Jan 31, 2010

Dah Tergeletek Perut Ke?

Assalamualaikum kawan-kawan tersayang..

Hahaha siapa-siapa yang dah tertengok entri yang saya post semalam memang agak bertuah sebab saya dah simpan entri tu buat selama-lamanya.. Itu adalah selingan lawak untuk satu hari je.

Kui kui... semalam saya bagitahu saya tak tahu dari mana sumbernya hahaha TIPU tau!! Makcik Hidung Besar tu tak lain tak bukan adalah yang empunya blog ini hahaha dan Abang Misai Senget tu adalah En Kesayangan ku lah siapa lagi.haahaha..

Ni semua gara-gara spek ajaib+hidung besar yang kami jumpa masa saya dalam pantang dulu.. So bagi sesiapa yang tak sempat nak tengok heheh sorry yer.. Memang tidak akan diulang tayang..


Untuk menggantikan wajah kami yang super buruk semalam nah saya bagi gambar ni.. Bezanya spek yang kami pakai tu ada kening cenonet dan misai yang sangat tebal..

Alah bayangkan jelah...hehehe

Jan 30, 2010

My New Home!!

Assalamualaikum sayangku my readers semua..

Hahaha bukak2 je rumah annedestiny dah berubah wajah!!!..Yoohooo... Nak ubah angin laa. Dulu-dulu tak berani nak cat baru sebab takut istanaku hancur berderai but my hunny bunny Mr Kesayangan bagi dorongan yang padu sebab tu saya berani nak tukar.

Before this saya diberitahu kena buat backup bagai that's why dengan terkedek-kedeknya saya save satu persatu widget dia. Luckily template yang I pilih ni just bagi reminder je kalau nak keep widget jangan delete. So tanpa membuang masa saya keep widget lah.. Kalau tak confirm hancursss.. Anyway thanks tu Kak Suealeen bagitahu tentang url free template ni yang cantiks dan mudahs. hehehe..

So siapa yang rasa-rasa nak tukar template yang cantik bolehlah ke sini okeh.. Dan awak akan disajikan dengan template yang memang cantik dan smart I told U kay bebeh.. Say dadaaa to U all...bye..

Jan 29, 2010

Contest Mummy And Si Comel?

Hallooo Assalamualaikum..

Today I singgah di blog Umisofie then nampak contest ni. Haha by the way I tak bercadang pun nak menyibukkan diri dalam contest tu sebab I ni PEMALU!! ahakss.. Geli geli wei!! Jangan kau percaya statement itu wahai pembacaku sekalian..

But serius serius.. I memang tak rase nak menyemak to join this contest laa this time.. I tak tahu kenapa tapi tak pe. Beside sifat I yang PEMALU tak hengat ni I just want to share my photo with my cute baby Naufal around Raya last year.

Before kami nak pergi rumah Nenek kat Kajang sempat jugalah I snap snap this foto yang mana kalau U all tengok my Naufal sooo banyak jerawat..HAHAH.. Sorry sayang.. ibu letak gambar ni yehh.. Naufal jangan marah ibu tau nanti ibu geget Naufal haha..

Seandainya I masuk contest ni I bagi gambar nilah kot... Hahaha..


Ni gambar tak cun I and jerawat face Naufal kat rumah My Mama (MIL)..

ATAUPUN



Gambar dekat KFC Wangsa Maju masa My Naufal botak cin/cina botak haha


ATAUPUN MAYBE YANG NI

Masa di Taman Tema Desa Water Park yang mana I duduk je kat luar tunggu my sisters habis mandi manda..



Ahaaa sekali 3 daa I nak bagi U all gambar mummy and Si Comel apa hal kan.. Bukan I nak masuk pun.. hehehe... Sebab I jarang2 bagi gambar my tak cun face thats why I bagi U all 3 terus this time okeh.. Dah babai lah korang.. I tengah sewel hari ni BUT my Sayang Honey eh eh Hubby will be back soon tu yang I ceria ni..hahaha




psst:// Korang sorry eh saya tak sengaja nak rojakkan bahasa sebab saya guna perkataan I jadi ter rojak lah bahasa yang tak berapa nak indah ni.. heheh SAJA GATAI wooo ubah angin..


Jan 28, 2010

Kenapa Emosional eh?

Salam semua..


