heheh..

#9 Menghadiahkan rantai silver pada hari ulangtahun ke-25 ooh sangat sweet tapi rantai tersebut telah hilang diambil si perompak jahanam..

#10 Telefon bimbit kesayangan dibeli atas dasar si kesayangan yang lama telah menunjukkan belangnya..merepek..cakaplah dah rosak..titik haha..



Inikah set telefon itu??Tidak!!Ini sangat mahal..Kita punya murah saja..

#11 Selalu dihantar kemana saja walaupun si isteri sangat terer memandu..haha kerana kerisauan yang agak melampau..auw..terima kasih en suamiku..

#12 Sangat suka menyakat bila si isteri salah sebut perkataan..akan dijadikan faktor bulian sepanjang zaman..ok sayang juga..kehkeh..

#13 Sangat pandai memujuk si isteri yang merajuk entah apa-apa entah hanya kerana si isteri tidak mendengar deringan telefon bimbit untuk diajak
makan bersama..okay padan muka siapa suruh letak telefon dalam handbag..lainkali suruh handbag angkat..(dan en kesayangan telah makan dua kali untuk
memujuk isteri makan bersama)..patutlah gemuk..

#14 Sangat setia menemani isteri berjumpa doktor setiap bulan untuk melihat perkembangan si ahli baru yang sangat cumel didalam perut buyut isterinya itu.



Adakah si isteri sebuyut itu??Tidak!!!

#15 Sangat sabar menjaga si isteri yang sedang mengerang kesakitan akibat kontraksi dan seperti nak ku terajang katil,kabinet,kerusi semualah termasuk
si en kesayangan itu..maaf ya..yang ni tak disengajakan.

#16 Sudi menanti dengan penuh debaran dan melihat/menyambut sendiri kehadiran si comel dari tulang serviks si isteri..okay pastu nak pitam..haha..
sambung..



En Kesayangan dan si botak yang gumuk

#17 Sangat berahsia soal kewangan sehingga apabila si isteri curi-curi buka walletnya..HAAA!!!DUA RINGGIT??..bukan kerana boros..tak..tapi gaji bulanan
en suami telah habis untuk expenses kami anak beranak dari simpanan insurans/bil utilities/sewa rumah/astro/maxis/taska anak ohh sangat terharu..akan ku
sumbangkan RM10 dalam wallet itu..Duit gaji aku???heheh..sudah seharusnya menampung keperluan untuk sebulan terutama keperluan anakku yang satu itu..
(KERJASAMA PENTING okay)..

#18 Sangat sudi makan bersama tak kira sarapan pagi/tengahari hanya kerana si isteri tidak makan bersama rakan ofisnya..okay tak payah elaborate..haha..
(sangat suka makan bersama walaupun dikelilingi lelaki-lelaki macho..cet!ofismate beliau)..

#19 Pernah 'merajuk' kerana sakit perut yang amat dan si isteri tidak berada disisi kerana sibuk dengan urusan projeknya..setelah dua hari berlalu dimana
projek telah selesai dan perut en suami sudah tidak meragam lagi..baru kutahu ceritanya apabila situasi ini telah berlaku..

Ni ayat lebih kuranglah..

Isteri: "Aritu sakit sangat ke perut?"
Suami : "Yelah muntah-muntah cirit sampai nak pengsan!!"
Wah teruk sangat ni!!
" Orang suruh belikan roti pun tak beli.Last-last beli sendiri"
Wah sangat kasihan!!
Isteri :"Tapi dapat mesej (tak payah belilah.Abang beli sendiri) dulu baru dapat mesej (tolong belikan roti!!)..Camne tu?"
Diam..sambung..
Suami : "Masa suami sakit tu pandai-pandaila balik.." (okay jangan salah anggap dulu..isteri balik dan menghantar suami keklinik terdekat..cuma waktu saja..agak terlewat sikit.hehe)
Isteri: "Tapi haritu kan dah tanya nak balik sekarang tak..Abang kata tak payah.."(Wah rupanya daku tak faham maksud tersirat suami ni)
Suami : "Laaaaaaa tu kan merajuk!!!!"(Arghhh!!!!MERAJUK!!!berguling2 daku terbahak2 menahan kuman2 yang merengkot2 dalam perut..sangat CHUMEL!!)
Isteri: "Mana nak tau abang merajuk..Soweyy!!!"

Mesti dalam hati abang..sangat slow isteriku ini..End of story..
BERSAMBUNG..

#20 Apabila tiba waktu shopping day untuk perbelanjaan isi rumah..maka penuhlah bonet kereta kami..sangat kasihan melihat en kesayangan berulang 2-3 kali
untuk mengangkut barang untuk dibawa naik kerumah kerana (1) rumah kami atas kayangan (2) daku ditugaskan menggendong handbag bergerak (baby gemuk hmm 8kg I guess)yang tak boleh duduk diam tu..sangaaaaat sayang juga..

#21 Sangat mendahulukan orang tua dan oleh kerana itu kami selalu bertandang kerumah orang-orang tua..eh eh rumah parents en kesayangan yang sangaaaaat jauh dari
rumah kami sehingga kalau naik kereta jauhnya...5 minit aja udah sampe...heheh..ANAK MAK!!

#22 Khas untuk En Kesayangan saja..sangat sayang apabila 'perbuatan' en kesayangan telah menyebabkan si isteri mendapat alahan dan mabuk yang teruk pada trimester
pertama...hahahaaaaaaaaaaa...kejam tapi sayaaaaaaaaaaaang...

JANGAN GELAK TAK TUTUP MULUT!!NANTI ORANG SEBELAH KATE KAU GILA SEBAB _KAUKETAWADEPANSKRINKOMPUTER_.