Saya pasti setiap dari anda pernah mengalami situasi ini. Yang mana MUNGKIN ada sesetengah perkara itu ada sedikit kesilapan (bukan besar sangat pun) kira kesalahan tu sekecil kuman atau pun macam seekor semut hitam yang sibuk berkerumun bila ade air manis setitis jatuh di atas meja.. ataupun kesilapan yang mungkin tidak disengajakan. Tapi kena marah macam awak buat kesalahan besar sangat ibaratnya macam seekor gajah yang berang yang ganas yang amukannya bisa mencuakkan semua pengunjung zoo. Okay over tau!! Haahaa panic tak korang.. Mesti korang macam tertanya-tanya ape bende alahnya kesalahan yang boleh membuatkan seseorang tu emosional kan..kan..hehe


(Sila sediakan kanta pembesar ataupun sila tukar kaca mata anda kepada power 200)

Okaylah kesian tengok korang meh saya cerita ok. Saya nak ambil cuti. Tapi (sotfware berkenaan *tak boleh bagi detail*) saya tak function macam orang lain punya. Saya tak tahu sebabnya kenapa jadi macam ni. Jadi saya isi borang. Simple je. Bila bos dah luluskan cuti saya hantar borang tu ke pihak yang sepatutnya. Jadi di sinilah bermulanya insiden itu. Saya tak tahu kenapa saya disalahkan sebab software saya tak function. Macam-macamlah keluar rasa ketidak puasan hati itu pada saya. Yang saya rasa pelik amat tu kenapa dia emosional sangat eh sebab saya ikut procedure yang betul. Dia malas barangkali (I buat teori sendiri okeh)


Haa pernah tak korang berhadapan dengan situasi yang lebih kurang begini. Adakah memang itu kesalahan saya ataupun memang sikapnya begitu ye? Jadi saya ambil pendekatan pekakkan telinga saja. Senang habis cerita. Jadi apa pula kata anda?




psst:// memang lumrahnya dia begitu. Kami semua masih tak faham kenapa sikapnya begitu. Asyik tarik muka pagi petang siang...malam tak tahu ok.. hehehe..


Patut ke saya buat muka macam baby ni eh??



Jan 27, 2010

Nak Makan Tapi...

Hmm perut lapar..

Rase nak makan nasi putih + ikan siakap tiga rasa

Dalam kepala dah terbayang menu yang sedap ni hmm mesti best grrr!!

Pergi cafe sah sah tak ade menu ni ok jangan berangan..

Fine tukar selera..

Cari yang boleh masuk tekak

Tapi semua hmmm kenapa memilih sangat ni?

Akhirnya hanya ini saja yang menjadi hidangan tengahariku yang arrrghh!!!


Roti Gardenia Sambal Ikan bilis


Sorry bukan diet ok tapi tak tahu nak makan ape lagi..help!!!

Kehandalan Pemanduanmu Terserlah

Salam semua pembaca budiman.. (wah budiman ye sila terima kasih haha)

Selalu saya rasa nak puji husband sebab dia bawa kereta memang fuh!! Mat rempit pun kalah u see. Cilok sana cilok sinun sampai jantung saya ni macam nak berderai tau. Selalu kena tepuk2 (wah main tepuk amai2 ke) bila dia tak nak mengalah dengan kereta depan yang cuba pintas dia dengan cara yang amat tidak disenanginya (faham ke maksud ni). Contohnya tak bagi signal bila nak mencelah atau pun secara tiba-tiba kereta itu zupp mencilok macam pelesit yang mana kereta kami tengah laju masa tu (yang ni memang pantang kalau buat macam ini akan jadi satu drama Adnan Sempit *haa cerita ni katanya best* off topic senyum ya jangan marah. Fine drama Remp-it vs Impak Maksima.

Okaylah panjang bebenar bila nak masuk bab saya ni?? Haha.. entri ini sebenarnya..sebenarnya ok nak cerita pasal saya..hahahaha..bagi intro yang superb dulu baru macam waaa terror laki aku ni..

Okaylah.. saya nak kata yang tajuk entri di atas saja je buat gempak. Macamlah terror sangat saya memandu kan.. tak bukan sama sekali.. Saya seorang yang berhemah sopan santun bila memandu. (mesti korang macam nak tersedak kan tak pun uwekk...ceyyy jangan tipu..) haha.. saya selalu ya en kereta sebelah silalah masuk jangan segan silu. Saya takkan sondol anda.. Tak pun eh untie kereta sebelah nak masuk sila cepat sikit ok i dah lewat nak pergi ofis ni.. haha gitulah keadaannya.. Saya memang sangat berhemah kan dah cakap awak tak nak percaya..

Okay semalam (siapa perasan dah 3 perenggan saya start dengan perkataan okay) semalam saya kena rushing nak pergi ofis sebab lewat 5 minit saja (5 minit tau) saya dah hampir terlewat sampai ofis sebab kalau saya keluar rumah 5 minit lebih awal saya akan sampai pukul 7.30 am. Tapi semalam hanya 5 minit selang masa sahaja saya sampai ofis pukul 8.00am. Nasib sempat punch tau. Masa tu ok saya merujuk tajuk entri ye.. hehe..

Masa nak ambil anak pula (husband outstation ingat tak?) my cute baby Naufal tu dah tak sudi nak duduk di car seat nya. Aduh.. terpaksa meriba.. Waa dia boleh tak nak duduk. Then terpaksa saya dirikan yang mana sebelah tangan saya pegang dia sebelah lagi pegang stereng. Berpulas2 tangan saya dengan tangan babyku yang sibuk juga nak pegang stereng bila nak membelok. Sangat mencabar ok. Mujurlah nursery dekat sikit dengan rumah so terpaksa bawa slow2 kang tak pasal cari penyakit.. Haa disini bolehlah merujuk tajuk entri juga..


Jadi saya buat rumusan walaupun saya (m*e*m*a*n*g @k-u-r-a-n-g) cekap memandu TAPI Kehandalan Pemanduanmu Terserlah bila keadaan memaksa okeh.. dah babai..


Sebab cerita pasal kereta nah gambar Naufal yang tengah syok sedap tidur dalam kereta ayahnya sambil menghisap puting senget.. Busuk dia kalau tak de memang tak sah ok..

Jan 26, 2010

Milo Addicted!!

Salam penggemar MILO!!..

Wowwee!! Milo ade buat contest tau siapa-siapa yang ketinggalan!! Haha.. Jom-jom kita menyemak sama lah weh!! Milo I love U so much..


Haaa contest ni hanya memerlukan gambar yang kreatif (mesti ade gambar milo of course).. Yeah hadiahnya mestilah menarik.. sila lihat dibawah ok...

wow!! menarik.. siapa2 yang nak lebih details boleh klik link contest diatas. So atas sebab musabab itu saya berusaha menyertai contest ini dengan gambar berikut!!


haha penat tau i edit2 but at the same time i enjoy sangat.. En Milo.. sudikah anda menerima gambar ini?


LALALA KERJALAH!!

Assalamualaikum semua..

Okay pagi yang ceria ni nak lah sembang2 sikit pasal kerja sesuai dengan isu sekarang tentang 300 000 orang penganggur yang masih belum dapat pekerjaan.. Jadi apa kata kita merenung sejenak dan bersyukur sebab kita diberi peluang bekerja. Oh bagi yang memilih untuk tidak bekerja juga sangat sesuai untuk menjawab tag yang ala-ala soalan interview masa nak cari kerja (tag ini tidak dikhaskan kepada yang bekerja sahaja malah yang tak bekerja boleh join ok) no hal punya... So dapatlah kita sama-sama bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ok!!




1. APA PEKERJAAN ANDA SEKARANG?
CIVIL ENGINEER

2. APA YANG MEMBUATKAN ANDA MEMILIH PEKERJAAN ITU?
SEBAB DULU AMBIL COURSE INI

3. APA PEKERJAAN SEBELUM INI?
CUSTOMER SERVICE EXECUTIVE

4. BERAPA LAMA ANDA BEKERJA DI TEMPAT SEKARANG?
6 BULAN

5. ADAKAH ANDA SERONOK BEKERJA DI TEMPAT SEKARANG?
SERONOK SANGAT

6. KENAPA ANDA BERHENTI KERJA SEBELUM INI?
TEKANAN KERJA

7. BERAPA LAMA ANDA BERTAHAN DI TEMPAT SEBELUM INI?
2 TAHUN SETENGAH

8. JIKA ANDA DIBERI PILIHAN, APAKAH PEKERJAAN YANG ANDA IMPIKAN?
SUDAH BERSYUKUR SEADANYA (pernah terfikir nak duduk rumah jaga Naufal je hehe tapi husband bagi lampu merah!!)

9. KENAPA ANDA MENGIMPIKAN PEKERJAAN ITU?
KERJA SERONOK, KAWAN BEST, MANAGEMENT OK

10. PADA PANDANGAN ANDA BERAPA LAMA ANDA DAPAT BERTAHAN BEKERJA DI TEMPAT SEKARANG?
KALAU DIBERI PELUANG SAMPAI BILA-BILA PUN NAK BEKERJA DI TEMPAT SEKARANG..PUAS HATI!!!*mane tak best sama tempat dengan husband* ngeh ngeh

11. SILA BERI PANDANGAN ANDA TENTANG KERJA...
JANJI ADA KERJA, GAJI JALAN, YANG PENTING HAPPY



Awak nak tahu orang yang buat-buat khusyuk tu hanya lakonan semata-mata tahu


Jom kita saksikan aktiviti dia sebelum shooting itu dibuat

Amat ketara perbezaan dengan gambar di atas..(dia tengah update blog tahu!!) Hehe dia dah gantung balik carta yang senget sebelah tu... opps!! cermin dia masih di kedudukan asal okeh!!

Dah lah korang..merapu tak sudah ni!! hahaha



Sekian dulu.. so siapa yang rajin boleh jawab tag saya ok..


psst//: Fara Fauzana open pemandu peribadi!!! sila hantar resume segera ok..(khas kepada penganggur saja)

Jan 25, 2010

When U're In Love

Salam semua dan hai hai..

Okay tag ni memang bagi sesiapa yang pernah buat mungkin agak sedikit lama dahulu.. Tapi bagi insan-insan yang sedih baru berjinak2 dalam dunia blog (sangat terlambat maaf ye isk isk) ni rasa-rasa nak buat jugak!! Sibuk juga tau jangan marah ye..

Sebenarnya saya nak buat tag sendiri sekali bila dah siap baru teringatkan eh macam lebih kurang je yang pernah ku baca dulu.. Jadi oleh sebab tidak mahu men'duplicate' kan soalan2 yang hampir serupa maka saya berusaha mencari di dalam blog Lady.. (Lady banyak tag lalu ketemu) hehe


Okay mari kita laksanakan misi itu..


1. First time jumpa with your hubby bila and kat mana?
Lawak.. Around July 2005. Bilik Lecturer (Final year ok setelah bertahun2 disana)

2. Love at first sight?
Tak juga. Tapi lepas beberapa hari berkenalan

3. Who is he when the first time u met him?
Seseorang yang bekerjasama di bawah satu pensyarah untuk Final Project kami.

4. How long it takes for him to ask u out for a date?
Beberapa hari selepas kami keluar bersama untuk cari bahan (oh alasan U see disitu)

5. First place dating di?
Restoran Faiz dekat Penang. (Western food dia sedap+murah+banyak) Puas hati!!

6. How he proposed?
Lawak juga. Ambil masa 4 jam untuk kami berdating (meja lain dah bersilih ganti yang dia orang ni tak nak balik2 juga) haha

7. Special date with your hubby?
26 Oktober 2007 (Setelah sah menjadi surinya)
15 Ogos 2005 birthday dia (wah malam tadi 14 Ogos first time ajak saya dating) haha

8. Changes that he asked you to do?
Jangan malas-malas hehe

9. What is about him that you love so much?
Banyak sangat.. Kena buat satu entri lain kalau nak sebut satu2..(Eh lupa dah ade dah entri tu. Boleh tengok!!)

10. What is about him that u wish he would change?
Sangat pendiam bila berhadapan dengan orang tidak dikenali..(hanya senyum senyum dan senyum..)

11. You will lose your mind n crack your head when he?
Waa..Bila satu hari tak dengar suara dia

12. You will smile tru your eyes for the whole day when he?
Bila dia bersuara dan melawak (First thing that I feel I'm In Love-masa tu tiba-tiba saya terfikir eh dia ni boleh juga melawak??)

13. Complete below sentences"My love towards my hubby is as big as...?
"My love towards my hubby is as big as muaaaaahss.." (boleh ke?hehe)


Kepada sesiapa yang terlambat membuat tag ini seperti saya sila laksanakan misi anda sekarang juga..OKEH..



Tag Kelly punya idea..

Salam awak..awak dan awak semua..haha..

Tag ni datangnya dari Kelly yang mana saya kena tulis nama dan url blog atas kertas seterusnya ambil gambar seterusnya transfer gambar masuk dalam blog.. Haha mudah ke? Taklah semudah yang dibayangkan kerana mula-mula ingat nak buat dekat paint je (ingat lagi senang).. Tapi masyaAllah.. Sangat cantik tahu.. Tak sangka saya boleh buat secantik itu sehingga tak sanggup nak beri anda semua lihat lukisan itu. Tiba-tiba macam tak aci pula sebab Kelly suruh tulis atas kertas jadi tidak boleh tidak kena juga tulis atas kertas. (nasib baik juga sebab tulisan paint saya *cacing kerawit* lagi handsome tahu)

Maka terhasillah gambar ini...



TARAAAAA!!!



Okay saya tahu agak buruk (memang buruk saya tahu isk..isk) jadi awak semua boleh gelakkan saya..



p/s: Ini adalah tulisan tangan kiri saya pada percubaan pertama.. Dan saya malas nak buang banyak kertas jadi saya selitkan juga disini.. Haha Kelly dan Lady + husband Lady punya tulisan cantek!! bye..


Awak nak tahu ke? (Error 769)

Assalamualaikum semua..

Cuti hujung minggu blog pun cuti tahu.. Jadi memang tak update blog.. haha.. so di pagi yang ceria indah menawan ditambah2 pula ditinggalkan suami yang pergi outstation di Sarawak.. Hehe 'complete' sungguh hidupku ini.. OOPs.. siapa tahu sarkastik tu apa? bukan sarkas tahu..

Jadi pagi2 ini terpacul di minda (haha biasa terpacul di muka pintu) tukar ayat *selamba* saya nak berkongsi error 769. Mulanya nak selitkan sekali dengan gambar tapi entah tak tahu kenapa macam takut pulak nak klik suka suki di komputer ofis (aduss tolong jangan beritahu bos ok saya update blog di ofis.). Jadi bagi direction sajalah ye. Kalau kurang jelas sila beritahu okeh..

Wallawe mari mulakan..

Error 769 ini disebabkan network card / NIC awak tu terdisable..

Jadi untuk meng 'enable' kan ia sangatlah mudah..

Menu START-> My Computer (klik kanan)
Di bawah sekali ialah Properties (klik)
Hardware-> Device Manager (klik)
Cari perkataan Network adapters (nampak simbol {+} sila klik)
Kalau diasble akan keluar (x merah)
Klik kanan pada x merah itu dan cari perkataan enable (enable this device).
Sila check sekali lagi sama ada x merah itu sudah bertukar / hijau atau belum.
Kalau OK maknanya NIC anda sudah enable..
Bolehlah connect internet ok..

Sekian dulu.. tak sabar nak buat tag dari Kelly..haha bye..

Jan 22, 2010

Contest Baru Pulak!!

Contest Baru Pulak!!



Salam semua yang rasa-rasa eh nak tertengok pulak blog annedestiny tu.. haha welcome welcome..

Semalam terjah blog Kelly910 eh eh macam best pulak contest ni kan.. Lalu terjah sekali tuan rumah yang menganjurkan contest ini iaitu http://kameraxburuk.blogspot.com/2009/12/contest-baru-pulak.html.. maka nak juga diboldkan perkataan pulak supaya sesuai dengan tajuk..hehe

Maka pagi ini telah tersibuk mengedit2 gambar supaya tidak lari dari tema black & white dan terhasillah gambar ini.. Amacam?? Jenuh tau cari pattern yang sesuai sebab saya ni tak pandai pun nak design gambar yang cantik2 even bila Icah tanya nak buat watermark saya tanya dia balik... "Haa watermark tu apa?" Haa kan haru tu.. Hehe.. Okaylah.. Tanpa membuang masa kita tampilkan gambar ini...


Nah tuan rumah.. Sila hakimi seadil-adilnya ok.. Thanks Bye..



Jan 21, 2010

Why I like It longer

Why I like It longer

"Why I like It Longer". Kalau rujuk kamus dewan bahasa tajuknya berbunyi kenapa saya suka lebih panjang.. haa!! Tak boleh sebut dalam bahasa melayu.. Double meaning tahu. Jadi saya lebih rela disebut dalam bahasa inggeris sahaja iaitu Why I like it longer tapi versi Melayu..

Kenapa LG’s new Chocolate phone (BL40) direka bentuk sebegini panjang? Mungkin hanya R&D mereka sahaja yang tahu tapi kenapa teramat teruja (sudah teramat lagi teruja tahu) untuk memiliki gadget ini.. Maka sebab itu saya terselit/tersibuk/menyibuk di dalam contest ini.

Merujuk Iklan Nuffnang handphone ini didatangkan dengan '5.0 Mega Pixel camera this fully touch screen phone with multi touch function features LG’s proprietary S-Class UI' oh manalah tak interested sebab handphone sedia ada tidak ada function touch screen maka terlebih teruja untuk melalui satu pengalaman mempunyai handphone touchscreen.(Sah sah jakun) Siapa tahu jakun tu apa sila angkat tangan. Haha..

Oleh sebab kepanjangan itu maka handphone ini mempunyai 'amazing 4-inch widescreen with crystal clear HD resolution'. Apabila melihat paparan pada skrinnya seakan berada di panggung wayang milik diri sendiri sambil menikmati filem yang menarik tanpa perlu beratur membeli tiket untuk menyaksikan filem kesayangan. Dan di sebelah tangan yang satu lagi memegang chocolate Cadbury yang enak dan lazat tanpa gangguan.. Fuh!! Best sangat..

Atas sebab faktor yang sama iaitu panjang dan seksi sebab bila masuk poket seluar jeans maka seluar pun menjadi ketat lalu ia seksi. Haha.. Tapi lebih menarik jika disimpan didalam handbag dan apabila terdengar bunyi deringan telefon lalu dikeluarkan maka orang sekeliling memandang dengan amat teruja dan mereka pandang sesama sendiri lalu berkata
"What the ***.. She has an LG’s new Chocolate phone yang I minat sangat tu" lalu membuatkan orang disekeliling teramat iri hati dengan saya. Maka ia menjadi teramat seksi yang tidak dapat dibayangkan..

Jadi oleh kerana itu Nuffnang berilah saya peluang untuk memiliki Chocolate phone (BL40) yang amat diidamkan oleh semua Nuffnangers sekalian kerana saya amat teruja melihat kepanjangannya yang Super Awesome itu.. Salam semua..

Inilah LG’s new Chocolate phone (BL40) yang mengujakan semua orang itu.




Lalala Kasut Crocs Yeay!!

Yeay!!

Finally termakbul juga hasrat untuk menghadiahkan Naufal kasut crocs yang comel lagi cutie cutie setelah berpuluh2 kali lalu didepan gerainya..

Comel gila I like so much!!


Tapi yang tak syoknya Ben 10 ditulis sebagai Bent 10.. Langsung tak macho.. haha

Cerita Error Code Lagi (691)

Salam sejahtera keatas kamu..(Assalamualaikum)

Walla siap translate tau.. Hehe mood baru masuk kerja lepas cuti ni ada lain sikit.. Apasal teruja entah.. Sepatutnya argghh!! Betul tak? Tapi tak pe. Mood yang ceria akan membuatkan setiap kerja akan jadi lebih mudah dan ceria jugalah. Tak jumpa cari perkataan lain selain ceria.haha..

Sekarang ni tiba masa nak explain error 691. Ok sebelum tu bagi sesiapa yang dah setting siap2 modem tu sebagai automatic connection mati hidup balik pun U takkan jumpa error code ini.

Macammana automatic connection tu.. Haa jangan tak tahu ramai yang tak tahu istilah ini. So now begini. Istilah connection ada 2. Satu AUTOMATIC satu DIAL UP/MANUAL connection. Kalau dah setting automatic maka tak perlu masukkan username/password setiap kali nak connect internet. Lalala on PC modem on segala plug2 yang ada then jalan.. Nikmati segala akses dihujung jari..

Lain pula istilah dial up. Fine nama pun dah terang lagi bersuluh DIAL UP. Haruslah kena masukkan username/password then klik connect. Authenticated baru muncul 'streamyx is now connected'.. Tipu ke tak? Takkan..

Bla bla bla... Error 691 ade 3 kemungkinan. Rasa macam dah betul yang amat ni confirm tak ingat ah username/password tu betul.. Siap kena bebel dengan customer service kata salah salah tapi tak nak dengar juga ni..degil tak ingat ni.. haha nak tahu tak mana silapnya...

Awak tak letak username@streamyx. betul tak?betul tak.. Pastu malu.hahah.. Tak payah kelentong(tipu).. Tau dah hehe.. Makesure username dan password ditulis dengan betul dan tepat.. Kalau tak dia akan keluar Invalid username and password. Fine Eror ni pun akan keluar massage yang sama tahu..

Okay.. Lepas tu dah confirm betul dah username password ni. Tapi keluar lagi error tu.. Tension. Marah2 lagi customer service yang malang tu.. Bila dia tanya 'Encik/Cik.. account encik/cik ni digantung sementara'. Haa.. kenapa pulak nak kena gantung. Ada tali ke? Haa jangan gelak tak lawak pun.. 'Encik dah buat pembayaran ke'.. Pastu malu lagi 'Eh eh.. yeke.. tak bayar eh.. dah berapa bulan ye?'... Haa itu lagi satu kemungkinan ye kakak2 abang2. Account dah kena gantung sebab tak bayar bil.

Last kemungkinan adalah 'eh username/password betul..bil pun dah bayar'..Kenapa masih error yang sama?'.. Jangan segan silu untuk call 100 untuk reset connection yang sedang tergantung di awang-awang.. Itu dikenali SESSION HANG. Yang ni pun kerap juga terjadi kerana tak log out betul-betul untuk connection yang sebelumnya. Ok faham ke..

Fine kalau semua dah buat tapi masih error code yang sama ambil sedikit inisiatif untuk membuat dial up yang baru.. Dial up yang lama boleh buang dalam recycle bin ok.. Tak tahu nak buat macam mana ke? Entri lain saya tunjukkan kalau rajin ok.

Wallahuaklam bissawab.. (Bahasa arab tau)..

Top 3 Error Code!!

Salam pagi kakak2 dan adik2..

Tiba-tiba je nak cerita pasal error code apa hal kan!! Haha kata sharing is caring maka nak sharing-sharinglah sedikit pengetahuan yang ada dalam diri..

Ni nak bagi award pada error code ke hapa sampai siap top 3 bagai kan.. haha betul lah tu.. Nak bagi award khas pada siapa2 penguna streamyx..

Jeng..jeng.. jeng.. Top 3 error code jatuh kepada :-

Error 678

Error 691

Error 769

Okay fine..apa bende alah ni ye agaknya.. Ni nak ceritalah ni.. Pernah tak sesiapa berhadapan dengan error-error sebegini di paparan skrin anda bila tak dapat connect streamyx.. Mesti tension tak ingat kan..

Sabar dulu.. Sebelum call 100 untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap error code itu cuba kita selami sebentar maksud error itu sendiri..

Error 678.. yang ni paling famous antara yang famous.. First thing first U all kena tengok lampu dsl/adsl/link dekat modem tu.. tengok lampu tu menyala atau tidak.. Kalau blinking/berkelip-kelipan bak bintang yang cantik di malam hari (haa merapu) atau off terus maka line internet down.. Senang cerita tak de line lah.. Nak buat macam mana ni..

Haa sabar ye kakak..tahu tension..

1. Cuba angkat gagang telefon.. bunyi macam biasa/cracking/senyap sunyi. Cracking/senyap means line down. Yang ni boleh terus call 100 otherwise U nak try yang lain dulu. Moving on..

2. Makesure cable telefon dipasang dengan betul. Kadang-kadang tercabut dari soket dinding.

3. Tak boleh juga ok fine buat direct connection..tak faham ke.. haa kalau guna internet harus ada splitter (sambungan ke telefon dan internet).. Nah bypass splitter itu dan cabut wayar telefon. Senang cerita lagi satu hujung wayar telefon cucuk pada soket dinding dan satu hujung lagi masuk modem. Clear tak? Panjang bebenar nak explain ni.haha.. then tengok lampu tu dah ok ke belum. Dah ok maknanya ada kemungkinan splitter/other fon cable U ada masalah. Atau lagi U pasang terbalik pada splitter..

4. Masih tak berjaya juga.. Try off then on balik modem..

5. Buntu!! Fine last thing yang U harus lakukan adalah call 100 untuk meluahkan rasa tidak puas hati itu pada insan-insan yang kurang bernasib baik untuk mendengar keluhan masalah ini..

Jangan tunggu lama-lama okay sebab kalau tiada tindakan dari anda maka pihak di sana pun tak tahu masalah anda KECUALI memang ada problem dari pihak sana..


Sekian dululah.. Nanti kita cerita error lain pulak ye.


Jan 20, 2010

Lovely Prawn Porridge

Salam sayang semua..

Haa tengok tajuk pun macam best tak ingat je.. Tapi iye ke? Haha.. Harini saya nak memperkenalkan resipi baru untuk Naufal iaitu 'Lovely Prawn Porridge' atau bahasa ibundanya dipanggil Bubur Udang Kesayangan.. Hahah

Resipi bubur ni baru pertama kali buat maka sebab itu diberi nama yang sedap-sedap.. Haha macam sedap lah sangat.. Yummy yummy memang sedap pun sebab Naufal suka sangat.. Hmm.. Bukan setakat sesuai untuk bayi je orang dewasa pun sesuai gitu.. Sebab saya pun suka. Ececeh.. Puji diri sendiri nampak..

Okaylah mari kita lihat apa bahan2 yang diperlukan eh.. Ayyoo senang sangat tau.. Kalau nak buat bekal untuk anak ke taska pun tak susah.. Celoteh tak habis ni.. Cepat bagi display itu gambar lah.. Jom balika jom balika jom bali jom bali.. haa nyanyi sikit baru teruja tau..

Lovely Prawn Porridge




Bahan-bahan:

Beras, air, lobak merah, udang, garam sedikit

Cara memasak:

Masak bubur (beras+air) dan campur lobak merah yang dipotong dadu sehingga lembut.
Agak2 dah lembut macam nasi baru campur udang yang dikupas kulitnya.
Masak sampai betul2 lembut okay baru bayi boleh makan.
Akhir sekali tambah garam sedikit saja buat rasa sedap dan enak..
Tutup api dan biarkan suam sedikit baru hidang.

Macam Naufal yang belum ada gigi (ayyo lambat tau!!) bubur tu kena kisar sedikit supaya dia tak perlu kunyah. Sekian resipi dari saya..Haha bye korang..



P/s: Saya cuti harini (Naufal tak sihat).. Sebab tu lambat update. Kalau tak pagi-pagi lagi dah munculkan!!Hehe


Jan 19, 2010

Tuhan Beriku Kekuatan...

Ya Tuhan.. berikanlah aku kekuatan untuk aku....






SEGAR BUGAR

seperti selalu

(stand up!!!eeeeeeeeyah!!)

z z z z z... ni mesti sebab Naufal ajak ibu main2 pukul 3.30 pagi ni...

Special Gift For You

Selamat pagi dan salam semua..

Pagi anda ok kah? Hehe.. Pagi-pagi mesti kena happy supaya mood satu hari akan happy-happy selalu.. Hari ni belum ada assignment lagi yang nak kena buat sebab Cikgu Fisa tak bagi lagi. haha..
Sebenarnya tak sabar nak tunggu kemunculan rumah baru dari my dear fren Icah.. Ayyo lama banget nak tunggu sampai dia publish blog dia tuh... hmm..

Anyway di kala sepi dan sunyi datang bertandang ah sudah... bling* bling* haha (bagi bukak mata sikit) mari kita share apa hadiah yang paling spesel (special) untuk yang tersayang di hari penuh makna yang pernah anda berikan padanya..

Yang sebenarnya saya jarang sangat bagi hadiah sebab saya serius tak tahu nak beli apa. So saya beri seadanyalah.. Jom check it out apa hadiah yang saya pernah bagi pada kesayangan saya..







Taraaaaa


Saya decorate rumah saya macam sambutan harijadi kanak-kanak (tu yang ada belon kat belakang tu) dan bagi sejambak bunga..lalu berdiri tegak seperti mahu menyanyikan lagu Negaraku.. hahaha

DAN

Jalan-jalan

Genting Highland (saja nak tunjuk warna baju sama colour dengan bunga segar)

DAN





Beritahu yang saya sudah berbadan dua!!! hahhahaaahhahah

Mesti itu hadiah yang paling special untuk si dia... dah bye korang...


Wassalam


Jan 18, 2010

Something In Me??

Assalamualaikum my fellow yellow tellow..

Hehe.. Tak ade kena mengena dengan telur laa ok.. My fellow frenzzz... Baru betul..haha..
Tag ini MummyAlya suruh buat sebagai assignment.. Maka dengan senang hatinya saya menambah entri lagi. Datangnya dari Fisa lalala... Let's do this!!

THREE NAMES I GO BY
1) ain - kawan yang kusayang
2) anne - keluarga tercinta
3) ibu - my HUBBY n Naufal forever

THREE JOBS I HAVE HAD IN MY LIFE
1) Teacher - 3 month
2) Customer Service Executive- 2 1/2 years
3) Civil Engineer - Till now

THREE PLACES I HAVE LIVED...
1) JB
2) Penang
3) KL

THREE TV SHOWS THAT I CAN'T MISS
1) Full House Korean Drama (Oh cinta mati)
2) Nur Kasih
3) Gilmore girl

THREE PLACES I HAVE BEEN
1) JB- hometown
2) Penang-study
3) KL-working

THREE PLACES I WANT TO GO
1) Mecca (Rukun Islam)
2) Sabah (cuti 1 malaysia)
3) JB (mahu pulang ke kampung halaman)

THREE OF MY FAVORITE FOODS
1) Nasi Lemak (belasah)
2) Nandos (belasah)
3) Pizza (belasah) belasah RM1.. haha *tiba-tiba*

THINGS I AM LOOKING FORWARD TO
1) Tambah Ibadah
2) Tambah side income
3) Tambah ahli isi rumah

PETS THAT YOU HAVE OWNED
1) Tadaa
2) Tadaa
3) Tadaa pets laa

THREE FAVORITE BANDS/SINGERS
1) Radja (suka sangat)
2) Fikir punya fikir rasanya Once
3) Asal berlagu saya sukalah

THREE FAVORITE TEAMS TO WATCH
1) Tak minat
2) Tak masuk port
3) Tak layan loh

THREE FAVORITE DRINKS
1) Neslo
2) Lychee
3) Sirap bandung





A Walk To Remember??

Salam tengahari semua!!!

Ceh cewah cewah... tengok tajuk entri sebijik cerita A Walk to remember lakonan Mandy Moore dengan...eh siapa eh?? Alah sweet tau cerita tu... Rugi tau siapa tak pernah tengok..

Sajalah bukak2 PC lama tengok gambar-gambar lama tiba-tiba ternampak satu folder ni.. Alamak malu ah.. tapi sebab teringatkan ia sweet maka saya letak dalam blog.. ok boleh tak?? Boleh!!! Thank you semua muahhs....

Jom jom..






























Okay bye lalala...kerjalah...hahaha